Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Saturday 11 May 2013

Minggu Oriental..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



hehe.. minggu oriental..? apa tu..? bukannya oriental sushi ke apa ntah.. kan.. hehe.. tak la.. minggu orientasi.. suka untuk saya kongsi setiap detik perjalanan hidup saya supaya boleh dijadikan tatapan kenangan satu hari nani..

saat alarm di telefon bimbit saya mula membingit teling saya, aku bangun seawal jam 6.30 pagi untuk mula persiapkan segala kelengkapan.. baik dari segi fizikal mahupun mental.. ketika itu, aku mulai redha dengan segala apa yang telah ditetapkan untukku..

apa yang penting sekarang ini adalah niat yang baik supaya perjalanan yang kita lalui semua nya dalam keadaan yang baik serta diredhai-Nya.. insyaallah.. segala kudrat telah ku kumpul kan untuk aku menyahut seruan menyambung pelajaran ku semula.. huaaa.. 



sebenarnya sifat malas masih berbaki dalam diri.. maklum laa.. 4 bulan saya bercuti.. normal lah.. by the way, saya masih bersemangat kerana saya masih ada rakan sekelas saya dari sekolah yang sama.. 

biarpun pada pendapat saya, suara -suara sumbang akan timbul mengenai keputusan saya untuk menyambung pelajaran saya di KITAB, terpaksa saya tepiskan semua itu.. demi membuang persepsi buruk itu yang terus-menerus menghantui diri saya.. biarlah saya aman di sini..



apabila tapak kaki saya sudah mulai pijak di bumi KITAB, saya tahu, ini lah permulaannya.. dan saya tidak boleh berpatah balik.. peluang ini hanya datang sekali.. inilah penentu masa depan saya kelak..

hari pertama orientasi, agak sedikit kebosanan.. ye la.. pagi sampai petang petang, terpaksa persembahkan telinga saya untuk mendengar semua rintihan yang nak diluahkan oleh semua profesor.. huhu.. sabar je la.. bila tiba time penempatan kami yang muka-muka baru ni, saya dengan alifah sangat berharap yang kami berdua akan dapat serumah dan sebilik sekali,, malangnya, Allah telah menetapkan sebaliknya.. ada hikmah semua tu siti aishah..

malam tu pula, ada taklimat serba sedikit mengenai asrama.. waah.. ada sedikit la macam asrama tuh.. pa yang sama..? kalau balik lewat dari pukul 8, sila maklum kan kepada pihak berkenaan.. huaaa.. maklum la.. tarikh luput masuk ke asrama sampai pukul 8 ja.. hekk.. aduh..




malam pertama di asrama.. hmm.. macam budak-budak sikit.. huaaa.. nak menangis.. sebab apa..? saya ni kan bukan jenis yang peramah like alifah or salwa.. so, saya dunia saya, diorang dunia diorang.. biasa la.. hari pertama.. gugup sikit la.. mujur la ada jannah sebagai penyeri setiap malam saya di sini.. thanks very much jannah..

hari kedua, kebosanan hilang la sedikit.. pagi tu ada taklimat sikit.. then, pihak MPP KITAB mula start diorang punya perangai yang nak buli orang.. aktiviti pertama.. aktiviti pertama mestilah ta'aruf right..? tapi ni ta'aruf lain sikit dari zaman sekolah dulu.. mula-mula buat group.. saya dengan alifah.. rahmat yang besar la.. huhu.. 

kumpulan kami dapat tag yang tertulis " OVER SYOK SENDIRI " oh my Allah.. sampai hati diorang.. kena perkenalkan diri ikut tag line tuh.. haa.. memang tak la.. maaf.. no reaction from us.. gila nak over depan tuh.. tak belajar lagi kang famous saya..


hmm.. agak seronok la.. then super spontan.. yang tu pun agak malu la.. kalau supers spontan tu dia ada main balas-balas pantun 2 kerat, yang ni kena buat gaya ikut objek yang kita dapat,. my group, menang pada cabaran yang pertama.. tapi kalah pada cabaran yang kedua.. haa.. give up la..

