Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Thursday 31 October 2013

STAM dan SMRA..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Post ini bukanlah bermakna saya yang ambil STAM.. ataupun SMRA.. hehe.. saja saya nak update tentang exam ni.. sebab tahun ni, ada raka-rakan saya yang menduduki exam ni.. hari ini tarikh terakhir dan mungkin hari kemerdekaan bagi pelajar tingkatan empat yang mengambil SMRA.. mana tak nya.. hari adalah hari terakhir paper exam diorang.. subjek apa, tak tahu lah saya.. dengar-dengar khabar, adik-adik saya kat SMART tu kata soalan senang.. macam soalan trial.. alhamdulillah.. semoga banyak mumtaz la tahun ni ya.. amin..



Bagi calon STAM pulak..  kalau tak salah, exam diorang habis hari isnin hari tu.. alhamdulillah.. merdeka lah.. mungkin sekarang tengah berfikir nak sambung manalah nanti ya.. apa-apa pun, janji sambung belajar.. 



Kepada adik-adik saya yang ambil SMRA dan kepada rakan-rakan sekolah saya yang dulu,  mohd ersyad, mohamad khairul syazani, mohd yusuf, dan zul arief.. semoga kejayaan mengiringi kalian hingga ke akhir perjuangan.. dan semoga berkat usaha kalian itu, Allah berkati dan permudahkan masa hadapan anda yang sedang berjuang ini.. amin.. 

Tuesday 29 October 2013

Budaya Salam Semakin Pupus..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


Saya rasa mungkin ramai yang tahu apa itu salam.. Salam itu berasal dari perkataan arab yang bermaksud "Sejahtera" .. jadi, salam yang penuh ialah " Assalamualaik "  yang bermaksud  " salam sejahtera ke atas kamu "  secara tak sedar, sebenarnya kita telah mendoakan seseorang dan seseorang itu juga telah mendoakan kita dengan balasan  " waalaik salam "  .. nah.. indah sebenarnya cara hidup Islam ini jika kita amalkan.. salam itu juga merupakan satu sedekah sebenarnya.. jika seseorang itu memberi salam kepada kita, maka wajib bagi kita untuk menjawab salam.. tetapi hukum nya berubah sekiranya seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita.. itu dah berubah hukum nya.. 



Ada sedikit cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda wahai para pembaca.. semoga kita boleh ambik iktibar bersama...  :)



Syaitan : Hahahaha.. hahaha...

Muslim : Apa kes dia ni.. asyik gelak terbahak-bahak ja dari tadi..? tak faham aku.. kena sampuk setan kah..?

Syaitan : Eh, tolong sikit.. Aku memang dah setan pun.. hahahahaha...

Muslim : Dah kenapa kau gelak bagai nak rak ni..?

Syaitan : Aku tabik sebenarnya kat manusia ni..

Muslim : Kenapa pulak..?

Syaitan : Meh sini aku nak tunjuk kat kau..

Mereka pun pergi melihat aktiviti seharian manusia..

Syaitan : Kau tengok lah tu.. Diorang kalau berjumpa, mana bagi salam pun..

Situasi manusia sekarang ini sudah tidak mengendahkan lagi tentang kesucian Salam itu sendiri.. Hatta sekarang ini manusia lebih gemar dalam menggunakan perkataan seperti  " hello bro.. wassap.. " " peace bro.. love and ghahel "  " salam metal bro "  " hoi, apa cer "  " lamlekuuuummmmm.. "  " anj*ng..! nak gi mana.? nak ikut.. " 

Syaitan : Aku tabik betul dengan manusia ni.. sebab diorang manusia paling berani yang pernah aku jumpa..

Muslim : ( ye.. memang tak dapat aku nafikan )


Syaitan : Kau tahu sebabnya..? sebab apabila Adam pertama kali diciptakan.. Adam diajar dengan ucapan yang bagus, penuh penghormatan, sopan dan semuanya baik-baik saja.. tapi, diorang ni pulak, lain.. diorang ikut perkara yang sebaliknya.. konon lebih maju la canggih la, lebih up to date la.. aku sangat kagum dengan diorang kerani berani.. dan bodoh jugak..!! hahahaha... sekaligus tolol.. hahahaha..

Tiba-tiba..... Assalamualaikum.. 

Syaitan : Erkkkk.... alamak... Siapa pulak bagi salam nih..

Syaitan pun menjenguk seketika.. kelihatan Muslim sedang membuat satu rancangan...


Muslim : Assalamualaikum bro kapak.. bila pulak nak buat album nasyid..

Bro Kapak : Err.. Waalaikumsalam..Insyaallah.. dalam masa terdekat nih.. ehehehe..


