Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Tuesday 30 July 2013

Majlis Berbuka Puasa..

Bismillah..







27 julai 2013, sekolah tahfiz al-islah dan sekolah menengah arab tahfiz menganjurkan majlis berbuka puasa bersama ulama'.. alhamdulillah.. nampaknya majlis berbuka tu berjalan dengan jaya nya.. seperti tahun sebelumnya.. dan tahun ni saya hadir ke majlis tu bukan sebagai budak sekolah lagi.. hehehe.. saya datang sebagai budak kolej..


Sebelum nak mai ke majlis tu, ustaz fahmi ada menjemput kami-kami ke majlis berbuka tu.. kami memang bercadang nak mai pun.. saya, aisyah, jannah dan hafizah rancang untuk beli meja yang berharga hampir RM300 tu.. dibahagi kepada 8, maka seorang RM37.50 sen.. lagi 4 orang tu banin iaitu irfan, haiqal, adib dengan syahmi.. niat nak bantu sekolah harap nya..


Pembukaan majlis tu dengan sajak kalau tak salah saya.. maklum laa.. saya datang agak lewat sikit.. masuk-masuk pun dah ada persembahan nasyid oleh da'ie band.. baru dikuatkuasakan ja kumpulan tu.. bagus la.. :) sebenarnya, saya agak sedikit perasaan segan dan gugup bila sampai ke majlis tu.. maklum la.. dah lama tak menjengah sekolah kan.. ehehe.. rindu pula suasana sekolah.. lepas persembahan nasyid, ada sedikit taklimat dari mudir am STAIL SMART diikuti dengan ucapan perasmian serta ucapan dari tokoh ulama' yang dijemput.. anugerah tokoh pelajar, masih tiada calon selepas ersyad abdullah.. hehe.. susah nak cari penggantinya kan.. insyaallah.. once day, akan ada penggantinya..




Bila waktu berbuka, azan pun berkumandang.. semua tetamu hanya membuka dengan kurma dan air.. lepas tu solat maghrib terlebih dahulu.. baru sambung melantak balik.. tapi ada ja yang makan awal dari semua orang.. abu yazid, nizamuddin, khair, haha.. sapa lagi.. yang tu ja yang sempat saya terserempak masa nak pergi solat.. ooo.. bab makan awal ek.. haha.. xde la.. diorang yang mana terlibat dengan qasidah makan awal.. nanti masa orang makan diorang pulak yang kena persembahkan qasidah..



Usai solat maghrib, kami pun makan.. meja saya ahlinya 8 orang iaitu saya, jannah, hafizah, aisyah, iffah, puteri, hanisah dan fatin.. menu makanan, ikan siakap 7 rasa.. (cukup x warna pelangi.. ehehe..) ayam masak apa ntah.. papadom.. yang tu ja kot.. lupa dah.. air oren dan teh o suam.. pencuci mulut puding triffle hasil tangan saya dan kakak.. ada orang nak kek buatan saya, tapi tak sempat.. so, buat la puding for her belated day.. iffah nama nya.. haa.. makan la sampai puas.. hehe.. masa makan tu, semua orang khusyuk makan kecuali nurhafizah azhan.. sebab apa, sibuk dengan tweeter nya.. hai la cik FIKzah..



Lepas habis makan, kebanyakkan tetamu dah mula surut.. tinggal kami-kami dengan budak SMART.. sempat saya pas kan kad raya kepada orang tertentu.. hasrat hati nak pas kan sekali puding, kad, dengan buku yang Dia tempah.. tapi aleh-aleh dia balik awal lagi.. maklum laa.. imam.. :) sebelum balik, sempat bergurau dengan umi wardah.. lama tak bergurau.. dan sempat dia ajak beraya ke rumah nya nanti.. insyaallah..



Sementara tunggu mak kesayangan saya datang, sembang dengan matahari saya sebentar.. lama tak dengar coleteh dia tu.. bila dah sampai, saya tumpang kan dia sampai ke dato kailan.. hah.. sat nya berjumpa.. hehe.. rindu kat dia tak habis lagi.. tak pe la.. nanti jumpa lagi.. insyaallah..

Monday 29 July 2013

Tragedi Ramadhan..

Bismillah..