esok tu pula.. ala-ala explorace.. huhu.. aktiviti pertama is jalan sambil ikat kaki.. tapi dua orang ketua ja ngadap depan.. yang lain ngadap belakang.. macam mana nak jalan tuh.. kumpulan kami tergolek awal lagi.. huu.. sabar je la.. 

next is telefon karat, cari barang tersembunyi dan aktiviti last tak tahu la nama dia apa.. tapi yang penting, semua orang kena tutup mata then ketua kena ambik satu binatang.. nasib la binatang apa.. alifah dapat cengkerik,. selamat laa.. jangan cakap ulat sudah.. hmm..

sampai situ je la.. orientasi kami 3 hari ja.. ok la tu.. kalau lama-lama nanti diorang nak buli macam-macam lagi.. huhu.. ok.. sekian....

Wednesday 8 May 2013

Suara Hati..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...




esok.. pada tanggal 9 mei 2013, tarikh di mana saya akan mula mendaftar di kolej islam teknologi antarabangsa di pula pinang.. dan dengan rela hati saya, saya 'kuburkan' semua surat tawaran saya yang lain.. 

itulah lah tempat saya.. dan itulah takdir saya.. sekian lama saya pujuk hati saya.. dan malam ini, hati saya terasa lapang untuk menyahut seruan belajar di sana.. saya mula didik hati saya.. 
setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.. 



                         " redha itu ikhlas..
                                                               pasrah itu menyerah.. "
                                                                        ~ombak rindu~ 


seseungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. saya tidak berpeluang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. tapi, saya bersyukur.. saya dapat ringan kan beban ibu bapa saya dalam menanggung kos pembelajaran saya..  semuanya ditanggung pihak PUZ.. Allah.. semoga segala nya lancar hingga ke akhir nya.. 

sedih.. kenapa..? sebab sedih la.. ye la.. kenapa..??  sebab saya terpaksa tinggalkan ibu bapa saya.. sekian lama saya di rumah.. saya terfikir, siapa akan bantu ibu saya mengemas rumah, basuh baju..? siapa akan tolong ibu dan ayah saya bila ketiadaan saya.. Allah.. berat untukku tinggalkan mereka.. semestinya mereka akan sunyi..






" ya Allah.. Kau jagakan mereka ya Allah.. sesungguh nya, tidak tergamak untukku melihat mereka dalam kesusahan.. aku sayang mereka Tuhan.. letaklah mereka di tempat orang-orang yang beriman.. rahmatilah mereka, kurniakanlah biknat kesihatan kepada mereka, lindungilah mereka.. janganlah Kau palingkan wajah-Mu dari mereka ya Allah.. sesungguhnya Engkau lah yang maha pengahsih lagi maha penyayang  " 
 mak.. abah.. saya sayang kamu.. sangat sayang kan mak dan abah.. walaupun saya hanya mampu jerit dalam hati..

Monday 6 May 2013

Tanggal 5 Mei......

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

salah satu kek bsday dia masa ihtifal beserta handmade card..


happy birthday.. sanah helwah.. selamat ulang tahun kelahiran yang ke-16.. walaupun date ni dah lepas.. hah.. suka untuk saya ingat tarikh ni.. ada kisah tersendiri.. first time sebenarnya celebrate tuan empunya tarikh birthday ni.. baru tahun ni.. speacial person ker dia tu..? hmm.. speacial la.. adik saya.. eh, bukan bermakna yang lain tu tak speacial.. semua yang ada dalam hidup saya tersangat istimewa.. sahabat group sahabat.. kawan group kawan.. keluarga group keluarga.. adik group adik.. everybody had their speacial person right..? so, like me la.. macam saya cakap di post saya yang hari tu.. saya ni mana ada adik kandung kan.. so, teringin la rasa macam mana ada adik.. huhuhu..




