Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 30 April 2012

Yang Sempurnakan Ku..

Assalamualaikum...




bila difikirkan balik.. dalam satu kelas tu.. hanya ada 6 orang saja banat.. ke mana saja 6 orang tu la.. walupun ada yang buat perangai, walaupun ada yang suka cari pasal, walaupun ada yang suka serabutkan otak.. tapi, ketenangan yang mucul jika bersama sering menerpa.. walaupun akan gaduh selepas itu.. hmm.. itulah best nyer.. kalau tak gaduh, maka tak mesra lagi memahami la.. tak gitu jannah..? hampir 4 tahun setengah aku selami alam remaja ni.. dan 6 tahun aku layari alam kanak-kanak.. jadi, macam-macam jenis kawan yang aku jumpa.. kawan makan kawan.. kawan jadi lawan.. and the others.. orang kata.. berkawan biar seribu.. bersahabat biar sepadu.. er.. ubah sikit.. life like hell without friends.. ada kawan banyak hikmah nya.. salah satu nya.. save cost.. apa yang save cost nyer.. ye la.. tak payah beli cermin.. sebab kawan tu dah jadi cermin kita luar dan dalam.. setuju atau tidak.. 




kawan.. lain-lain perangai dia.. macam jannah.. BFF.. kami suka gaduh.. tapi sat je la.. kalau lama pun nanti tak larat nak tarik muka.. nanti saraf dalam muka ni mula mengendur.. huhu.. syuhada'.. suka merapu ngan dia.. budak kecik yang comel.. senang dengan dia.. afiqah.. walaupun kadang-kadang ada angin.. tapi suka jugak merapu dengan dia.. salwa.. sebelah katil aku ja.. yang best nyer.. suka buli iron baju.. haha.. dia iron baju n kain.. aku jez iron tudung ja.. pastu basuh baju dia yang basuh aku sidai.. bagus kan ada kawan.. alifah plak.. hmm.. suka ceramah kat dia.. haha.. kadang-kadang suka sembang ngan dia gak.. huhu.. 




next.. iffah.. dia ni kuat merajuk sikit.. tapi suka sakat.. dia.. haha.. irfan.. kawan paling lama la yang tak pernah putus contact.. ngada-ngada sikit.. hakimi.. hah.. BFF.. orang yang fes say congrate n sending me bear coz the highest 1 subjek jer pun.. haha.. er.. tak leh nak citer panjang sai dia ni.. kang nanti aku balik asrama kena fire ngan jannah.. huhu.. nurhafizah.. ni pun BFF.. terbaek la.. er.. ada sorang lagi.. tapi.. biar lah.. secret garden...




semua nama kat atas ni very speacial la for me.. tak leh nak lupa.. ^__^ tak pe la.. nanti kalau ada kelapangan.. akan saya cerita kan panjang lebar tentang korang.. ni kalau boleh terbit buku.. power gak.. huhu..

Kisah Setia Seorang Sahabat...


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik 
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar 
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan 
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita 
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat 
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang 
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. 






Bas yang terhenyak-henyak dek 
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong 
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat 
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang 
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. 
Naim kelihatan murung. 




" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik 
rumah ke?" Naim mengubah topik. 
"Cadangnya gitulah!" 
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak 
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. 
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! 
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. 
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila 
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi 
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. 
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam 
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab 
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang 
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang 
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. 
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang 
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim 
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. 
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat 
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi 
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je 
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur. 
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" 
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz 
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan 
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. 
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada 
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang 
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz 
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah 
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. 
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! 
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera 
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin 
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. 
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya 
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" 
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal 
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah 
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa 
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. 




" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! 


moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar

Sunday 29 April 2012

Lafaz Cinta Sakeenah..

Assalamualaikum...




kawan baik saya cakap.. sayang dalam bahasa arab bermaksud al-hubb.. yang bermakna benih.. apa kaitan benih dengan kasih sayang..? kasih sayang adalah benih.. kita kena jaga dia.. siram dia.. letakkan baja.. kalau kita tak jaga, nanti kasih sayang akan mati.. sama macam pokok.. ^__^


kaitan kata-kata kat atas ni dengan cerita saya adalah.. macam mana permulaan hikayat cinta cimpanzi kawan-kawan yang saya sayangi itu.. setiap apa yang berlaku mesti ada permulaan nya kan.. meh nak cerita permulaan diorang macam mana.. er.. kawan-kawan.. saya minta maaf kalau tergores.. saja nak balikkan ingatan korang.. hehe..




nur syuhada' zahar.. ayat yang syu dapat ni best giler kalau aku yang dapat.. hehe.. bahasa arab.. " hal anti tuhibbuni kama uhibbuki..?" maksud nya : adakah kamu menyukai saya sepertimana saya menyukai kamu..? waa.. best kot ayat tu.. bahasa syurga plak tuh.. nak kata islamic love la ni.. huhu.. masa syu dapat ayat tu, tergaru-garu syu.. dah la masa tu budak baru lagi.. kami la penterjemahnya..




nurjannah sazali.. ayat yang mek ngah ni dapat bait lagu.. kena la dengan jannah ni yang kaki lagu ni.. " coz you're amazing.. just the way you are.." maksud nya kalau tak tau.. http://translate.google.com/   haa.. translate la sendiri ek.. hehe.. jannah plak tak tahu detail sangat pasal kejadian tu.. sebab berlaku kat rumah.. hehe.. jadi.. sebarang pertanyaan sila klik http://www.facebook.com/profile.php?id=100000893077608  haha.. jahat betul la aku ni..