Muslim : Assalamualaikum brader.. sekali-sekala jom la kita pergi masjid..

Brader : err.. Waalaikumsalam.. insyaallah.. ok...


Muslim : Assalamualaikum abg Farhan (a.k.a. farhanis).. sekali-sekala abg pakai baju maca, lelaki pun, mesti lagi macho, nampak gagah sikit..

Abg Farhan : Waalaikumsalam.. ehehehehe.. waalaikumsalam.. baik ustaz.. err..


Maka syaitan pun menangis kerana masih ada manusia yang cuba menggunakan kata-kata yang sopan lagi penuh penghormatan dalam bertemu dengan saudaranya..

Syaitan : Wuaaaaaaaaa... Dia ni lagi.. kenapalah dia ni tak pernah nak bagi aku ketawa walaupun sekali..!! kenapa lah ada orang macam diaa..!! Huaaaa....

Muslim : Sabar.. sabar... ikhlaskan lah hati yee...



Dari Abu Huarairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda : Allah menciptakan Adam mengikut bentuknya.. panjangnya enam puluh hasta.. setelah diciptakan, Allah berkata : ucapkanlah salam kepada kumpulan malaikat yang sedang duduk ini.. cubalah dengar dengan teliti ucap penuh penghormatan ini yang mereka ucapkan kepada engkau.. ucapan itu menjadi ucapan penghormatan kepada engkau dan anak-anak keturunan engkau.. lalu Adam berkata : Assalamualaikum..

-H.R Bukhari-


Oleh itu wahai pemilik hati yang beriman..

Mahukah diri kita ini dengan mudah ditertawakan oleh syaitan dengan begitu sekali.. jadi, marilah kita mencontohi Muslim dalam memperjuangkan budaya salam itu.. semoga cerita ini dapat mngetuk hati anda dan saya juga.. semoga kita sentiasa dalam keadaan yang tenang dan dirahmati Allah.. SEKIAN...

Monday 28 October 2013

Lepasan Tanggungjawab..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Apabila kita makin meningkat usia, maka makin banyak cabaran yang dilalui.. kita tidak tahu samada cabaran itu mampu membuatkan kita menjadi semakin matang dan dewasa ataupun sebaliknya.. hatta, dengan cabaran ataupun ujian ini juga mampu membuatkan seseorang itu tersasar dari landasan yang benar dan tujuan hidup.. na'uzubillah.. semoga kita bukan dalam golongan itu.. 



Oleh itu, sesukar mana masalah, ujian ataupun cabaran dalam hidup kita, Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.. Dia yang memberi kita ujian ini, maka kepada Dia jugalah tempat kita mengadu.. dan jadilah seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah..





Setiap insan itu takkan pernah lari daripada sebuah tanggungjawab.. dalam diri kita ini pun, dah ada tanggungjawab.. iaitu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita sebagai anak, tanggungjawab sebagai seorang murid, dan lain-lain yang saya rasa mungkin anda para pembaca tahu.. banyak sebenarnya tanggungjawab kita tanpa kita sedari.. mungkin bukan kita yang pinta, tapi sudah terpalit dalam diri kita.. mahu tak mahu, kita kena relakan dirikan kita dalam menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. tanggungjawab itu juga boleh kira sebagai amanah.. dan menjadi hukum dosa jika kita mengabainya.. semoga kita sentiasa peka dalam setiap amanah kita.. Insyaallah...



Setelah bergelar pelajar kolej ini, saya sudah bertekad untuk menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran.. bukannya saya nak cakap saya ini seorang budak pandai ataupun sebaliknya.. hidup dengan al-Quran membuatkan hidup menjadi resah JIKA kita tidak dapat menguasai nya ataupun mengingatinya.. (bukan niat riak ataupun menunjuk) walaupum hidup kita bukanlah 100 peratus bersama al-Quran, tetapi, pada waktu yang ada, baik kita gunakan.. hari-hari kita ni memang sibuk kan.. mungkin saya bercakap ini dari sudut pemandangan saya.. saya pelajar jurusan tahfiz syariah.. dan mungkin pandangan saya ini tidak sama dengan orang lain.. hehe.. cuma, di sini saya hanya ingin bercakap soal tanggungjawab yang terpaksa saya lepaskan...