sebelum dia balik ke asrama.. dia ada cakap nak habiskan 30 juzu' al-quran pada tarikh ni.. alhamdulillahi robbil a'lamin.. tahniah seribu-ribu tahniah.. berjaya jugak adik akak ni ye.. :D bukan senang nak habiskan 30 juzu' serta hafiz sekaligus.. impiannya nak jadi macam ersyad.. insyaAllah.. semoga tercapai la impian nya.. pada tanggal ni jugak saya dan afi planning macam mana nak bagi secret recipe kek untuk dia on that time.. tapi tak berjaya.. Allah kan lebih mengetahui.. tapi malam yang saya dapat tahu afi tak boleh nak hantar on that time.. sangat kecewa sebenarnya.. tapi, menahan semua itu.. afi dah banyak tolong saya.. jadi, saya tidak akan memaksanya.. sabar je la.. ada hikmahnya.. dan ternyata.. hari ni.. dapat jugak lah kek itu sampai ke tangan N jugak.. tup tup tup.. pukul 10.35 malam tadi, dia call.. firtsly dia minta maaf la sebab tak call masa birthday dia.. tak pe.. saya dengar suara dia, saya dah tahu, dia demam.. masih lagi demam.. dari rumah lagi.. tak tahu la masa dia balik asrama tu dia masih demam ke tak.. hmm.. jaga la kesihatan tu.. kang nanti ada yang tak larat masa ambil exam.. walaupun suara agak sengau sikit, tapi saya dapat rasa kegembiraan dia bila dia cakap yang dia dah khatam al-quran.. saya sendiri pun belum khatam lagi.. hehe.. oh ya.. esok diorang akan mid year exam.. so, good luck to you.. dan jugak iffah.. do the best among the best.. saya di sini hanya mampu berdoa.. apa-apa pun, result nanti bagi tahu ler ek.. 






Ayat-ayat Hati..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...





Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')


*******************************************************

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...





*************************************************

DIAM diibaratkan seperti sebilah pisau yang di simpan dan hanya di gunakan bila perlu... Sekali guna, mampu mengerat-ngerat apa sahaja yang berada di depannya dengan mudah....

Tetapi...

Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda... Hingga satu ketika, ianya gagal untuk memotong apa2 pun sekalipun benang yang nipis..


.***************************************************

"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

*****************************************************


KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.

******************************************************************

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN.


********************************************************
Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)


***************************************************************


semua ayat di atas bukan copy paste saja..

Hang Out with Friends..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

posing sebelum keluar dr s.k pokok sena

sambungan selepas graduations day.. lepas keluar dari pintu pagar tu ja.. bermula la plan yang kami rancang bersama.. plan keluar ke Jusco Perda.. saja jalan-jalan, makan-makan.. tu ja.. bukan nak shopping pun.. hehe.. tak kerja lagi.. so, duit kena jimat ar..


wahai sahabat-sahabatku dunia akhirat.. 
adakah selepas tamatnya ihtifal nanti korg free..? kalau ya.. jom reunion sebentar nak..? Shauqoh Imtiyaz dah kata ok.. Syuhada Zahar dah kata ok.. how about Nurjannah Sazali, Salwa Wawa..?? Afiqah Wahit boleh ke x bwak kereta nya..? nanti kitorg claim la duit minyak tuk alifah dgn afi..

before semua org sambung belajar.. boleh la jumpa dulu kan..
^___^



Like ·  · Promote · 




posing dalam kereta



status di atas ni adalah status yang saya keluarkan di akaun facebook saya pada 15 april lalu.. nak jemput kawan-kawan.. kalau guna phone, kredit tak la banyak sangat masa tu.. hehe.. jadi, lepas melapaorkan kepulangan kami pada guru-guru, kami langsung ke asrama banat untuk mengambil iffah, hanisah, fatin dan athirah.. malangnya.. ada sketsa bollywood di situ.. fatin dan athirah tak dapat ikut bersama.. kerana parents mereka tak izinkan.. hampir setengah jam mencari jalan.. tapi tiada juga jalan penyelesaian.. akhirnya.. terpaksa jugak kami tinggalkan mereka.. agak sedih la.. kami berjemaah bersama dua kereta, iaitu kereta alifah dan afiqah.. maklum la.. hanya mereka berdua saja yang boleh bawak kereta.. kereta afi, saya, iffah dan hanisah.. kereta alifah hanya syu dan jannah.. salwa..? dia tak dapat ikut sebab dia nak balik thailand.. nak buat macam mana..? 


" sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.. hanya Dia saja yang tahu apa isi di langit dan di bumi "

dalam kereta tu, hanya yang ada di tempat kejadian saja yang tahu betapa gelong nya aku dan afi.. haha.. gwiyominya laa.. bila lagu girl on fire berkumandang, afi akan brek mengejutnya.. haha.. best sangat.. happy ja masa tu.. haha.. terbaek laa.. sampai-sampai ja Jusco tu, kami solat zohor dulu.. nak jama' tak boleh.. cari surau pun susah.. dah selesai semua urusan tu, kami terus cari makan.. lapaq kot.. hehe.. kami makan di restoran ayam penyet ja.. nak makan di secret receipe takut ada yang tak lalu makan.. demi mendapat persetujuan ramai, kami makan la di restoran ayam penyet.. alhamdulillah.. lepas kenyang semua, kami jalan-jalan pusing jusco tu.. afi dan iffah pergi KFC, yang selebihnya pergi Big Apple.. huhu.. bawa balik bekal la katakan.. lepas beli semua tu, baru balik.. oh ya, lupa nak bagi tau.. asal-asal nya jannah nak belanja buku.. tapi tak jadi.. huhu.. sedih.. tak pe.. tak ada rezeki tuh..


tengah tunggu makanan..



masa balik tu, kereta kami sebenar dah tersasar jalan.. aduh.. salah saya la yang silap tunjuk jalan.. tak apa.. jalan-jalan.. bila lagi kan afiqah wahit.. eleh, sesat-sesat kami pun, dapat kejar kereta alifah.. haha.. tapi kami berhenti kejap di pasar wanita.. iffah nak beli makanan tuk adik dia.. hehe.. sampai-sampai ja di tok bedu.. maka berpisah lah saya, afiqah dan budak-budak.. saya pulak terus naik kereta alifah.. ye la.. alifah nak letak no. plat kereta dia balik.. macam mana boleh jatuh pun tak tahu la.. syu bawa humaira' sekali.. jalan-jalan la sat di tasek gelugor tu.. saya pula masa tu, tersangat-sangat menantikan mesej dari seseorang.. tapi tak sampai-sampai pun.. hmm.. 
sempat g bersolek anak dara 2 org nih..


sampai sini saja cerita nya.. hehe.. sekian..



Graduations day..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


enam org kawan.. we'r young..!!


 " berdebar untuk menemuinya.. gembira bila dia dah datang.. rindu bila dia dah berlalu pergi.. apakah semua ini..? ini lah tanda nya bahawa saya sangat rindu akan segala kenangan saya di sekolah menengah.. tidak gitu.. siapa yang tak sayang akan zaman sekolah menengah.. hatta benci yang selalu keluar dari mulut tu pun always kata yang dia sangat rindu kan zaman sekolah nya.. manis sangat kenangan tu "


tanggal 27 april 2013.. maka sah la diri saya ni menjadi alumni SMART.. tidak sempat rasa nya untuk saya dan rakan-rakan saya yang lain bergambar dengan jubah konvokesyen berwarna hijau pucuk pisang tu.. :D 



posing je la kerja kami.. alifah dia suka berjalan.. hehe


rentetan kisah sebelum hari ihtifal ni, saya dan syu datang sekali, memandangkan saya pergi menjemput tuan puteri tu di rumah nya.. bila dah sampai depan rumah muallimah zyla, kami dah tahu apa yang perlu kami lakukan.. selongkar ja letter box dan ambik kunci.. kami sudah maklumkan pada tuan empunya rumah awal lagi.. jadi, kunci memang akan ditinggalkan di tempat biasa itu.. bila dah buka pintu, Assalamualaikum... hmm.. masih sama suasana dalam rumah tu.. 20 minit selepas sampai di rumah tu.. tiba-tiba syuhada terasa lapar.. saya juga sebenarnya lapar walaupun hakikat saya dah hentam bubur nasi handmade.. hehe.. jadi, saya ajak syuhada pergi makan.. dijawabnya, ekeke.. tak ade duit la.. duit cukup-cukup.. tak pe la syu.. i belanja.. k..? hehe..


