Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Wednesday 13 June 2012

Rehlah @ Pantai Merdeka..

Assalamualaikum...






hmm.. rehlah ni yang terlibat hanya peserta yang terlibat dengan kem mahabbah tahun lepas.. dengan budak laki sekolah khairiah islamiah... perempuan tetap kami juga lah.. bagus jugak.. mkmh yang terlibat of course la mlmh hidayah ismail kan.. seronok sangat.. peace.. aktiviti dia kurang.. tapi ok sebab boleh bersantai.. lagi pun masa tu exam kan.. aktiviti yang pihak ikram buat hanya satu aktiviti tapi dalam tu banyak things.. contoh nya macam memasak, buat gubahan kat buah tembikai, buat khat, terjemahan bahasa melayu ke arab, 


lebih kurang mcm ni la tmpat yg kami lepak..


main teng-teng dan kapal karam.. main teng-teng tu lama rasa nya dah tak main.. bes.. tapi kali ni main dengan partner 2 dan 3 orang.. fuh.. masak senang ja.. gubahan buah tu banyak salwa ngan jannah ja yang buat.. hehe.. terjemahan tu haa.. aku ada banyak gak komitmen dalam tu.. khat, salwa tolong buat kan tuk aku..  kapal karam.. hmm.. memang karam sungguh kapal kami.. haha..


time bersantai lak.. banin tak pa la memang depa banin.. apa lagi.. terjun laut la.. cangok gi kan... kami banat santai ja.. dan tetiba jadi budak-budak sekejap termasuk aku.. aku ingat nak sewa basikal tapi, macam tak ada ja.. so aku tarik afiqah plak p jalan.. tengok-tengok ada layang-layang.. hmm.. best gak kalau main kat sini ni.. so, aku ngan syu share duit beli yang paling murah.. iaitu kapal terbang polistrin.. huhu.. RM7.00.. ok la tu.. jannah ngan salwa pun nak jugak.. diorang kaya.. so, boleh la  beli layang-layang angry bird yang besar sikit.. layang-layang aku ngan syu steady ja terbang.. tapi layang-layang jannah asyik terhempas kat pokok.. yang main nya tu alifah.. hmm.. afiqah lak jiwang ja masa.. dengan lagu.. iffah..? hmm.. study kot.. dia kan suka menyendiri.. athirah, hanisah, fatin..  aktiviti bebas.. alifah sempat sembang ngan ex-kakak ipar.. hehe.. last sekali pengisian dengan ustaz soid.. dan penyampaian cenderahati sikit.. masa ustaz soid tengah bagi pengisian tu.. ada pak cik mana ntah yang buat tayangan free.. tahu la badan berketek-ketak pun.. nak buat angkat tangan tunjuk ketaknya tu plak.. tah apa-apa.. masa time balik..hmm.. khaulu salam la banat dalam van.. aku ja stay mata..

Mukahayyam Dakhili..

Assalamualaikum...


haa.. lain dari yang lain mukhayyam ni.. asal lak..? ye la.. mukhayyam kali ni aku boleh dok relax dan tengok ja budak-budak kena lunyai.. tapi aku tolak semua tu dan pilih nak masuk barisan and kena lunyai sekali dengan budak-budak tu bila kami kena denda.. haha.. tolak rezeki ker..? hmm.. ada la jugak.. atau lebih kepada bawa diri..!! huhu...







masa pembukaan kami banat smart 5 agak terlewat sedikit.. maklum la.. balik lewat masa kat sekolah.. tolong packing barang makanan.. selepas pembarisan tu, kitorang kena masak.. kali ni lain sikit.. sekolah tak bagi solid fuel pun.. sekolah just bagi gabus dan arang.. pengalaman baru la tuk dirasa.. cuma nya gabus boleh guna tuk sekali je la.. mudah terbakar dan hancus.. so, lepas ni harap tak payah guna pn tak pa.. bekalkan getah.. kekal berpanjangan.. huhu.. kumpulan aku adalah kumpulan yang terawal masak dan makan.. walaupun nasi agak mentah.. halal je la.. lepas makan solat maghrib.. pastu sambung masak, solat isyak.. aktiviti pertama.. iaitu, game apa ntah staf buat.. hmm.. cara nya, pilih satu  bunyi binatang.. kumpulan aku pilih cicak.. bunyi nya.. cak cak caaakkk... pastu kena tutup mata dan ketua la yang kena cari anak buah ikut bunyi tu... then aktiviti lepas tu is game ala-ala taji ayam la.. perang tapi belon kita kena pegang sendiri dan 3 orang lagi kena buat bulatan dan pastikan 3 belon air tak pecah tanpa pegang belon air tu.. kumpulan aku menang tapi aku mati agak awal la.. hehe.. ye la.. lepas pecahkan belon iffah.. tup tup.. belon aku pun pecah sekali.. POM.. haha.. lepas habis game tu, maka tamat la aktiviti malam... masa hirosah.. tidur lewat gak.. sejuk.. dan masing-masing pun jadi sotong kering la.. kami buat unggun api dengan mlmh atiqah dan mlmh husna.. mlmh azizah hanya bersembang dengan kami.. hmm.. aku pulak teman jannah makan sat kat kantin.. mlmh beli nasi tu untuk dua orang sebenarnya.. aku ngan jannah.. tapi kan aku tak mau terlibat dengan bahagian urusetia.. so, jannah la kena habis kan.. 


pagi esok tu, aktiviti agak mencabar jugak.. bukan mencabar fizikal, tapi mencabar mental nak terjun dalam lumpur.. fuh.. tapi aku tak kena.. sebalik nya aku ditugaskan tuk jaga bahagian terakhir obrace.. dan bahagian paling gempak sekali.. kat situ la banat-banat kena lumpur habis-habisan.. haha.. tapi banat tak seteruk banin.. banin lepas ja kat bahagian terakhir yang khairul jaga tu.. fuh.. dah macam orang asli baru lepas mandi lumpur.. dan macam ala-ala orang tanah liat ja.. huhu.. yang tu aja la yang nak dicerita..
Photobucket
Photobucket