Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Saturday 24 September 2011

Jamuan Raya @ Hostel..


Haaa.. habis gempak gila masa tu.. maklum la.. raya sambut kat hostel plak.. program ni hasil dari usaha muallimah sarah yang bertungkus-lumus tuk menjayakan program ni.. dalam masa yang sama.. kami-kami ni kena bayar RM 2.00.. walaupun agak berat nak bagi la kan.. tapi kena bagi jugak sebab, ye la.. kalau tak bagi tak kan aku nak makan kayu sate, tak pun nak jadi tikus gerit pinggan ja.. oh no way.. masa tu perut siti aishah macam tong sampah.. tapi pasal duit tu, yang aku nak meradang sikit is bila syafiqah always minta duit sampai ke kelas.. adik.. kak tau tanggujawab kak kena bayar sayang.. nanti kak bayar laa.. rasa nya macam nak cakap cam tu ja.. tapi bila nak cakap.. eh, tetiba ja ketulan emas telah dijumpai dalam mulut aku.. haha.. nak tak nak kena bagi dalam keadaan ter'paksa'.. lama-lama tu tak dah la.. biasa la kan.. setan kuasai diri, mana nak tau kawal diri.. program tu start dengan gotong-royong.. arghh.. yang tu lemah gemalai sikit.. kalau masuk tarian zapin konfem past punya.. haha.. gotong-royong tu aku jez buat kerja apa ek.. haa.. angkat cendol masuk dalam peti ais.. tolong apa lagi.. tak ingat dah.. tapi masa jamuan tu, tak tahu plak bila sekolah tempah paparazi mai amik gambar.. fuh.. kena hindari tu.. haha.. maklum la.. artist ni mana boleh selalu masuk magazine.. nak rosak populariti nanti.. anyway.. best la jgak gotong-royong tu.. banin kerja diorang hanya kacau dodol.. tapi aku pelek la jugak.. diorang actually kacau dodol ke apa ek.. last bila dodol da masak rasa lain dari yang lain tau.. haha.. tak bersyukur langsung la aku ni.. kira baik kan diorang tolong kacau.. tengah hari after rest jap, banin wat persembahan.. n ada ucapan raya sikit.. afiqah antara budak yang terkena bagi ucapan.. pergh.. nasib la diorang tak panggil afiqah n the geng..kalau tak lagi gempak pa.. haha.. petang tu kitorang dipersembahkan nasyid banin smart.. hmm.. not bad laa.. macam biasa la kan.. malam tu lagi gempak.. ye la.. semua orang masa tu meragam giler.. masing-masing nak pakai baju raya.. n malam tu juga ada pemilihan pakaian tercantik.. wahahaha,... apa lagi.. meragam la semua orang.. tapi aku, n kawan aku yang lain.. bila dah pakai.. rasa malu nak p dewan.. ye la.. malu.. tak tau sebab pa.. sampai ja kat sana.. aku tolong mak cik kanti prepare apa yang patut.. saja sibuk kan diri dari kena ambil gambar berjemaah.. tak nak la.. tapi anugerah tu dapat kat affaf dan banin rahmat.. woo.. mau x menang kat dia.. siap samping lagi gitu.. haha.. cabutan bertuah pulak 4 malam tu.. aku dapat.. wa.. bertuah nya.. haha.. ok la kan.. tapi masa dia nak umum tu kan.. hisham n taufiq salah umum detail aku.. ada ke patut hisham say aku ni from combodia.. oh no.. aku ingat dapat kat kak alia.. rupa nya aku.. ish..ish..ish..

Saturday 3 September 2011

CHEESE BROENIES

.
Bahan-bahan
180 gm butter-dicairkan
275 gm. gula perang
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
120 gm. tepung naik sendiri
70 gm. serbuk koko

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. gula icing
1 biji telur
Sedikit chocolate chips (ditabur di atas brownies)

Cara Penyediaan:
(1) Gaul butter yang telah dicairkan dengan gula perang hingga sebati
(2) Masukkan telur, sebiji setiap kali. Gaul hingga betul-betul sebati. Masukkan sedikit vanilla essence
(3) MAsukkan tepung dan serbuk koko secara perlahan-lahan dan kacau hingga terasa lembut.
(4) Untuk cheese filling: pukul cream cheese, butter and gula icing hingga sebati. Tambahkan telur dan kemudian teruskan memukul.
(5) Tuangkan setengah drpd adunan brownie ke dalam  diikuti cheese filling.
(6) Tuangkan lebihan adunan brownie tadi di atas cheese filling. Taburkan chocolate chips di bahagian atas brownies.
(7) Bakar di dalam oven (170ÂșC selama 40 minit)

Trial Exam SMRA...

haah..terasa sekejap aja cuti ni kan..pejam celik tidur..pejam celik tidur dah nak balik sekolah dah.. lagi pun esok dah start trial exam for SMRA.. waa.. dup..dup..dup.. jantung berdegup kencang menantikan soklan exam tiba.. yang weird nya aku ni kan.. dah tawu nak trial, tapi buku haprak pun tak pegang.. tah papa la.. konfem la hakeem pegang buku kan.. hari tu sempat jugak sembang sai trial ni.. dia ada pesan soh baca buku.. mesti dia baca punya kan.. belum lagi ersyad abdullah.. tah-tah satu buku pa dia da khatam.. otak dia kan genius sikit.. tu la kelebihan dia.. jeles woo... masa sebelum cuti raya tu, before dapat tawu trial minggu depan.. baru ja plan ngan afiqah tuk cuti lebih sikit.. aleh-aleh dapat berita tu, masing-masing tepuk dahi.. adeh.. cam tawu-tawu ja aku nak ponteng ni.. gi pon.. raya baru yang keenam.. belambak citer best menanti kat panggung wayang rumah tu.. ish.. bukan nya senang tv kat malaysia ni nak tayang kan movie yang bes kat kaca tv ni, raya je la.. tapi itu semua hanya nafsu keseronokan aja.. haha.. (pandai je la) hidup ni perlukan pengorbanan.. kita perlu korban keseronokan kita tu k benda yang lebih penting..  so.. pray-pray la for  me kepada sesiapa yang baca  post ini yaa.. huhu..
Photobucket
Photobucket