" ingatlah.. duit kita itu bukannya 100% milik kita.. sebahagiannya adalah milik orang lain.. sebab itulah wujudnya zakat dalam hidup kita sebagai Muslim.. "

malam tu pulak, keluar makan lagi dengan muallim hafiz, humaira', syu dan zaynab @kiosk bertam.. where is muallimah zyla..? ops.. muallimah pergi ke jamuan banin yang grand tuh.. huh.. tak apa.. rezeki diorg tuh.. nanti banat pulak.. lepas makan semua tu, masa nya untuk pulang.. tapi muallim hafiz ajak jalan-jalan dulu konon nya nak bagi humaira' balik rumah terus tidur.. tapi tak berjaya pun.. humaira' still agresif.. kami jalan-jalan pusing pinang tunggal.. tengok rumah Dato' Roslan a.k.a rumah kawan kami tu.. hmm.. gah gitu rumah nya.. sampai rumah ja, saya dan syu hantar zaynab balik ke asrama.. sampai asrama tu melekat pula dengan budak 4 orang tu dengan jannah.. rewang malam-malam.. bila lagi kan..?


ada ala bdk pasti x..?
esok harinya pula.. rasa berdebar.. huhu.. ye la.. gathering together.. majlis graduation kitorg.. hmm.. jannah dan syu memang melaram la.. khabar nya, their partner nak datang gitu.. tapi jannah punya partner tak boleh nak hadirkan diri.. semangat plan biru nya.. huhu.. syu memang sah-sah sama warna.. tapi nak ambil gambar sekali tak nak.. jual mahal lagaknya.. haha.. sory syu.. sampai saja di dewan sekolah kebangsaan pokok sena, kami menunggu pula kedatangan muallimah shahidah.. katanya nak ajar cara jalan di atas pentas.. hmm.. jalan dua tiga tapak.. tunduk.. pastu jalan dan ambil sijil, senyum jangan lupa dan undur belakang setapak, tunduk.. dan go away.. huhu.. bila tengok syu pakai baju jubah konvo tuh, alahai.. comel nya.. ala-ala budak pasti lagaknya.. serius comel.. untung la gambar syu dengan jannah dapat diambil.. yang saya pulak, hanya mampu berangan nak ada gambar konvo tu.. sedih tol.. the next awards pula, sumbangan PIBG.. menunggu nama dipanggil oleh nizamuddin, berdebar-debar jugak.. sebab hanya saya dan jannah saja yang ambil.. hmm.. RM30.. bersyukur la dapat.. boleh buat simpanan untuk beli buku Hilal Asyraf.. hua hua hua.. hasrat hati nak bodek jannah dan haiqal untuk penuh kan koleksi buku hilal asyraf tu.. tapi.. macam tak kesampaian ja.. di sini saya ingin ucapkan tahniah la kepada pelajar mithali iaitu al-amin dan zaynab.. juga kepada nizamuddin yang berada di rating teratas dalam kelas.. iffah pula, always dengan semangatnya.. mempersembahkan sajaknya.. tak pa iffah.. nanti ambil tempat ana pulak untuk pidato bahasa arab yer..


belum sempat pun majlis ihtifal tu habis, saya, syu dan afiqah dah lari sebentar atas tujuan menghantar helmi balik ke rumah.. saya tahu, betapa rushing nya afiqah.. agak tersedar akan kesilapan saya yang terlalu menggesa afiqah supaya cepat dan cepat.. maaf la afiqah ek.. walau apa pun.. sangat berterima kasih kat dia.. banyak sangat bantuan dia pada saya.. masa dalam kereta, alifah call.. dia cakap kunci kereta ada pada saya.. Allah.. lupa pulak.. macam mana diorg nak balik.. huhu.. sabar sekejap la.. bila sampai rumah dia saja.. Allah.. kipas pun ada di garaj kereta.. rumah saya pun kipas guna plug je tau.. huhu.. bilik dia pun.. ala-ala bilik pengantin gitu.. lepas hantar adik afiqah, terus kami pecut ke tempat ihtifal.. dengan harapan, muallimah semua tak balik lagi.. alhamdulillah.. memang tak balik lagi.. semua masih makan lagi di sana.. kami banat SMART5 yang berbaki 5 orang tu, salwa cabut awal lagi.. kami pun jumpa para muallimah.. datang sembang-sembang sekejap.. sebelum kami berangkat pulang.. indahnya masa tu.. terasa satu kehilangan bila kami mula melangkah keluar dari S.K pokok sena tu.. insyaAllah.. moga berjumpa lagi..

