Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Wednesday 31 August 2011

Eidul Fitri..!!

alhamdulillah..allahu akbar..
















Dah datang pun kekasih kepada nur syuhada zahar iaitu SYAWAL.. haha.. bila bergema ja takbir raya..sayu pulak hati ni.. ye la.. orang balik kampung jumpa atuk nenek.. aku stay ja kat rumah.. kawan-kawan semua ada yang balik negri sembilan la, penang, kedah, pahang, perak.. aku.. huh.. tak pe la.. apa yang aku harap kan, semoga arwah tok n nenek aku aman di sana.. amin.. sob sob sob... Amacam raya korang kali ni?? meriah tak.. aku?? ok-ok jer.. cuma yang spoil nye is demam n batuk yang agak teruk sikit.. menyebabkan sya tak dapat nak menolong kakak sya basuh pinggang pagi tu.. cuma saya boleh ambil shif petang n malam ja.. ok gak tu kan,.. kawan baik saya yang sorang tu selsema n batuk.. tapi dia pun still jadi yukang cuci belanga dan periuk.. huhu.. persiapan raya aku kali agak merumitkan sikit.. kelam-kabut.. hari ahad hari tu la baru nak boh cat rumah, jarum mesin jahit patah yang menyebabkan langsir mak tergendala sebentar, baju raya kat tak sempat nak disiapkan, buat kuih raya lagi.. tu baru ahad.. isnin pula pagi tu nak bereskan saki baki kempen mengemas rumah, pergi pasar lagi, masak rendang, laksa, habiskan langsir, buat kuih terakhir, shopping, cat rumah kali terakhir, ambik baju raya,.. last balik pun pukul 11 n tido pukul 2.. tunggu mak su balik lagi, pasang langsir, kemas bilik aku lagi.. hahaha.. kalut kan.. kalah pejabat kerajaan.. pagi raya yang ceria tu, tak tahu la kenapa tahun ni agak ramai sangat orang datang bertandang kat rumah aku.. kalau bawak duit, tak pa jugak nak kasi aku duit raya.. hehe.. tapi memang ramai la.. sampai mak aku tak rehat.. aku ngan kak ak pulak nak makan laksa pun dalam keadaan yang darurat.. ye la.. sat-sat orang mai.. penat giler.. kalau tidur tu.. sah-sah tak mimpi.. haha.. sapa nak duit raya xtra nanti, jangan lupa mai rumah naa..

Friday 26 August 2011

K-Pop v.s B-Pop...






Mesti tertanya kan apa itu b-pop....? selalu kita dah dengar k-pop iaitu korea punya negara.. kali ni aku nak promote plak b-pop iaitu bolywood pop.. haha.. memang la tak sehebat k-pop.. tapi aku bukan nya nak cakap pasal lagu.. tapi nama.. dapat idea nak tulis tajuk bila aku ngan afiqah bergabung tenaga nak satu kan nama kitorang lak... ye la.. ada sorang budak SMART ni taksub giler ngan k-pop sampai nak hafal dia punya ABC.. nak buat ayat.. bagos.. ada semangat nak belajar bahasa orang.. lagu pun dia hafal.. mantap laa.. tapi kalau alif ba ta.. susah la plak..h huhu.. besa la.. budak sekarang.. (aku budak bila ek??..) nama dia pun da jadi korea.. apa ntah.. so, aku ngan afi nak jugak reka nama.. macam ni.. nama tuk negara korea..


untuk syuhada zahar:

  • Hoo Jun Syu
untuk jannah sazali:

  • Yung Hai Naa
untuk afiqah:

  • Hoo Ai Sa
haha.. siti aishah? no no.. tak ada.. siapa yang rapat ngan kitorang tawu la apa makna sume ni..


    next nama bolywood lak..


    syuhada zahar :

    • Mrs. Junsyu Khan
    afiqah wahit :

    • Mrs. Aisawaray Wayer
    jannah sazali :

    • Mrs. Haina Kapoor (dia x bagi boh kapoor.so saye pun tukar la)
    • Mrs. Haina Bachan @ Mrs. Haina Belacan..


    haha..yang tu la nama-nama yang direka.. semua ni hanya rekaan ketika berada di asrama.. jangan marah.. i'm just joking..

    Rating Di SMART...

