Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Wednesday 24 April 2013

Kehendak v.s Pengharapan..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...



kalau kita nak buat keputusan.. orang cakap, biarlah mendapat persetujuan ramai.. jangan terlalu mementingkan diri.. kelak, binasa badan.. bukan bermaksud hidup akan hancur.. akan tetapi, hidup tidak menjadi senang jika kita puas atas ketidak puasan hati orang.. walaupun hakikatnya kita tidak dapat memuaskan hati orang, so far, kita cuba buat keputusan yang terbaik.. selalu lah memohon kepada-Nya agar permudahkan segala urusan kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik, baik di bumi mahupun langit.. ^__^

mukaddimah ja ni.. sebenarnya, saya sedeang dibelenggu dengan masalah pilihan saya sendiri.. iaitu, sambung belajar di mana..?! seperti yang saya post di blog saya jugak di mana, saya telah menerima tawaran dari 3 buah kolej.. KUIS, KUIM dan KITAB.. saya tidak tahu mana yang perlu saya pilih.. ketiga-tiga buah kolej ni ada kelebihan dan ada kekurangan.. jujur saya katakan, impian saya nak belajar dekat universiti.. bukan nak berlagak atau apa.. cuma impian.. tak salah.. sebab nya, saya nak buktikan, yang saya bukan berfikiran tertutup.. saya suka berfikir secara luas.. dan saya nak orang berpuas hati dengan pilihan saya.. dan yang paling penting sekali.. saya nak jauh dari kawan-kawan SMART saya.. namun, itu semua bakal saya kuburkan.. walaupun saya dapat tawaran yang lebih baik iaitu, ke KUIS.. akan tetapi, saya terpaksa mengira antara kehendak saya dan juga pengharapan dari keluarga saya yang mahukan saya menyambung pelajaran saya ke KITAB dengan mengambil kos tahfiz quran elektif syariah.. bila saya bertegas dengan pendirian saya, keluarga saya akan berlembut dengan menghuraikan semua kelebihan jika saya belajar di KITAB.. 



orang mungkin akan cakap.. bodoh kalau tolak tawaran yang lebih baik iaitu KUIS dan KUIM.. setelah lama saya berfikir, saya mula memujuk hati, agar memenuhi pengharapan keluarga saya.. saya berkata pada hati saya....


' siti aishah.. mungkin Allah telah meletakkan diri kamu di situ kerana Dia tidak mahu sifat riak muncul dalam hati bila kamu menyebut di mana kamu belajar.. mungkin Allah sentiasa mahu kamu dalam kesederhanaan.. sabarlah.. hikmahnya akan kamu nampak nanti.. ^__^ '


saya banyak belajar dengan kawan sekelas saya, ersyad abdullah.. setelah saya melihat segala usaha dan sifatnya.. saya membuat falsafah saya sendiri..

'  walau di mana kita belajar sekalipun.. walau di institut pengajian yang tidak ternama..  itu bukan persoalan utamanya.. akan tetapi, kesungguhan serta keinginan untuk mencapai sesuatu adalah yang utama dalam setiap perjuangan.. tak jadi kalau bermewah-mewah belajar di univeriti oxford mahupun harvard, sedangkan yang dikejarnya hanyalah ibarat kunang-kunang.. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya..  '




ingat lah.. lebih baik kita penuhi hasrat ibu bapa kita daripada kehendak hati kita sendiri.. bila lagi kita nak puaskan hati mereka.. pahala yang besar jika kita mampu membuatkan ibu bapa kita tersenyum kerana kita.. dan dosa jika ibu bapa kita menangis kerana kedegilan kita.. hidup, kita tak tahu bila penamatnya.. jadi, selalulah kita menghiburkan orang tua kita yang telah banyak berjasa kepada kita.. pengorbanan kita mungkin sebesar zarah jika mahu membandingkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada ibaratnya.. sekian.. untuk renungan kita bersama..

^___^


Tuesday 23 April 2013

For you Dear..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...





simple post saja.. post ni sebenarnya untuk kawan saya yang ada blog macam saya jugak.. afiqah wahit dan haiqal hakimi.. 

afiqah selalu mengadu kat saya yang dia tak ade idea nak tulis.. tapi dalam kepala banyak benda yang nak diceritakan.. nasihat saya kepadanya.. tak semestinya kalau kita nak bercerita kena ayat yang menarik atau atau posting yang panjang-panjang.. pendek dan ayat biasa pun dah kira ok.. asalkan kita berkongsi.. tak gitu.. tak kan memanjang kita nak copy paste.. even walaupun tazkirah atau cerita motivasi.. sekali sekala tak apa copy paste ni.. tapi kita mesti la cabarkan diri kita untuk menggunakan idea kita sendiri mengikut cara kita sendiri.. just be yourself afiqah.. kamu ada potensi dan cara kamu sendiri.. beranikan diri untuk keluarkan idea supaya nanti, senang untuk kita sebarkan dakwah dengan cara kita.. kan.. 
^__^