 "  Semoga silaturahim sesama insan semakin menambah keimanan dan rasa syukur kita                                                             pada Tuhan semesta alam.Jaga kestabilan kenderaan anda,periksa keamanan,semoga selamat sampai tujuan. Amin…  "Dr. ‘Aidh Al-Qarni

semoga kenangan kita ini terlakar dalam memori kehidupan kita.. dan semoga rakan-rakan sperjuanganku, guru-guruku semua sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu Allah.. 

Sunday 5 May 2013

Renungan..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...




maaf la.. saya dah tersangat muak dengan status serta komen mengenai kemenangan a.k.a penipuan Barisan Nasional.. come on la.. kan lebih baik kitacari kebaikan orang dari kita cari keburukan orang.. apakah Islam itu tidak cukup menyerlah akan ajarannya..? adakah sukar untuk kita ketepikan marah kita..? ya.. tidak saya nafikan tersangat sukar ketepikan amarah dalam hati dan jiwa.. at least, why should not kita cuba untuk bertenang dan sabar.. 




memang hak kita untuk bersuara, tetapi.. kita juga perlu tahu setiap insan itu ada kekurangannya.. husnuzon lah selalu wahai sekalian insan.. walau hakikat nya kesalahan itu sebesar gajah pun dan seperti kata pepatah ibarat menegakkan benang yang basah.. biar kan dia hidup atas kesengsaraan orang lain.. yakin dan percayalah, hidupnya langsung tidak akan tenang dan bahagia.. bukan hak kita untuk menghukum.. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa semoga Allah beri hidayah padanya.. 

" Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125) "

jgn biarkan kita bermusuhan..


di sini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan saya.. walaupun kita berlainan politik, pendapat atau apa saja.. ingat lah.. kita tetap Islam.. Islam itu pula bersaudara.. jangan pula kerana kemarahan kita akan sesuatu atau berlainan pendapat, kita mahu perangi sesama sendiri.. come on.. contohi la kaum cina yang kurang persengketaan sesama kaum.. mereka bijak tangani semua sengketa.. sebab itu mereka lebih maju dari kita.. :D

"Amri bin Said dari bapanya berkata bahawa:
"Satu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjidBani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t.Setalah selesai baginda berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t tiga perkara,dalam tiga perkara itu cuma DIA memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.  
1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,pergaduhan antara sesama Islam) Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan(telah ditolak)"

saya juga manusia.. kadang-kala tidak lepas dari semua ini.. tapi, manusia itu perlu diperingati kerana manusia itu mudah lupa dan lalai.. post ini adalah sebagai renungan untuk saya.. juga untuk anda.. ayuh..!! bangkitlah..!! Islam tak pernah tewas..!!

Wednesday 1 May 2013

Oh Adik..!!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

tak tahu, kalau sesiapa yang ku kenali baca post ini akan menimbulkan rasa cemburunya.. tapi ini lah hakikat yang mulai timbul dalam hati ini..