    RATING TERHANGAT!!
    1. INDONEDIA
    2. THAILAND
    3. MALAYSIA
    4. KEMBOJA
    Mesti tertanya-tanya kan kenapa saya kata rating terhangat..??!!! haha..sebenarnya tajuk kali ni nak cerita pasal negara mana yang mempunya pengaruh yang kuat di sekolah menengah arab tahfiz.. jawapan nya ada di rating tu la.. first indonesia.. tawu kenapa..? kebanyakan pelajar indon ni kaum adam.. lelaki.. oleh sebab itu, setiap jejaka indon ni mesti ada yang berpunya.. di dalam sekolah la.. paling top sekali bab kapel la.. perghh.. famous giler.. kadang-kadang ada yang setengah budak ni pasang sampai dua makwe.. aiseh.. kalah orang malaysia.. indonesia ni jugak, diorang ramai peminat tau.. fuhh.. dan ada banyak masalah jugak la.. hehe.. second.. thailand.. selalu nya yang dikaitkan ngan thailand is guru dan juga pelajar nya.. banyak orang cakap.. SMART ni bukan sekolah menengah arab tahfiz tapi arab thailad.. haha.. tah apa-apa diorang ni.. kejam.. next.. yang third.. malaysia.. apa kurang nya kan.. sama naik laa.. budak malaysia ni kadang-kadang suka buat masalah sikit.. bukan sikit kot.. banyak.. hehe.. sama naik jugak ngan indonesia.. banyak kapel.. cuma kurang sikit dari indon coz diorang banyak cari yang luar.. ewahh.. huhu.. last.. kemboja.. nak kata ok pun tak juga.. ada yang tak ok nya juga.. tapi ustaz selalu promote negara ni.. jelez jugak.. huhu.. tah papa aku ni.. kemboja ada yang setengah keras kepala, ada yang suka buat muka, kuat menjawab.. eh..eh..eh.. macam malaysia, thailand n indon tak ada kan.. cuma ada la bab yang kasi diorang famous jugak.. ni sekadar melawak jer.. kalau ada yang terasa.. maaf di pinta,..

    Sunday 21 August 2011

    Nikmat Hujan..!!


    Langit tak selalu cerah..jadi ALLAH turunkan hujan supaya manusia dapat mensyukurinya


    Haha.. sejak-sejak ni kat penang suka hujan..ala..orang cakap rahmat kan hujan ni..best jugak..sejuk..haha..tapi sejuk aku tak guna selimut malam-malam, so, sebab tu aku akan terjaga dari tidur setiap dua jam..ahaha..pasal satu citerni..aku nak kongsi sikit tentang nikmat hujan..bila sekali hujan, betapa lega rasanya, walau cuma dua hari termasuklah pagi tadi. Namun, awan masih malu2 lagi nak mencurahkannya dgn banyak. Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Stok dia pun dah tak byk lg kot dek sedutan matahari yang tidak berfilter dek juga akibat ozon yang semakin membesar lompangnya. Masya Allah…

    Bila hujan tak payahlah lagi siram pokok bunga. Tumbuhan hidup subur.  Aircond kat rumah baru terasa dan macam-macam lagi. Itulah nikmat hujan. Tapi kita sedarinya bila musim panas menjengah kita. Kalau tidak adanya musim panas, tak terfikir pula kita pasal hujan. Begitu juga kalau selalu hujan, time tu teringat sunny day la pulak. Itula resam manusia. Dah terhantuk baru tengadah.  Itu sebab cabaran yang paling sukar sebenarnya bagaimana nak mensyukuri nikmat ketika senang iaitulah nikmat sebelum kita terhantuk. Kalau dah terhantuk, maknanya dah terlambat. Kalau kita nak jadi hamba yg bersyukur yang betul-betul konsisten dan tidak hipokrit dengan Allah, istiqamahlah dengan jalan kebaikan. Termasuk aku!




    cuti sabtu hari tu, hujan,..lebat la jugak..best,..sebab boleh jugak tidur..selimut..best..tapi masa tu aku tak tidur pun..malah aku ajak afiqah main hujan lagi..ahaha..teruk tak..pastu syu ngan iffah pun keluar untuk bersama-sama menikmati hujan asid yang di curahkan oleh awan NANO..haha..ntah la sapa la yang nyanyi lagu awan nano..habis basah baju..lencun gak laa..tapi best..nikmat..




    tapi masuk asrama ja kena marah ngan warden dek kerana main hujan..nanti kalau demam jangan merengek kat muallimah..hehe..sory warden..yang iffah lak asyik kata..pening laa..adoi..tak tahan tol antibody dia.. kepada pembaca..nanti try-try la main hujan..best..sambil main tu berdoa sekali sebab mujarab tau doa semasa hujan..selamat beramal..