Ramadhan kali pertama saya diperantauan.. ye la.. first day puasa, saya masih di kolej meneruskan saki baki hari yang tinggal untuk balik ke rumah.. tak mengapa.. once day, saya tetap akan berpuasa berjauhan dari parents and family right..?


QNak dijadikan cerita, hari pertama puasa, iaitu hari rabu.. badan saya tak sesegar selalu.. rasa tak larat, pening, suhu badan tak menentu dan mula nak selsema.. saya jarang mendapat simtom sebegini.. jadi, itu tanda nya saya tak sihat.. aii.. apa ni... exited terlebih ka nak sambut ramadhan kareem.. tapi tak salah kan....

Saya masuk kelas setengah hari ja.. lepas itu, saya balik dan berehat di rumah saja.. berbuka pun kalau tidak sorang-sorang saja.. nasib ada sorang housemate yang ada dan jannah sebagai peneman.. yang lain mana..? Berbuka di masjid dan solat terawikh di sana.. saya tak berkesempatan nampak nya... cukup la sekadar di rumah yerk..

Hari kedua masih lagi tidak kebah.. malah malam tu makin teruk jadi bila mata sudah mula berair.. masa tu, kak fathiah sudah perasan akan perubahan saya.. jadi, dia dengan kak nadhirah keluar ke Koop Mart untuk beli air 100 plus untuk saya.. jazakillah khairan kathira.. hari tu pun saya ponteng kelas.. mujur lah masa tu ada orang teman dari jauh.. tidak la bosan bila bersendiri...



Hari ketiga puasa tetap sama cuma kebah sikit la dari semalam.. juga tidak hadir ke kelas dengan niat mengumpul segala kudrat untuk pulang ke rumah.. hamdalah.. ada sedikit kudrat.. adik saya tersangat risau bila saya nak balik dalam keadaan demam.. hehe.. waktu itu, saya yakin akan diri saya yang saya mampu redah perjalanan balik.. ternyata yakin saya agak berkurang bila saya naik bas rapid yang ada aircond kuat.. saya sesak nafas masa tu.. namun, terpaksa saya tangani sendiri.. ye la.. kang nanti ada yang pengsan dalam bas kot.. ekekeke.. sampai feri dah ok... natural kembali sebab dah tak ada aircond..

Sampai saja dirumah.. tersangat penat sebenarnya.. haus pun ada.. nasib bulan puasa kan.. gagah jugak la tahan.. alfun hamdalah.. saya sampai dalam keadaan selamat dan berpuasa.. cuma pening teramat ja masa tu sebab pancaran matahari waktu tu.. jadi, rest awhile.. dan bangun-bangun tu, panas dalam badan mai balik.. tak boleh jadi ni.. kena makan ubat jugak.. malam tu baru kebah sekebah nya.. alhamdulillah...

Terima kasih kepada ibu bapa saya, adik-adik saya dan rakan-rakan saya yang sentiasa perhatin dan mendoakan kesihatan saya.. barakallahufikum...

  " sesungguhnya sesuatu penyakit itu merupakan kifarah dosa... jadi, janganlah kita merungut jika kita mendapat penyakit.. penyakit itu juga ujian untuk kita.. maka mengadulah pada Tuhan yang menciptakan kita.. "

Sunday 28 July 2013

Kau Pergi..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi



Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi


Pergi




khas buat almarhumah maryam adilah mazlan.. semoga kau tenang di sana sahabat..

Monday 22 July 2013

Despicable Me 2 - Minion Song






ba-ba-ba-ba-ba-nana (2x)
banana-ah-ah (ba-ba-ba-ba-ba-nana)
potato-na-ah-ah (ba-ba-ba-ba-ba-nana)
banana-ah-ah (ba-ba-ba-ba-ba-nana)
togari noh pocato-li kani malo mani kano
chi ka-baba, ba-ba-nana
yoh plano boo la planonoh too
ma bana-na la-ka moobi talamoo
ba-na-na
ba-ba (ba-ba-ba-ba-banana)
PO-TAE-TOH-OH-OH (ba-ba-ba-ba-banana)
togari noh pocato li kani malo mani kano
chi ka-ba-ba, ba-ba-naNAAAHHHH!!!!

huaaa.. best lagu ni.. mencuit hati...
Photobucket
Photobucket