tanggal hari ini 1 mei bersempena hari cuti untuk semua pekerja, saya mulai rasa berat hati untuk meninggalkan adik saya bila dia dah mahu berangkat pulang ke asrama.. walaupun hakikatnya, hujung bulan ini beliau akan pulang jua ke rumah.. nak buat macam mana.. tidak sempat pun satu hari, aku sudah merindui nya.. jangan lah salah sangka.. antara saya dan dia, tiada apa-apa hubungan pun selain adik.. orang mesti pelik.. saya ni anak bongsu.. sejak bila ada adik.. tapi, satu hakikat yang perlu orang yang rapat dengan saya tahu, saya teringin adik sebenarnya.. bohong kalau siapa cakap tak nak adik.. walaupun saya ada abang dan kakak.. hubungan kami bertiga baik-baik saja.. mungkin, jarak umur antara saya dan mereka sangat jauh.. membuatkan saya lebih suka menyendiri dengan dunia ku.. abang dah berkahwin.. kakak pula sibuk akan kerjanya.. dan satu saat nanti, mereka bakal meninggalkan saya jauh.. sebab itu saya perlu akan seorang adik yang boleh membuatkan hidup saya ceria..



" jika kamu berasa sunyi.. maka dekatlah diri dengan sang penciptamu.. kerana dengan itu, kehidupan kamu bisa menjadi lebih tenang "

hakikat nya.. kita sebagai Islam, jika kita kesunyian, dekatkan lah diri Tuhan.. ya.. tidak saya nafikan itu.. namun, saya juga manusia.. dan manusia perlu akan sokongan dari orang yang terdekat.. ada yang berkata padaku, ' jiwang la hang ni ' ataupun ' jatuh hati dengan dia ek ' saya hanya mampu ketawa.. sejujurnya.. semua itu tidak langsung terlintas dalam hati saya.. saya menganggap N tak ubah macam adik saya sendiri.. sama banyak seperti saya sayangkan kawan-kawan saya.. mengapa saya mempunyai kekuatan untuk berkata begitu..? kerana saya mempunyai kekuatan dalam diri saya melaluinya.. seumur hidup saya, saya tak pernah cakap perkataan sayang dengan seikhlas hati saya kepada orang luar yang berlainan jantina dengan saya.. jujur saya katakan..  :'D




masih segar dalam fikiran saya, waktu dia masih bercuti.. sering kali beliau mengadu akan masalahnya.. hakikatnya, saya memang tidak dapat membantunya sedikit pun.. namun, saya cuba untuk memberi sedikit kekuatan saya kepadanya.. masalah itu, bisa kita selesaikan nya apabila kita bijak menangani nya.. sesungguhnya, dia masih ragu akan kekuatan yang ada pada dirinya.. saya tahu, dia seorang yang sangat tabah.. mungkin, lebih tabah dari saya.. kehidupan manusia itu banyak perbedaannya.. dan melalui pengalaman hidup itulah, kita mampu membawa diri kita.. kerna itu, saya hanya mampu memberi kata semangat supaya dia bisa mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya dengan bijak.. saya sama sekali tidak tertekan untuk memikirkan kata-kata yang terbaik untukku berikan padanya.. mengapa..? kerana saya sayang dia kerana Allah.. dan saya tak mahu beliau hanya pasrah sebelum berusaha..

" jika kamu ditimpa masalah, maka sebaik-baik tempat untuk mengadu ialah kepada Allah S.W.T.. mintalah kepada-Nya agar dipermudahkan segala urusan "

 sungguh saya merindui nya.. senyuman nya, kata-kata semangatnya, sifat manjanya, sifat penyayangnya, sifat ambil kisah dia, kedegilannya, rajuk dia.. semua tentang dirinya.. malam sebelum dia pulang, sememangnya dia tidak mahu tidur walaupun jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.. alasannya hanya mahu melepaskan rindu.. nampak sungguh sifat kebudakannya.. dia juga ada cakap yang dia nak habiskan 30 juzu' al-quran nya sebelum 5 mei ini.. alhamdulillah.. sejuk hati saya mendengar nya.. semoga Allah membantu dia dan permudahkan segala urusannya.. saya di sini hanya mampu berdoa..   



 " ya Allah.. Kau bantulah hamba-Mu itu dalam perjuangan menghabiskan 30 juzu kalam-Mu.. permudahkan segala urusannya dan kuatkan lah daya ingatannya.. sesungguhnya, dia ikhlas dalam memperjuangkan kalam suci-Mu "

semoga beliau dan keluarganya diperluaskan pintu rezeki dan sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu Tuhan.. Amin...
 


Photobucket
Photobucket