    Saturday 20 August 2011

    Detail About Lailatu Qadr..




    KENAPA LAILATUL QADR BERLAKU PADA 10 MALAM TERAKHIR??


    Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
    mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta
    momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam
    amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin
    melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
    pagi





    PETANDA LAILATUL QADR..!!


    Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut
    ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan
    dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda
    spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin
    Hanbal  “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
    tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan
    suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam
    Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan
    tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
    Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
    tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan
    suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali
    antara 24 hingga 29 darjah celsius.
    Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim,  Abu
    Daud,  dan  Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
    bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
    (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
    kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam



    APAKAH AMALAN LAILATUL QADR??



    Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
    Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
    membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a.
    berkata:
    ``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
    ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
    pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah
    dan Ahmad).
    Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
    anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
    peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201)

    Majlis Buka Puasa...

    Best sangat..haha..rasa macam nak ja ulang balik majlis tu..usta fahmi anjurkan majlis buka puasa..satu meja RM200 lebih..saya tak tahu harga sebenarnya berapa..tapi yang sure seorang RM 30..murah jer..(ye la..sebab aku dapat meja sponsor..) majlis start pukul 5.. dimulakan ngan bacaan bismillah..dan ada persembahan dari kaum hawa SMART..alifah, syuhada, jannah n fatin azni.. sajak versi nasyid.. ok gak..pastu ada selingan video sekolah..dan sedikit ucapan dari v.i.p.. (sikit ker..banyak) masa tu aku ada tugasan krs jugak la..jadi pengawal keselamatan..haha..kena pakai baju krs lengkap..yang jadi aku, jannah, syu, afiqah, hanis, ammar, hakeem, hazalif, n syarqawi..eh..juanda sekali..lupa sebut..kang marah lak syu..haha..kerja nyer simple but trouble..jadi tugu negara kat setiap sudut..lenguh kaki tak tau nak habaq..huhu.. masa majlis tu, kawan lama ada datang menjengah..hafizah, aisyah, aini, n kawan baru salsabila, ariffah n nusaibah..terkejut jugak jumpa nusaibah kat situ..haha..masa tu jugak ariffah bagi present birthday from hawa..ok la..Ya Allah..lupa nak bawa balik pendrive..huh..ingatan lupus.. akhir majlis lepas solat maghrib n berbuka..tapi kami, para guard yang berdedikasi ni balik lambat sikit..alang-alang balik lambat ni, kami sempat la lagi pose kat luar dewan..oh ya..majlis ni kami buat kat dewan milineum.. kami (aku, syu, afiqah,jannah, hafizah) sibuk posing ngan cek duit raya yang para guru dapat..hmm.. tak dapat duit raya pun, dengan cek duit raya pun jadi la..haha..afi ngan jannah. aku ngan syu..konon nya dapat cek berjumlah RM7 ribu lapan ratus kot.. tu guru yang dapat la..tapi kami menambah sikit..daat cek ngan dua kereta mewah (kelisa n persona.ntah kereta sapa kami curi) haha.. lepas tu kami buat sedikit video..tapi yang pelakon nya jannah ngan afiqah..aku ngan syu tukang gelak ja.. video yang mengisahkan tentang seorang budak kecil (jannah) yang tetiba jadi besar sebab nak berlawan ngan raksasa pulun (afiqah).. haha..memang nak tergelak..aku pun gelak sampai bersujud kat jalan tar..pecah perut..ak yang rakam ni pun tak tahan nak control gelak..video ni guna bayang-bayang sendiri jer..berbekalkan sportligth..bila tengok balik video tu, rasa nya video yu bukan pasal cerita tadi tu..tapi pasal gelak tawa riang siti aishah dan syuhada zahar ja..haha..banin yang tengok tu pun ada la hati nak try tiru..tapi tak jadi..ahahaha..tengok perakam n pelakon ar kan..huhu..pas penat merakam..kami tunggu bas pulak..sambil tunggu, aisyah, aini, n sal baru balik dari makan KFC..woo.. yang best nya bukan ayam.. tapi krusher..haha..berbuka tadi pun  kami makan ikan bawal sambal, kuih, daging n apa ntah lagi..simple jer..tapi ok la..yang tu jer la nak cerita..

    Ramadhan Versi Baru..

    AHLAN WASAHLAN YA HABIBI SITI AISHAH EBNIL HAJAR..