nurul afiqah abdul wahit.. hmm.. tak detail.. cuma dia ada pernah cakap yang dia suka seorang kawan dia dekat sekolah dulu.. sebab apa yang afiqah muka macam kulit gajah tu boleh suka kat lainan jantina ni.. hmm..??? ala.. sebab budak dengan tulus ikhlas nya menyatakan yang afiqah ni " awak comel la.." haha.. aduyai..




salwa plak.. lagi dahsyat.. dia tak dapat kata-kata.. just dapat sekotak ferero rocher.. hebat tak.. haha.. oh ya.. satu gi ada orang tanya kat dia soalaan apa tah.. berapa salwa tu.. nanti senang nak masuk meminang.. haha.. ayat rekaan sendiri.. betul ker..? ntah la..huhu




alifah mawaddah.. yang panjang sikit.. dari benci bertukar jadi suka.. dari suka bertukar sayang.. mula-mula panggil aku ang  --> adik akak --> aku ang --> syg abg --> adik akak.. complicated la.. alifah pun start dengan bermain kata-kata.. kias punya kias.. last sekali tawu jugak.. haha.. tukang karang ayat alifah.. ehem.. siti aishah la.. ada la sikit..




habis sudah.. siti aishah..? siti aishah mana ada.. still tudung senget.. free.. tanpa gangguan emosi.. haha.. saya suka kongsi pasal kawan-kawan saya yang agak pelek tu.. boleh jadi apa saja kalau dengan diorang.. haha.. tapi saya sangat tak suka kalau kawan-kawan saya dikhianati atau dipermainkan..
sekian..

Saturday 28 April 2012

Majlis Konvokesyen Smart..




Assalamualaikum...




Alhamdulillah.. acara gilang gemilang lagi begemerlapan tu akhir nya berjalan dengan lancar.. walaupun stay nampak tempat kosong.. tapi ok la kan.. baru kali pertama SMART buat ihtifal berseorangan.. hmm.. best sangat walaupun penat sangat.. sampai suara nak pasang sayap pergi ja.. pidato bahasa arab.. kena main dengan suara.. tambahan pula kena paksa tinggi kan suara.. tapi, tinggi mana pun suara aku.. tetap sama ja tone bunyi.. haha.. semulajadi suara lembut.. :p  kalau nak kuat.. tunggu aku mengamuk dulu la baru nak kuat.. tapi tak kuat mana jugak.. sebenarnya, asal cerita tak ingin pun pidato.. tambah plak bahasa arab.. lagi la.. seram sejuk ja.. mllm hisham yang pilih.. terpaksa jugak.. tapi lama-lama bukan terpaksa dah.. tapi senang hati dah.. ada hikmah nya kan.. tajuk pidato aku "al-insan khalifatul llah fi dunia.." aku jez huraikan hadis ja.. masa time giliran aku tu.. zul azhan kata dia nak buat macam spontan la.. it's ok.. aku ikut rentak.. tapi yang terkejut nya.. dia suruh perkenalkan diri pulak.. argh.. tak prepare pun.. tapi ok la.. terima kasih kepada mllmh khadijah.. juga mlmh shahida, mlmh gee dan mlmh atiqah yang memberi komen kelemahan pidato aku..




 iffah plak sajak bahasa arab dengan ikmal.. sajak iffah bak hidup segan mati tak mau.. bukan saya la yang cakap.. hehe.. ada gaya, ada antonasi.. tapi tak perasaan.. kalau ikmal.. ada gaya.. ok dah, cuma antonasi kurang sikit.. choral speaking by all banat from class 1-3.. ketua nya afiqah wahit la.. pentomen plak campuran.. tajuk palestin kot.. nasyid dan qasidah oleh kumpulan nasyid sekolah.. paling pergh sekali qasidah la.. memang best giler.. nasib tak dak sapa yang keluarkan video.. kalau tak nak bubuh ja dalam blog.. pidato bahasa melayu dipersembahkan oleh jannah.. pengerusi majlis zul arief dan zul azhan dan alifah.. salwa dan syuhada' AJK protokol yang berdedikasi..







ni la nasyid banin masa ihtifal...











untuk anugerah plak.. pelajar cemerlang dalam kelas dari kelas form 1 sampai 3 ja.. lepas tu SMRA.. mumtaz ersyad.. jaid jiddan khairul syazani dan abdul hakeem.. jaid yusuf, ammar, amirul, juanda, zul azhan, faezin, asrizal, siti aishah.. hehe.. apa pun tahniah jugak tuk kawan-kawan yang lain.. pelajar yang aktif koku zul arief dan jannah.. pelajar harapan manaf, hanisah, abu yazid, asrizal.. anugerah 30 juz khairul syazani, asrizal dan solehah.. hafazan terbaik hidayah, sarah, nizamuddin.. pelajar mithali ______dan______..??  dirahsia kan.. hehe.. tokoh pelajar jatuh kepada ersyad abdullah.. tahniah..






apa pun.. majlis ihtifal kali ni memang meriah dengan persembahan jugak.. huhu.. tabik spring la tuk para muallim dan muallimah yang turun bukit menjayakan majlis ni.. dan tidak lupa kepada ibu bapa yang menajayakan jugak dengan sumbangan dan kehadiran.. pelajar-pelajar lama.. 
sekian.. 


Photobucket
Photobucket