kepada haiqal pulak.. jannah ada bagitahu saya.. yang blog korg always copy paste kan.. jadi, apa kata kali ni, awak try cabar diri awak untuk luah kan artikel apa pun menggunakan idea awak sendiri.. ae, dengan cara ni, kita dapat keluarkan ilmu kita tau.. walaupun tak sepadat mutakhir yang lain.. at least, kita try mula secara sikit-sikit.. walaupun awak laki, saya perempuan.. tak salah jika awak nak kongsi tentang kehidupan awak kan.. nanti boleh dijadikan tatapan rakan-rakan atau kenalan lama kita.. dan boleh dijadikan kenangan sebenarnya.. tak salah copy paste.. saya pun ada jugak copy paste.. tapi, sambil-sambil tu.. try beranikan untuk tulis satu artikel yang 100 percent idea bernas kita.. mana tahu, lama kelamaan kita boleh jadi yang terbaik.. good luck..! 


kepada mereka berdua ini..

' saya memang ternantikan artikel dari idea awak 100 percent.. i'm waiting now.. '

^__^

Merentas Desa..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


walaupun saya bukan budak sekolah lagi untuk saya bercerita mengenai merentas desa ni.. tapi, saya masih ada di SMART kan.. hehe.. minggu terakhir saya di SMART sebenarnya ketika waktu merentas desa berlangsung nih.. bulan tiga masa tu.. alhamdulillah.. sempat la jugak untuk saya merasai semangat diorg untuk merentas desa kan.. 



memang perancangan Allah itu yang terbaik.. saya tak tahu langsung yang minggu last tu ada merentas desa.. adik-adik saya tak pulak inform kan maklumat ni.. hehe.. surprise la.. selasa tu, raptai ja.. masa tu saya dengan syu kena jaga check point.. very exited la saya ni.. hehe.. kami bertolak naik kereta mlmh samirah.. check point yang pertama mlmh shahidah dengan mlmh zyla.. dekat jambatan.. hah.. tak de tempat teduh langsung.. dan terlalu banyak pulak bendera.. huhu.. terbaek la.. next check point mlmh aishah.. dekat dengan surau.. next, saya dengan syuhada' laa.. tapi, hanya tuhan saja yang tau.. tempat kami tu, sebelah kebun getah.. gurlp.. telan air liur jugak.. hmm.. duduk je la syu.. kami pun stay la kat tepi jalan tuh.. nak tahu apa yang jadi semasa tunggu budak-budak tu nak sampai kat turn kami..?  mula-mula.. ada dua orang lelaki naik moto.. lalu belakang kami sambil bagi salam dengan siulan diorg tu.. dalam hati dah menyumpah dah diorg tu.. tak ada kerja betul.. tak padan dengan budak sekolah.. huh.. saya sempat berpesan pada syu supaya bila ada orang yang lalu.. kena sorokkan handset kami.. mana tau jadi apa-apa.. phone syu tu bukan murah.. samsung s3 kot.. :D lepas tu, kereta pulak yang lalu.. driver nya tu laki jugak.. tengok dari tingkap kereta nya sambil sengih kerang busuk dia tu.. pastu, datang pulak mat banggla.. haa.. yang agak takut sikit.. saya dengan syu hanya mampu bertawakkal saja.. nak tahu..? ade ke patut banggla tu lalu belakang kami sambil mengilai.. i mean ketawa macam hapa tah.. menyeramkan betul.. hergh.. then yang lalu tu hanya budak-budak sekolah rendah yang lalu nak pergi ke sekolah kafa.. tapi, kesian diorg.. diorg takut dengan kami.. ingat kami ni puteri bunian kot.. maklum la.. tengah-tengah kebun tu.. mana la ada orang nak lepak.. kaann.. 



lepas tu, saya dah mula dengar suara budak-budak laki.. cepat jugak diorg nih.. muka pertama yang saya nampak.. aqmal che hussen la.. sorg lagi dengan dia tu, tak ingat.. seterusnya.. dah nampak yang lain..hati pun mula lega dah.. then, saya ditukarkan tempat pulak.. di selokah kebun kelapa sawit.. kebun lagi.. tapi kali ni seorang ja.. syu masih di tempat yang sama.. kesian tol.. mesti takut dia.. tak pe.. dah ada orang teman kat handset.. tak gitu syu..? hehe.. kat tempat saya yang kedua tu tak la seseram tempat tadi.. cuma boring ja.. ye la.. tak boleh nak duduk.. kat mana la saya nak cari tempat duduk.. tidak la saya nampak tempat yang sopan untuk saya bersantai.. sementara nak tunggu diorg sampai.. sempat saya untuk buka facebook di handset saya.. tapi, apakan daya.. tak de lain deh.. aduh.. bertambah bosan la saya.. bila dah nampak kelibat budak-budak, hmm.. mana la mlmh samirah ni.. dah bosan dah.. bila mlmh samirah dah sampai, saya pun dengan semangatnya naik kereta.. gaya bebas.. tapi, tup..tup.. adess.. ada banin la pulak.. tidak la saya perasan yang azreen dan solehuddin pun ada dalam kereta tu.. agak termalu la jugak.. ekeke.. begitu la cerita nya.. pengalaman kot.. huhu..


