Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Tuesday 27 August 2013

Paksa dalam Rela..?

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


paksa dalam rela..? apa tu..? seperti yang anda faham.. paksa itu adalah melakukan sesuatau yang tidak disukai.. begitulah.. kalau rela pulak adalah berlawanan dari sifat paksa iaitu melakukan sesuatu yang kita suka tanpa arahan dari sesiapa.. kalau nak ikut makna dari bahasa mengikut kamus dewan, ahaha.. maaf la.. saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka waktu sekarang.. pernahkah anda pernah mendengar ayat seperti ini..?


" ai.. kenapa tak buat solat sunnat ni..? "
" ala.. sat laa.." 
 " bangun la buat solat sunnat..!! " 
" tak mau la.. nanti kalau kami buat tak ikhlas, tak dapat apa.. baik tak payah buat.. nanti dapat penat ja.. " 
" pulak dah.. hmm.. ikut suka la.. " 

kalau ada yang pernah mengalami situasi di atas.. mesti terdiam kan kalau dia cakap macam tu.. budak-budak zaman sekarang ni suka menjawab sebenarnya.. ada saja ayat yang hendak diperkatakan supaya kata-kata kita itu dapat dipatah kan.. saya pernah mengalami situasi di atas.. masa saya di bangku sekolah, saya ada pernah menyuruh seorang adik junior saya untuk melakukan solat sunnat.. tapi aleh-aleh, itu yang dijawab nya.. membuatkan saya terdiam.. dan saya mulai fikir akan hal itu.. bagaimanakah mahu menanganinya kembali..

budak-budak, kalau ada sesuatu perkara yang disuruh, tetapi dia sendiri yang berat hati untuk melakukannya, sedangkkan perkara itu adalah sesuatu yang baik, itu makna nya malas tu.. syaitan ni, kalau dia nak mengagalkan sesuatu perkara yang baik, macam-macam yang dicubanya.. maklum la.. syaitan tu kan kreatif lagi inovatif..

pepatah melayu ada cakap, jika mahu melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.. err.. betul ke tak ek.. ehehe..  jadi, cuba kita imbas kembali, bagaimana kanak-kanak yang baru mengenali ABC 123 ا ب ت.. kanak-kanak yang baru belajar cara hendak menulis.. bukankah dimulakan dengan rasa ketidak relaan..? macam mana saya tahu kanak-kanak itu sebenarnya terpaksa..? jika kita imbas kembali, waktu kita mahu menghantar mereka ke sekolah, mereka pada mulanya akan menangis, meraung tidak mahu ke sekolah.. kanak-kanak yang ingin belajar al-quran yang pada mula dipaksa dan lama kelamaan akan terbiasa dengan rutin nya.. itulah yang cuba saya maksudkan dengan paksa dalam rela..

boleh sahaja jika kita cuba mempraktikkan cara kita mendidik kanak-kanak kepada remaja atau seusia dengannya.. bermula dengan 'terpaksa' lama-kelamaan akan menjadi 'terbiasa'.. dan terbiasa itu lama-kelamaan akan menjadi 'rutin'.. kita sebagai penegur atau sebagainya harus bersabar dan tidak putus asa dalam menegur, membimbing dan membentuk satu perbuatan yang membawa ke arah kebaikkan.. biar saja dia melakukan dalam keadaan terpaksa.. biar kan.. kerana lama-kelamaan dia akan terbiasa jua.. insyaallah biiznillah.. kuasa Allah itu tidak dapat kita jangka sebenarnya..

cuba lah kita terapkan amalan paksa dalam rela ini kepada anak-anak, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya kerana dengan paksa, bermulanya satu amalan yag berterusan.. insyaallah..

Eidul Fitree..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...




yaa.. raya.. perayaan bagi umat Islam setelah meraih kemenangan dalam bulan puasa.. istilah dari segi bahasa nya lah ye.. sedang hampir kesemua manusia sedang bergembira menyambut raya, ada juga masih suram dalam menyambut aidil fitri.. segolongan yang sangat merindui ramadhan kareem akan berasa sayu apabila ramadhan meninggalkan mereka.. ya. ada sedikit rasa sayu tatkala takbir berkumandang.. bulan yang di mana syaitan diikat itu telah pun pergi meninggalkan kita..bulan yang membawa malam 1000 malam.. adakah kita masih dapat berjumpa dengan nya lagi..? wallahua'lam.. serah kan saja kepada yang lebih mengetahui..


raya saya tahun is simple.. macam selalu.. masih beraya di kampung halaman saya iaitu di kampung permatang berangan, sungai petani.. indah nya masih seperti dahulu.. setiap kali ramadhan bakal meninggalkan kita, saya rasa setiap kali itu, akan turunnya hujan tak kira samada petang itu, atau malam ketika raya.. saya menyedari itu.. mungkin satu barakah yang Allah turunkan tatkala itu.. hamdallah..





