Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Wednesday 24 April 2013

Kehendak v.s Pengharapan..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...



kalau kita nak buat keputusan.. orang cakap, biarlah mendapat persetujuan ramai.. jangan terlalu mementingkan diri.. kelak, binasa badan.. bukan bermaksud hidup akan hancur.. akan tetapi, hidup tidak menjadi senang jika kita puas atas ketidak puasan hati orang.. walaupun hakikatnya kita tidak dapat memuaskan hati orang, so far, kita cuba buat keputusan yang terbaik.. selalu lah memohon kepada-Nya agar permudahkan segala urusan kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik, baik di bumi mahupun langit.. ^__^

mukaddimah ja ni.. sebenarnya, saya sedeang dibelenggu dengan masalah pilihan saya sendiri.. iaitu, sambung belajar di mana..?! seperti yang saya post di blog saya jugak di mana, saya telah menerima tawaran dari 3 buah kolej.. KUIS, KUIM dan KITAB.. saya tidak tahu mana yang perlu saya pilih.. ketiga-tiga buah kolej ni ada kelebihan dan ada kekurangan.. jujur saya katakan, impian saya nak belajar dekat universiti.. bukan nak berlagak atau apa.. cuma impian.. tak salah.. sebab nya, saya nak buktikan, yang saya bukan berfikiran tertutup.. saya suka berfikir secara luas.. dan saya nak orang berpuas hati dengan pilihan saya.. dan yang paling penting sekali.. saya nak jauh dari kawan-kawan SMART saya.. namun, itu semua bakal saya kuburkan.. walaupun saya dapat tawaran yang lebih baik iaitu, ke KUIS.. akan tetapi, saya terpaksa mengira antara kehendak saya dan juga pengharapan dari keluarga saya yang mahukan saya menyambung pelajaran saya ke KITAB dengan mengambil kos tahfiz quran elektif syariah.. bila saya bertegas dengan pendirian saya, keluarga saya akan berlembut dengan menghuraikan semua kelebihan jika saya belajar di KITAB.. 



orang mungkin akan cakap.. bodoh kalau tolak tawaran yang lebih baik iaitu KUIS dan KUIM.. setelah lama saya berfikir, saya mula memujuk hati, agar memenuhi pengharapan keluarga saya.. saya berkata pada hati saya....


' siti aishah.. mungkin Allah telah meletakkan diri kamu di situ kerana Dia tidak mahu sifat riak muncul dalam hati bila kamu menyebut di mana kamu belajar.. mungkin Allah sentiasa mahu kamu dalam kesederhanaan.. sabarlah.. hikmahnya akan kamu nampak nanti.. ^__^ '


saya banyak belajar dengan kawan sekelas saya, ersyad abdullah.. setelah saya melihat segala usaha dan sifatnya.. saya membuat falsafah saya sendiri..

'  walau di mana kita belajar sekalipun.. walau di institut pengajian yang tidak ternama..  itu bukan persoalan utamanya.. akan tetapi, kesungguhan serta keinginan untuk mencapai sesuatu adalah yang utama dalam setiap perjuangan.. tak jadi kalau bermewah-mewah belajar di univeriti oxford mahupun harvard, sedangkan yang dikejarnya hanyalah ibarat kunang-kunang.. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya..  '




ingat lah.. lebih baik kita penuhi hasrat ibu bapa kita daripada kehendak hati kita sendiri.. bila lagi kita nak puaskan hati mereka.. pahala yang besar jika kita mampu membuatkan ibu bapa kita tersenyum kerana kita.. dan dosa jika ibu bapa kita menangis kerana kedegilan kita.. hidup, kita tak tahu bila penamatnya.. jadi, selalulah kita menghiburkan orang tua kita yang telah banyak berjasa kepada kita.. pengorbanan kita mungkin sebesar zarah jika mahu membandingkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada ibaratnya.. sekian.. untuk renungan kita bersama..

^___^


No comments:

Photobucket
Photobucket