masa merentas desa yang sebenar.. saya dengan syu tak terlibat pun.. pagi tu saya tak berapa sihat sebenarnya.. silap makan pagi tu.. kombinasi makanan yang tak betul dengan perut.. menyebabkan saya muntah pagi tu.. jadi, saya tak de tenaga.. saya hanya stay with mlmh zyla di check point terakhir, iaitu sekolah.. keputusan merentas desa :

1. aqmal che hussen dan asmari
2. nur iffah
3. tak ingat
4. tak ingat
5. tak ingat
6. nizamuddin (ye ker)

yang tu ja yang saya ingat.. maaf la yang lain.. tidak la saya sempat menghafal kedudukan kamu semua yang lain.. ehehehe.. apa pun, tahniah la tuk adik saya yang dua orang tuh.. iffah memang top three pun.. yang sorang lagi tu.. ai.. kaki yang pernah sakit-sakit tu pun boleh dapat top ten..? gempak arh.. hehehe.. apa pun, terbaek laaa..!!
  

Santai Jap..


Bismillah..
Assalamualaikum..



hari ni nak tanya TEKA-TEKI  laa.. terubah mood sikit.. hehe.. sebenar nya tadi ada terbuka satu blog.. kat situ dia ada post kan teka-teki dia.. baca teka-teki tu.. serius.. garu kepala.. tapi lepas tengok jawapan dia.. cis.. hampeh tol.. so, saya pulak nak try test untuk pemabaca yang baca blog saya ni.. good luck..!!  ^__^



ada sukukata ni,
bila kita sebut sekali makna nya kita..
sebut dua kali makna nya ada pada kita..
sebut tiga kali maknanya benda tu kita punya..
sebut empat kali, maknanya benda tu ada banyak..
sebut lima kali maknanya, benda banyak tu kita punya..
sebut enam kali maknanya dah salah tatabahasa..
sebut tujuh kali, maknanya orang kata kita gila..
sebut lapan kali, maknanya memang kita gila..

apakah suku kata itu..?










jawapan..? sila klik dua kali..




Belajar Kehidupan dari Katak..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



bila buka artikel di  http://iluvislam.com.. saya sangat tertarik akan artikel pasal katak ni.. bukannya apa.. cara katak ni sangat memberi impak kepada si penulis asal.. itu yang membuat kan saya sangat tertarik.. walaupun katak ramai digeli oleh kebanyakan masyarakat.. termasuk saya.. err.. saya bukan geli untuk tengok kata.. tapi saya geli untuk pegang atau sentuh dia.. kalau setakat dia lompat kat depan saya.. saya tak kisah.. dan saya takkan jerit seperti yang lain.. ehehehe..

 'selamat membaca dan semoga memberi manfaat yaa..'

Tandas di pejabatku yang terletak di Senawang pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku setahun yang lalu. Pejabat lama ku terletak di tingkat tiga. Sungguh penat jika mahu memunggah naik dan turun barang-barang untuk ke program. Ini juga merupakan salah satu sebab utama kami berpindah ke pejabat baru (rumah sewa).
Kisah katak bermula apabila tandas pejabatku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.
Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas pejabatku.
"Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat tiga ni. Takkan tak tau jalan keluar?" hatiku berbicara.
Pelik.
Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas. Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.
Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula.
Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.


Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik.
Aku berlari keluar daripada pejabat. Menuruni tangga (3 tingkat) dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.
Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh!
Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.
Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.
"Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu" kataku padanya.
Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.
Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.
Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.
Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.
Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.

Monday 22 April 2013

Pilihan Untuk Raya.. :)

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



walaupun raya lambat lagi yang kita perlu buat pilihan-pilihan nih.. tapi pilihan raya umum yang ke 13 dah hampir menjelma.. 5 mei nanti datang la dia..

saya masih dikatakan under age.. mungkin waktu sekarang boleh untuk saya katakan.. arhh.. malas nak ambil tahu pasal politik.. saya bukan kaki politik macam ayah saya dan kawan-kawan saya yang lain.. hehe.. mungkin, waktu saya yang boleh dikatakan muda lagi ini tak mahu nak serabutkan fikiran.. makum la.. sekarang nih, sememangnya hangat semangat diorg akan pilihan raya.. lima tahun sekali la katakan.. memang la.. masa nya untuk pemimpin ditukarkan.. tapi tak tahu jika ia berkekalan.. kita sebagai Islam sememangnya mahukan pemerintah yang boleh membawa negara kita ini menjadi negara Islam yang unggul seperti zaman para an'biya' dan salafussoleh yang terdahulu.. siapa yang tidak idamkan negara sebegitu.. kan kan kan.. saya juga mengidamkan begitu..