malam raya.. sempat buat sedikit biskit raya.. walaupun tak banyak jenis.. cukup la dalam 2 jenis biskut saja iaitu biskut cornflake dan famous amor a.k.a chocolate chip.. ada juga buat dadih malam tu.. happy la dapat meneruskan tradisi buat kuih ni.. keh...keh..keh.. teringat masa kecik-kecik dulu.. mak akan buat kuih acam-macam jenis.. dah tu, bukannya 50 biji.. tapi 150 biji kot.. maklum laa.. 50 untuk tok sebelah mak dan 50 untuk sebelah abah.. fikir-fikirkan balik.. mak dulu memang rajin buat kuih.. dengan saya yang banyak songeh buat permintaan nak kuih itu ini.. memang mak akan buat kalau saya minta.. sweet sangat masa tu.. haaa..  sekarang, mak dah jarang nak join saya dan kakak untuk buat kuih.. bersara katanya.. hehe.. tak pe la mak.. masa untuk kami pulak yang buat.. kalau beli, nanti tak sedap la, mahal la.. buat lagi puas kan.. 



pagi raya, takbir raya dah mula kedengaran di corong radio, di kaca televisyen, corong speaker masjid.. sayu rasanya.. tapi, agak-agak kalau nak buat request suruh diorang rancakkan sikit takbir tu boleh.. ehehehe.. bukannya apa.. bukan kata kita patut happy ke apa.. cuuma, bukankah raya itu untuk menyambut kemenangan kita dalam melawan dan menahan hawa nafsu.. tak gitu.. ini bukan bermakna saya ni dah memang meraih kemenangan yang sebenar, tetapi sekadar untuk memberi sntikan semangat supaya kita akan rasa lebih semangat dan lagi semangat untuk menyambut ramadhan yang akan datang dengan niat akan memperbanyakkan amalan kita.. opss.. ingat ye..!! amalan yang kita lakukan masa ramadhan tu boleh saja jika mempraktikkan pada bulan yang lain.. tak salah.. itu namanya dipanggil istiqamahh.. even saya ini tidak la 100% melakukan apa yang saya lakukan dalam bulan ramadhan, tetapi saya cuba untuk menyuntik semangat dalam diri saya dan ANDA untuk melakukan sesuatu yang baik.. tidak salah kan...? :D


seperti biasa, rutin harian saya akan seterika baju raya ahli keluarga.. masa kecik-kecik asyik buli kakak ja yang seterika, sekarang turn saya pulak la nampaknya ya.. adik saya ada cakap.. kenapa tak semangat pun..? saya tanya kembali..? sapa yang tak semangat..? dia jawab, akak laa.. saya hanya mampu senyum saja.. bukannya tak semangat, tapi, memang tradisi seterika baju pagi-pagi raya.. baru semangat sikit kan.. keh..keh..keh.. tak gitu..? ada ja saya ni.. 



tradisi apabila raya adalah bersalaman dan bermohon kemaafan daripada ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain.. family saya tak ada la buat secara formal.. masing-masing akan cari masa yang boleh nak feel sikit.. hehe.. saya akan pilih lepas solat sunat raya la.. sebelum tetamu mai, sebelum sikit, baik buat masa tu kan.. tapi teringin jugak nak buat secara formal.. tapi.... saya lebih selesa dengan cara tidak formal.. budak-budak rasa nya tahun ni tak seramai tahun lepas laa.. mungkin parents diorang tak balik kampung ni kot.. tak pa.. tahun depan, nak jemput tok mudim mai rumah suruh bertenggek kat pintu.. sah-sah budak-budak takut nak datang kan..? hahaha.. tak de lah.. budak-budak mana tahu tok mudim mana satu kan.. 


tahun ni adalah raya yang pertama yang telah menyebabkan saya mendapat gelaran kaki jalan.. (padahal 3 hari ja keluar) raya keempat, saya, hafizah dan syuhada keluar beraya sekali.. tak banyak rumah pun yang p, sebab destinasi kami jauh.. hanya sempat p rumah syuhada, muallimah wardah dan alifah ja.. next destination dekat sungai acheh.. permatang pauh, tak boleh nak.. kang nanti dok tekan loceng, pintu tak mau buka pulak nanti.. keh..keh..keh.. lepas balik beraya, singgah KFC.. maklum la, cuti syuhada sat ja.. esok tu dia dah kena balik KUIS.. jadi, bukan senang nak jumpa tu.. so, spend time la sat masa dengan dia.. raya keenam tu pulak hafizah ada buat open house.. p la keluar.. tak best kalau tak p.. jadi, saya kena cari jalan untuk keluar jugak.. khamis pun keluar lagi.. kali ni p raya dengan afiqah pulak.. dia kan baru balik dari pahang.. hai.. susah jugak kalau orang belajar jauh ni.. susah nak jumpa kan.. nasib la.. kali ni, kami p raya rumah iffah, muallimah shahida dan sambut kepulangan muallimah zyla dari johor.. sambil jadi orang pertama yang tengok baby huzaifah.. rindu kat humaira'.. makin comel tengok dia.. dah pandai cakap.. hee.. rindu..


cuti dah pun berakhir.. jadi.. masa nya saya untuk teruskan perjuangan saya di sini.. semoga segala nya berjalan lancar sampai saya habis diploma..


" belajar sampai mati pun tak habis.. betul tak..? "
Photobucket
Photobucket