Banyak tanggungjawab yang rakan saya cuba berikan pada saya.. tetapi saya lebih kepada penolakan walaupun dipujuk rayu.. maaf seribu kali maaf kepada mereka itu.. ya, sememangnya tidak saya nafikan, bahawa satu hari ini kita akan tetap tidak dapat lari dari tanggungjawab.. memang, saya tak nafikan.. hatta sekarang pun saya masih diuji dengan tanggungjawab.. dan saya tengah berusaha untuk memenuhi segala hak tanggungjawab itu.. saya tidak memandang tanggungjawab ini dalam prospek luaran sahaja, malah saya juga perlu memandang prospek tanggungjawab ini secara mendalam lagi.. saya tahu, mungkin pandangan orang lain terhadap saya jauh tinggi berbanding dari apa yang saya bayangkan.. orang lain masing-masing punya tafsiran yang tersendiri.. tapi bagi saya, saya masih lagi dalam proses istiqamah dalam mengabdikan diri saya kepada sang Pencipta saya.. 




" yakin la pada diri sendiri.. kalau tak yakin, macam mana kita nak maju.. jangan terlalu merendah diri.. nanti kita sendiri yang ketinggalan.. cuba untuk berani dalam menyampaikan sesuatu.. "


Saya langsung tak marah jika seseorang sedemikian kepada saya.. ya..!! memang betul.. saya juga setuju.. tapi saya punya alasan tersendiri.. saya lebih tahu akan kekurangan dan kelebihan saya.. tapi saya lebih memandang ke arah pengislahan diri saya.. saya tahu manusia itu tidak mungkin akan sempurna.. saya tahu.. kekurangan saya biarlah saya yang tahu.. takkan saya nak mengaibkan diri saya.. tapi, satu perkara yang saya ingin kenalan saya tahu..............




Saya bukan tak berani menyahut cabaran untuk menyebarkan dakwah.. tapi saya punya cara tersendiri.. setiap orang punyai kelebihan sendiri.. ada yang berani melantangkan suara menegakkan keadilan.. khulil haq walau kana murran.. katakan benar walupun terasa pahit.. dan ada juga pandai dalam menyampaikan ilmu.. masing-masing punya kredibiliti lah.. ye dok..?! hehehe.. apa pun, dakwah itu macam-macam cara.. hatta dengan menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) pun, dikira dakwah.. so, kepada mereka yang terasa kerdil dalam bab agama, jangan risau.. tunjukkan akhlak yang mulia, sudah memadai dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.. renung-renungkan..  :)

Sunday 27 October 2013

Mengapa Kita Perlu Cakap Insyaallah..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...

dan jangan sekali-sekali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti akan melakukannya esok "

kecuali dengan mengatakan insyaallah.. dan ingatlah pada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah " mudah-mudahan tuhanku memberiku petunjuk agar lebih dekat dengan kebenarannya dari ini "

sadaqallahul azim.. (surah al-kahfi ayat 23-24)



dalam kehidupan kita, seharusnya kita mengatakan insyallah.. bukan kah lebih baik daripada kita menyatakan bahawa kita akan melakukannya esok.. sedangkan kita belum tahu hakikatnya pada hari esok itu.. ya.. memang kita boleh merancang.. tapi bukankah Allah yang menentukan semua yang ada di muka bumi ini..? sebab itulah kita digalakkan mengatakan insyaallah.. 


insyaallah itu bermaksud dengan izin Allah.. sangat indah jika kita melakukan sesuatu dengan izin Allah.. jika kita melakukan sesuatu tanpa izin-Nya, tak manis la kan.. ibarat kita keluar rumah tanpa meminta kebenaran ibu bapa.. tak tenang rasanya kan..


hakikatnya, kita tidak tahu lagi ajal kita atau apa yang bakal berlaku pada hari yang mendatang.. hatta sejam yang akan datang ini pun kita tak tahu apa yang kita bakal hadapi.. jadi, mari kita ubah daripada kita cakap, "ok, saya akan buat" kepada "insyaallah, saya akan usahakan..".. bukankah lebih manis.. dan kita berharap agar Allah dapat membantu kita permudahkan segala urusan.. mana tahu kita lupa akan perkara yang seharusnya kita lakukan.. maka, mana tahu Allah akan mengingatkan kita akan perkara itu.. kuasa Allah.. siapa ytahu kan..renung-renungkan...

Anak Menakan Saya...

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Lahir lepas raya aidil fitree tahun ni.. nama diberi Muhammad Aidil Asyraf bin Muhammad Ridzwan.. nama tu diberi sempena hari raya la.. kalau letak nama aidil fitree nanti, sama pulak.. hehe.. jadi, diorang pun letak la nama tu.. kalau ikut keinginan mak saya, dia nak sangat nama aiman hafiz.. sempena nama budak tahfiz yang terkorban tu.. kalau tak silap saya la nama nya.. tak apa.. nama apa pun, semoga dapat keberkatan dan menjadi semoga dia menjadi anak yang baik, soleh dan berbakti pada ibu mama dan papa nya lah ye.. 