namun, saya sangat khuatir akan keadaan yang mula hangat ketika ini.. banyak fitnah yang dilemparkan.. saya bukan pihak yang berkenaan.. jadi saya tidak tahu yang mana yang betul atau yang mana yang benar.. zaman sekarang, apabila teknologi dah berleluasa.. macam-macam cara yang dapat dilakukan bagi menutup kesalahan yang dilakukan.. (berapa banyak perkataan 'yang' ek..? ekeke.. ) bila iklan di tv sahaja.. saya boleh agak apakah iklan yang bakal ditayangkan.. lagu-lagu tentang pilhan raya.. bagi saya.. kalau saya menjadi artis, tidak la saya mahu menyanyikan lagu seperti itu.. lain la kalau lagu negaraku.. itu lain.. patriotik namanya.. berbeza dengan lagu yang selalu kita dengar sekarang.. itu bagi pendapat saya sebab saya tak suka langsung lagu sekarang ni.. hehe.. sejak-sejak ni, bila saya buka rancangan di televisyen saya.. saya seolah-olah boleh menghafal rancangan di setiap tv.. maklum lah.. rumah saya tak ade astro.. jadi tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9 saja la yang ada kat rumah saya.. itu ok lagi.. kalau kawan saya jannah tu, lagi kesian.. tv1 dengan tv2 ja.. hah.. hadap la kau.. selama sejam pihak tertentu ambil untuk membentangkan manifesto serta mandat mereka.. berita pula.. saya menghitung kira-kira hampir sejam, berita itu hanya memaparkan berita keprihatinan pihak tertentu saja.. saya mengomel dalam hati.. 

' ai.. ni sumbangan ikhlas ke tak ni sampai masuk tv..? dan waktu macam ni baru nak tunjuk keprihatinan mereka..?

 kakak saya ada la cakap-cakap dengan ayah saya.. 

" ni kalau orang miskin minta sumbangan mesti dapat.. tak pun sekolah mana-mana nak buat apa-apa majlis atau program, minta sumbangan mesti dapat nih.. " 


saya hanya mampu tersenyum.. ada benar jugak kata dia.. saya bukan pemimpin negara ataupun keluarga ataupun mana-mana badan kebajikan.. tapi saya pernah jadi ketua untuk pelajar perempuan di sekolah saya.. walaupun saya tak seadil para sahabat nabi atau alim ulama'.. tapi saya tahu, bahawa pemimpin itu seharus nya sentiasa mengambil tahu akan kebajikan orang bawahan nya.. sentiasa adil, berfikiran terbuka dan saling bertolak ansur.. jika nak saya senaraikan semua.. tidak lah saya mampu.. saya juga masih menimba ilmu.. 

sekadar meluah pendapat.. tiada niat untuk berpolitik.. atau berpihak di mana-mana.. selamat berpilihan untuk raya ya.. i wish that one day, malaysia akan jadi negara islam yang unggul.. wallahu'alam.. ^___^  

Surat Tawaran Dari KUIS..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...




ACADEMIC MANAGEMENT DEPARTMENT
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR
BANDAR SERI PUTRA BANGI
43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA
_________________________________________________________________________________
IC/Passport No : 950119025870



Assalamualaikum wrt.wbt.

CALL FOR INTERVIEW

SELANGOR INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE
SESSION I ACADEMIC YEAR 2013/2014

In the name of Allah Subhanahuwata'ala, the University College Selection Board would like you to attend the interview session.

PROGRAMME : DIPLOMA IN TAHFIZ AL-QUR'AN AND AL-QIRAAT

FACULTY : ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

Date : 15 Mei 2013
Time : 8.30 am - 12.00 pm
Venue : AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG


Tel/ext
1 Contact Admission Unit to confirm your
attendance for the interview as fixed.
Yes Yes Yes 0389254251 ext:
2239,2240,1220,1205
2 Identify card and certificate / SPM Original
slips.
Yes Yes Yes -

3 Identify card copy and certificate / SPM slips. Yes Yes Yes -

4 Al-Quran (for Diploma Tahfiz candidate only). No Yes No -

5 2B pencil,pen and eraser Yes No No -

6 Certified copies of teaching letter
appointment (such as JAIS/JAWI etc.)
No No Yes -


In accordance to this, you are invited to attend the interview. The details of the interview is as follows:
Wassalam

"THE CATALYST OF KNOWLEDGE TRADITION"
Yours truly,
Head of Academic Management Division
On behalf of the Rector of SIIUC
This letter is computer printed.No signature needed.
ACADEMIC MANAGEMENT DEPARTMENT
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR
BANDAR SERI PUTRA BANGI
43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA



Kembalilah Senyum..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya.. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan.. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan..
Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan.. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan..
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji..
Firman Allah SWT:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]  

Ini adalah sunnatullah; ketetapan Allah yang perlu diterima.. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian.. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita.. Semua adalah pinjaman..
Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya.. Pasti tidak..! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing..
Firman Allah:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.. " [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian.. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah.. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa.. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi..


dari artikel   http://www.iluvislam.com/
khas untuk adik-adik saya..