    Haah..Rasa nya ramadhan kali ni memang lain..lain gila..lain gila-gila..ye laa..mana tak lain nya..sejak kawan yang rapat ngan aku da pindah..jadi lain giler..sunyi semacam..tiada lagi gelak tawa yang riang masa bulan posa..gi pun, puasa kali ni, bila belajar ja ada laa syaitan..eh, dia da dapat rantai free laa..hmm..ada la tikus kecil yang nak main tarik tali ngan mata aku..jadi mengantuk..macam aku pulak yang jadi imam terawikh 20 rakaat..haha..aku rasa ngantuk sebab nak suruh aku khada' tidur kot..maklum laa..bangun pukul 4.. kalau hari iron baju bangun pukul 3..selalu nya kami budak asrama bangun awal sebab nak buat qiam..tapi aku selalu nya tak..tidur ja kat belakang para jemaah qiam..hehe..tapi aku buat jugak naa tuk bulan ramadhan ni..tilawah..alhamdulillah la..berjalan ngan lancar..ehemm..apa yang tak best nyer bulan puasa kali ini is TAK BOLEH BALIK SEBULAN..!!! waa..sedih nya.. aku takkan pernah merungut jikalau ianya bukan bulan puasa, 


    TAPI bulan puasa aku nak balik tiap minggu buka puasa ngan family.. ni tak..boleh outing ja..tu pun balik sebelum 5.30..adus.. kali ni kad raya jugak tak ada..yang ada hanya lima keping tuk insan yang spesial..tu pun beli kat mllm hisham..haha..boboi boy.. macam budak-budak la plak..arh..peduli apa..janji ada jugak.. rindu nyer ramadhan tahun lepas..rindu sangat..tapi ramadhan kali ni lebih baik la dari tahun lepas..tahu kenapa..



    1. ramadhan kali ni tak bawak handset
    2. ramadhan kali ni tak bawak novel
    3. ramadhan kali ni jadi pendiam sikit
    4. ramadhan kali ni lebih berjimat
    5. ramadhan kali ni lebih tawadu'


    haha.. sebab yang ke-4 tu bukan nya apa..kami kaum hawa kat SMART ni da tak boleh pergi ekspo dah..kuarantin..haa..so.. save our money..setakat itu saja laa..

    Saturday 6 August 2011

    Kes Sabotaj..





    lama tak update kan..haha.. busy,..dan internet lari ke mana hala ntah..hah..hari ni aku ada satu cerita yang nak dikongsi..ke sabotaj..ye ker sabotaj..atau kebetulan???


    masa tu hari selasa..maklum laa..sekolah aku hari selasa pagi ada assembly..amd then waktu tu aku plak yang jadi pengerusi meja..hah..dup..dup..dup gak ar..tapi ak dah buat persediaan dah sebelum menjelang hari ber prestij tu..haha,.pengawas berdedikasi la katakan,,..hmm..pagi tu macam biasa..habis ja bacaan doa pagi-pagi tu, terus prhimpunan berjalan..tapi hari tu para tenaga pengajar sorang pun tak ada..my mean bukan tak datang cuma ada ja dalam bilik guru cuma tak turun jaa.. berdebar jugak..dalam hati "hish..!! bila muallimah nak turun ni..aku dah la confident giler ni.adoo" haha..sbenarnya takut tu..aku ni bukan jenis suka cakap depan khalayak ramai..aku pasrah la waktu tu..aku pun bagi la atiqah..partner aku.. "enti cakap kuat-kuat minta guru-guru untuk turun ke perhimpunan" dia pun cakap laa..akhir nya turun jugak.. alhamdulillah.. dah duduk semua guru..aku selaku perucap pertama pun cakap la kata-kata aluan..semangat aku cakap.. TAPI..




    riaksi semua pelajar SMART......
    haa??? tak dengar laa...adoii..tahu la suara aku ni sama jenis dengan kaum semut pun, aku guna pembesar suara ni pun tak dengar..ngomel aku dalam hati..aku pun cakap la sekali lagi.. but still tak dengar..sedihhh..adoyai..
    DAH SAH..mikrofon ni sabotaj aku..malu laa..tapi bila pengawas banin mai check..boleh plak..hai..ni dah lain ni.. dengan laki ok..tapi ngan perempuan tak leh plak..sabotaj yang paling kejam..habis perhimpunan ja..aku rasa macam nak simen ja muka aku..haha.. ada budak kata aku lupa skrip..ae..dah ada kes sabotaj sapa tak gabra..
    Photobucket
    Photobucket