Lama juga menunggu masa nya untuk berjumpa dengan anak menakan saya.. maklum la.. ada juga keinginan nak jumpa anak menakan saya.. saya ni kan dah jadi mak su.. ngeh..ngeh..ngeh.. tetiba rasa dah tua.. hah.. kena mengaku jugak ni.. kak ipar saya beranak dan berpantang di pahang, rumah family dia.. balik kedah lepas raya haji.. sempat la berjumpa sebelum saya pulang ke asrama.. jumpa-jumpa tu, aidil tak duduk diam.. dia asyik menangis ja kerja dia.. budak kan.. kembung perut la kot.. tapi baby kalau tak menangis pun susah jugakkan.. parah..






Seminggu dia stay kat rumah dia, mak dengan abah plan nak buat kenduri makan-makan family.. so, ahad seminggu lepas abang dengan kak balik tu, terus mak buat kenduri.. ala... bukan sampai pasang khemah pun.. panggil gitu-gitu jaa... semua nya masak sendiri.. menu utamanya laksa.. yang lain sampingan ja macam nasi impit dengan kuah kacang, sagu, triffle, biskut cornflake madu dan bihun goreng mak cik saya yang buat.. memang kena la kan bihun goreng dengan laksa.. oh, lupa.. tambah ais krim.. maklum la.. budak-budak mesti suka.. memandangkan belah mak ramai budak-budak, jadi, beli la ais krim..




Kenduri makan-makan tu buat lepas asar, jadi, sempat la nak siap kan semua menu tu.. beli barang pagi, masak tengah hari.. perghh.. memamng agak kelam-kabut sikit laa.. tapi puas sebab semua nya masak sendiri.. tetamu mai tak putus-putus.. sampai malam.. hingga kan saya kena balik sekolah pagi isnin tu.. ye la.. tolong kemas sebelum balik.. nanti kesian mak dengan kak nak tolong kemas kan.. aidil kadang-kadang meragam jugak masa orang datang nak tengok dia.. tak tahu la kenapa hobi dia suka nangis.. heheheh..




Sejak Aidil ada kat rumah, saya boleh tengok kegembiraan mak dengan abah.. ye lah.. dah jadi atuk dengan nenek.. mak jadi tok, then abah jadi tok ayah.. ye ker..? hehe.. ye la kot.. tapi benda yang paling menarik perhatian saya adalah, saya dapat tengok kebahagian pada wajah abah.. sungguh, tak pernah saya nampak abah selembut dan penyang.. ye lah.. mungkin saya ini anak bongsu, jadi mungkin bagi orang lain, ini adalah perkara biasa.. tapi bagi saya, ini adalah satu perkara baru.. saya hanya tersenyum sendiri.. bahagia bila saya tengok abah pujuk cucu nya, tolong jaga cucunya bila dia menangis.. sejuk hati memandang.. kami adik beradik dah besar.. kakak dan abang saya pun jauh beza umur dari saya... jadi, cara abah menunjukkan kasih sayang dia berlainan.. walau apa pun.. saya suka bila dengan abah dengan Aidil.. even Aidil suka menangis atau memerap saja, tapi abah tetap melayan.. kalau kitorang yang bising, sah-sah abah dah bangun, masuk bilik.. hahaha.. mungkin Aidil bawa satu kebahagian dalam family saya..




Sekarang, Aidil dah mula kurang menangis.. dan sekarang dia dah rajin nak bercakap.. suka sangat nak bercakap.. walau pun tak faham, mama nya tetap melayan.. dan mak saya pun suka main dengan Aidil.. heheh.. Semoga Aidil cepat membesar dan jadi anak yang soleh ye...

Tuesday 22 October 2013

Kepada Calon SMRA..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


Bittaufiq wan Najah fil imtihan kepada calon SMRA 2013.. dan kepada calon SMRA sekolah menengah arab tahfiz, semoga berjaya dan harap nya dapat memberi peningkatan dalam graf sekolah ye.. dan kepada adik-adik saya yang tidak sebut nama nya.. hehe.. jangan berputus asa.. kejayaan itu di hujung usaha.. perbanyakkan doa dan pergantungan pada Allah.. kerana Dia sebaik-baik pemberi.. banyakkan doa, semoga Allah ingat kan apa yang kita lupa.. dah berusaha, berdoa, lepas tu bari bertawakkal.. sentiasa positif kan minda.. jangan negativ kan fikiran sebab nanti kita yang susah hati.. good luck. semoga ada yang dapat ikut jejak ersyad, khairul dan hakeem.. Aminn...
Photobucket
Photobucket