Sunday 21 April 2013

PJJ..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


apa tu PJJ..? PJJ tu bukan stand for pengajian jarak jauh.. tapi  persahabatan jarak jauh.. ehehehe..  saya selalu cakap kat orang yang ukhwah tu tak kan ada penamatnya.. jika seseorang tuh tak bersuara untuk bercakap sebegini.. " mulai hari ni.. ukhwah kita... PUTUS...!! " jarang la kita nak dengar kawan kita nak cakap macam ni.. kan.. selagi kawan kita tak cakap macam ni, stay husnuzon la sesama kawan-kawan kita yang lain.. even gadoh besar sekali pun.. stay husnuzon jugak..  insyaAllah.. kalau kita sentiasa berfikiran positif, maka semua benda lain pun akan jadi positif.. tak gitu.. ^__^


yakin la wahai sahabat sekalian..

walau kita jarang berjumpa.. walau kita jarang bertegur sapa.. walau dengan siapa kita rapat.. walau kita tak pernah keluar bersama seperti dulu.. kita tetap masih bersahabat kan.. walaupun waktu birthday kita dia tak wish.. tetaplah bersangka baik.. mungkin si dia takde kredit.. atau no fon kita hilang.. yakin la akan kekuatan persahabatan yang telah kita bina.. takde siapa yang nak dirinya dilupai macam tu aja.. er.. kalau dia memang tak ingat kat kita walau sedetik pun.. arh.. tak pe la.. lagi bagos kalau kita syok sendiri sebentar kan.. fikir je yang dia memang ingat kat aku.. ehehe.. fikir lah somethung yang boleh sedapkan hati kita..



walaupun kita jauh di mata seseorang.. tak semestinya kita dilupai.. dan tak semestinya kita dibuang.. ukhwah tu tak kan ada penghujungnya.. walau tak jumpa 100 tahun pun.. walau tak ade khabar berita pun.. yakin lah yang nama kita tu tak akan dilupai oleh dia.. kerana nama kita, suatu ketika dahulu pernah menjadi pelangi dalam hidup dia.. 


selepas kita tamat zaman sekolah menengah, mesti la yang keng kawan kita yang rapat atau pun sekadar biasa-biasa akan berpecah pergi belajar kat tempat lain.. tapi kalau dah berjumpa jugak tu, alhamdulillah.. kalau yang sorang ke utara, sorang lagi ke selatan, maka, siap diri kita dengan husnuzon.. mana tahu, satu ketika nanti, Allah takdir kan kita untuk berkumpul semula dengan semua kawan-kawan kita.. sesungguhnya, perancangan Allah tu kan lebih indah.. ^__^

  " jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan memandang sekeliling dan melihat sahabat-sahabat datang lalu menghiburkannya.. akan tetapi, jika manusia hilang kedamaian, di manakah kita akan menemukannya.. bagaimanakah untuk kita memperolehinya kembali..??




suka untuk saya menghayati bait lagu sahabat selamanya nyanyian padi untuk cerita upin ipin.. ada makna nya jugak.. hehe.. hayati lah bersama saya..


 " ..lirik kat bawah ni bukan hak milik asal.. "





Dua tiga kapal berlayar di samudra..
Ayo sahabatku kita bergembira..
Bermain bernyanyi bersama..
Menikmati indahnya dunia..

Karena sahabat untuk selamanya..
Bersama untuk selamanya..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya setia..
Berakit-rakit kita ke hulu..
Berenang-renang kita ketepian..
Kita berbeda untuk saling mengisi..
Segala kekurangan kita..
Mencari sahabat untuk selamanya..
Atasi semua perbedaan..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya..
Selama-lamanya setia..
Sahabat untuk selamanya..
Berbagi dan saling menjaga..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya..
Selama-lamanya setia..

Friday 19 April 2013

Perkara Yang Tak Dilupakan..!!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



hah.. masih menghirup udara di bumi yang fana ni.. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berubah dari baik menjadi yang lebih baik.. syukur atas segala nikmatnya.. ^__^


sepanjang saya hidup sebagai seorang pelajar.. hmm.. 13 tahun menjadi seorang pelajar.. banyak cabaran dan rintangan yang dilalui.. walau hakikat yang sebenarnya setiap dugaan itu mempunyai banyak cerita yang tersendiri.. namun, itu tidak bermakna bahawa semua dugaan itu hanya mempunyai kepahitan sahaja.. kerana setiap apa yang berlaku itu, pastinya ada hikmah.. dan di setiap hikmah itu punya kemanisan selepas kepahitan.. seperti hujan, yang selepas nya mempunyai pelangi yang sangat indah.. (kecuali hujan ditengah malam.. :p ) suka untuk saya imbas kembali kenangan saya sewaktu dibangku sekolah lagi.. 

tadika :

* datang sekolah pakai kasut besar.. nangis-nangis nak balik..
* gaduh dengan budak laki.. 1 girl fight with 5 boys
* dapat payung baru yang kecik tu, pastu jalan sepanjang taman sambil buka payung semata-mata nak tunjuk kat kawan

sekolah rendah :

* masuk sekolah tanpa ditemani parents sedangkan yang lain parents diorg kat luar kelas
* eja kasut jadi KASUK
* kawan pertama saya is nur iman hasanah
* naik pentas sebab jadi pelajar cemerlang
* dapat BFF yang pertama.. her name is mimi farah jazman
* tak boleh lupa bila mimi pernah jatuh tersungkur sebab dia undur langkah then terlanggar pokok
* mimi cakap yang benih pokok lalang yang diterbangkan angin tu can make our wish jadi realiti
* gaduh dengan mimi sampai putus kawan
* result SPPM yang memuaskan hati



ingat tak zaman sekolah rendah dulu.. kita pernah gosok gigi kat tepi longkang beramai-ramai.. maklum la.. nurse datang nak ajar cara-cara nak gosok gigi.. ingat tak masa kecik-kecik dulu kita mesti nak guna pensel box yang bertingkat la, yang boleh buka depan belakang la, yang ada sharpener kat tengah-tengah tu.. pastu, pembaris kita mesti nak yang bergigi, yang ada air kat dalam tu, yang ada benda berkilat-kilat..



 then pensel pulak, mesti nak yang berambu-rambu, yang berbentuk-bentuk.. ingat tak, cikgu kita mesti akan bawak pembaris kuning yang panjang and ada tempat pegang kat tengah-tengah tu.. tapi dia tak pegang pun kat kat situ.. :p dulu kalau dengar ja nak kena suntik BCG ka apa ka, mesti semua muka kerut ja.. tapi lepas inject, cis, poyo ja semua muka.. pastu, bila kita ada beli benda baru, mesti kita nak riak sat depan kawan-kawan.. kalau kita beli kasut, mesti mengidam nak kasut yang tapak dia warna-warni.. pastu jam pulak yang boleh buka tutup, and boleh tukar warna la apa la.. 


ingat tak kalau kita p kedai, mesti kita nak beli ding dang, tak pun jojo.. tora pun bes jugak.. huhu.. pastu, siri kartun yang zaman sekarang kurang disiarkan macam dragon ball, power rangers, teletubies, ninja turtle, ultraman.. dulu tak pernah miss cerita ni.. dulu kalau kita nak main, kita mesti akan main police sentry, ice water, lubang tikus, ting-ting, konda-kondi, kejar-kejar, pondok-pondok, masak-masak, batu selambut, zirofoin.. kalau sekarang.. ipad kau.. semua nya tekan ja.. hehe..


sekolah menengah :

* start pakai cermin mata
* always dapat no 1 n 2
* kenal kawan baru
* firstime dok asrama
* jadi pengawas
* pernah buat kes (padahal bukan salah sendiri)
* knowing my friends = fiza, aisyah, syahirah, jannah, haiqal, irfan
* masuk musabaqah quran
* jadi sarjan KRSM
* jadi pelajar mithali 
* result SMRA terbaik


* suka duka ketika exam SMRA n SPM bersama jannah, syu, afiqah, salwa, alifah..
* mengenali diri sendiri
* ada orang tolong hantar payung kat kedai makan
* kenangan masa nak ambik result SPM
* hmm.. lastly, bersyukur sebab ada adik yang caring like iffah and niddumazin (bukan nama sebenar)


sekolah menengah ni semestinya korg tak kan dapat lupakan segala kenangan.. sebab di alam sekolah menengah ni, banyak cabaran yang dilalui berbanding sekolah rendah.. di zaman ni, startnya kita ada ramai kawan, kita start nak try bercouple, kita start tahu dunia luar, kita tahu erti persahabatan, kesusahan, kekecewaan.. yang penting sekali, bermula nya kita sebagai pemuda dan pemudi agama Islam yang berjuang untuk menegakkan syiar Islam.. tidak gitu.. kita lebih matang untuk berfikir dan mengatur hidup serta jalan kehidupan kita.. 

Monday 15 April 2013

Mukhayyam Dakhili 2013..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...

hah.. mukhayyam dakhili kali kedua baru ja berlangsung jumaat dan sabtu baru-baru ni..


bertungkus lumus bdk2 ni.. fatin.. lembut nya tgn ;p
kepada iffah dan hanisah.. maaf la gambar tak sempat nak ambik.. korg kan staff sarjan merangkap urusetia.. huhu.. so, mesti la busy kan..  mukhyaam kali ni memang lain dari yang dulu.. ye la.. firts time semua pelajar guna khemah A, iaitu dengan menggunakan canvas.. memang agak rumit la kan.. tu yang diorang kena potong buluh untuk buat tripod.. ehehe.. bukan twopod naa.. diorg diberi penerangan cara untuk buat khemah.. pada sangkaan saya, khemah yang senang dibuat adalah khemah berbentuk A.. mudah dan senang untuk banat.. banin tersangat mudah kerana tanah yang diorg duduk tu lembut.. walau apa pun, ini cabaran la untuk banat.. saya hanya membantu serba sedikit sahaja dalam membuat gajet iaitu tripod memandangkan diorg kurang pasti akan ikatan tripod.. selebihnya, bergantung kepada rahan yang disampaikan kepada mereka.. (saya dah merasai semuanya.. hehe)

lepas solat maghrib, diorg ada game yang diberi nama apa ntah.. tak sempat untuk saya tangkap tajuk nya.. simple saja berbanding game masa mukhayyam dakhili pertama dulu.. lepas selesai game tu, solat isyak dan diteruskan dengan aktiviti latihan kawad kaki dan based.. 

bagi peserta, semestinya diorg buat latihan.. maka dengan itu, saya, salwa dan syuhada' sudah mati akal nak buat apa.. jadi, kami ambil keputusan, hampar ja tikar kat tengah-tengah kawasan tanah merah tu sambil tengok bintang kat langit.. huahua.. bes la jugak dapat spend time dengan dua org tuh.. syuhada mesej, aku dengan salwa layan wechat dengan afiqah.. sambil minum teh o ais.. huhu.. aku terlupa nak bayar balik duit air tu kat mlmh fashiha.. hehe.. lama sikit dok kat tengah tanah merah tu, kami pun undur diri ke kantin lepas banin habis aktiviti kawad kaki.. lepak kat kantin sebab ada plug tuk aku charge handset.. huhu.. dan sebab ada kipas.. 

lepas habis aktiviti diorg tu, tiba la waktu hirosah.. aku, syu dengan salwa kena hirosah pukul 2.30 sampai 4 pagi.. kitorg ok ja.. lepas balik dari kantin tu, kitorg dapat nasi goreng dua bungkus.. huhu.. rezeki.. rezeki.. nasi urusetia yang lebih.. kami pun ambil la dengan hati kelaparan.. lepak kat bahagian kerusi batu.. dan minta tikar kat urusetia tuk kami hampar kat depan kerusi tuh.. makan la kat situ.. aju dengan salwa makan.. syu macam biasa.. gayut je la dengan buah hati pengerang jantung hati dia.. sambil makan.. lepas makan tu borak kejap.. sambil layan facebook.. tak lama lepas tu, salwa dah mengantok.. jadi dia undur diri dulu tuk tido.. ' pukul 2.30 gerak ana ek.. ana nak p tidoq kat khemah tu.. ' ok la.. tinggal aku dengan syu.. walaupun bukan waktu untuk kami hirosah.. kami still tak tido lagi.. adat la bagi aku.. mukhayyam dakhili yang pertama pun aku tido sampai subuh.. hehe.. syu gayut.. aku nak buat apa..? jadi orang gila la.. dengar radio.. nyanyi sorang-sorang.. sembang sat ngan syu.. aku kata kat syu.. ' syu.. kalau mukhayyam dakhili yang pertama ada orang aku nak tengok masa hirosah dan ada orang nak sponser bagi torchlight kat aku.. kali ni dah tak ada ka ek...? hehe.. ' syu pun jawab.. ' hmm.. untung la.. ada orang nak bagi.. aku ni sapa dak tau yang nak bagi..? ' (sambil pandang sebelah kiri.. huhu..) 

lepas tu, kami pindah tempat pulak.. lepak dekat kawasan khemah banat.. syu still gayut lagi.. aku macam biasa.. dengar radio sambil nyanyi sorg-sorg.. tengok kiri.. tengok kanan.. urusetia banat tak de yang hirosah.. pelajar ada yang hirosah macam mayat hidup ja aku tengok.. tersengguk-sengguk.. pukul 2.30 dah pun tiba.. salwa tak pula aku kejut sebab, biar la dia tido.. letih kot.. hanisah sudah dikejut tapi tak bangun.. iffah..? huh.. kat mana dia tido pun aku tak tau.. ( padahal depan mata ja.. huhu..) syu dah pun habis gayu pukul 2 lagi.. dah cukup 2 jam dia gayut.. si dia tu buat panggilan sejam.. haa.. dia dah habis gayut.. ok la sikit.. aku dah boleh sembang ngan dia.. sembang-sembang tu, kamarul mai sambil tanya   ' nak ambil satu gambar boleh..? ' aku dengan syu tengok sesama kami.. syu kata la.. ' tak payah la..' masa tu sembang sat dengan dia.. tanya dia kenapa nampak dia sorg ja yang hirosah paling lama.. masa mukhayyam pertama pun dia ja yang hirosah.. aku dengan dia ja yang dok celik.. sekarang pun still dia jugak.. dia jez kata.. macam biasa la.. dalam masa yang sama.. aku kata jugak.. ni, nanti denda banat ni.. tak de sapa pun yang hirosah.. hakikat kot.. huhu.. tapi tak tau la dia denda betul ke x.. lepas dia p ja.. syu kata kat aku.. ' orang kalau nak ambik gambar, ambik je la.. tak payah minta izin..' aku cakap balek.. ' syu, memang la kena minta izin.. mlmh kan tak bagi ambik gambar mlmh.. syu kata.. ' tu mlmh la.. ni kita.. ' ' ok la syu.. dah tu, awat tak soh ja dia ambik..' syu kata balek.. ' dah tu.. tak kan aku nak buat peace kot kat depan dia..' hahahaa.. aku sokong kata syu tu.. lawak betul.. hah.. syu.. sempoi la lepak ngan hang sampai tak tido semalaman.. salwa akhir nya bangun sendiri..  jadi la kami bertiga semula..

pindah pulak tempat.. balek ke tempat yang asal iaitu kerusi batu.. kat situ, aku ngan syu dah sipi-sipi dah mata ni.. kata la kat salwa.. salwa, kalau ada banin yang lalu, bagitau.. sebab kami nak landing jap.. huhu.. soh salwa pulak yang hirosah.. 4 pagi dah tiba.. so, salwa p la gerak hanisah.. kami pun dah ngantok.. so, panjat la tingkat 4 kelas smart5 tuk tido sebetul nya.. bila subuh bangun.. tido balek,. pastu turun basuh muka gosok gigi.. dan sarapan.. then sambung tido balek sampai pukul 10.30.. then baru bangun..

bangun tu terus turun dan lepak jap ngan urusetia iffah ngan hanisah.. dan diikuti fatin n athirah.. tak lama tu, aku ajak salwa ngan syu keluar.. p tasek gelugor.. jalan kaki.. syu ok ja.. salwa la yang ketegaq.. last sekali p jugak.. p sana, aku belanja diorg air.. diorg tu kalau nak oder bukannya teh o ais ke apa.. hentam jus apple ngan carrot.. hmm.. ok la.. pastu p sri menora.. belanja syu asam.. aku beli sepaket asam.. jadi jumlah nya RM3.. sebab syu beli 1 asam 1 jeruk.. layan ja budak kecik tu.. salwa beli baju kat anak menakan dia.. lepas tu, p PUZ sebab nak topup n beli keropok tuk syu ngan salwa n budak 4 org tuh.. nak balek tu, syu tuntut ais blended yang dijanjikan salwa tu.. tamak benar syu..

jalan nak balek ke sekolah tu.. alamak.. budak-budak buat pembarisan menghadap pintu pagar.. adus.. malu ada jugak.. tapi jalan ja.. takut sebenarnya bila budak-budak nampak air yang kami beli tu.. terliur kang nanti.. kami tak tau nak dok kat mana.. jadi duduk la kat kaki lima tu.. masa tu banat ada yang mai serbu air kami.. huhu.. biar kan.. haus la tu.. tetiba pulak banin mai nak berkawad berhampiran tempat kami lepak tu.. ai.. siap rakam lagi.. syok sendiri ke apa.. haha.. saja nak provok diorg.. pakat la kami tiga org.. salwa rakam depa kawad.. huhu.. diorg tu training kot.. entah la.. adik dok kawad tu.. khusyuk dia.. haha.. kami dah mula tak selesa sebab banin semakin ramai menonton kawad area kawasan kami.. jadi kami p la ke tempat lain.. tengok-tengok.. fuhh.. banat semua nya jadi penonton setia kawad tu.. perghh.. admire banin-banin kawad la tuh.. haha.. aku sempat tegur iffah.. ' ai.. peminat ka..' dia kata.. ' ha'ah.. peminat..' ' yang belakang sekali tu ka.. haha..' huhu.. 

akhir sekali lepak la dengan bebudak 4 org tu.. n balik naik bas sekali.. then lepak kat dewan pulak.. sampai situ saja cerita nya.. wasalam.. ^__^

the end..!!

Tuesday 9 April 2013

Hikmah Disebaliknya..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


setiap yang berlaku dalam hidup kita ni.. pastinya ada sebab musabab yang tersendiri.. even kalau kita jatuh longkang sekalipun, tetap ada hikmah nya.. perancangan Allah tu tersangat indah dan halus.. kita pun sebenarnya tak menjangka semua tu.. seperti yang berlaku ke atas saya.. terlalu banyak perkara yang telah saya lepaskan.. orang cakap.. peluang tak selalu nya datang bergolek.. ya.. memang tak selalu datang bergolek.. 

saya telah menolak dua tawaran untuk saya sambung belajar.. yang pertama sekali ialah tawaran untuk mengambil STAM.. kenapa saya tolak tawaran ni sedangkan ianya sangat berbaloi.. tempoh pengajian nya juga singkat.. setahun ja.. STAM pun ibarat diploma.. hmm.. saya tahu itu.. tapi... apakan daya saya.. terpaksa saya menolaknya.. kakak saya dapat tahu ja pasal ni, haa.. dia sound saya laa.. hehe...

tawaran kedua ialah untuk ambil itensif bahasa inggeris dan arab.. saya ngan parents saya dah pegi pun KITAB.. dah ambil ujian dah.. kecuali ujian hafazan.. ketika itu saya mana tahu yang lepas daftar semua, kena stay kat sana.. saya pun tak la prepare baju atau apa-apa saja.. masa dapat tahu yang kena stay kat sana selama tiga hari dan akan berterusan sampai ke hari ni, saya menangis kat situ.. bukan secara depan, tapi, minta diri ke tandas.. huhu.. masuk tandas tu menangis la.. apa lagi.. saya lepas kan semua nya kat tandas.. tah apa-apa kan.. orang mesti cakap.. sikit-sikit nak menangis.. biar lah orang kata apa pun.. asalkan hati saya lega.. balik ke pangkuang parents.. saya mula usulkan yang saya tak nak sambung lagi.. saya nak sambung diploma.. makna nya, saya akan masuk belajar bukan pada bulan 1, 2, 2, ataupun 4.. tapi bulan 5.. sebab saya tak bersedia lagi masa tu.. 

sebab saya menolak semua ni.. adalah disebabkan tautan hati saya di sekolah menengah arab tahfiz tersangat kuat lagi masa tu.. jadi, bila saya nak tinggalkan sekolah tu, saya rasa macam separuh jiwa saya akan hilang..

hikmah saya dapat kutip dari semua ini.. 

* saya dapat bantu sekolah walaupun sikit ja
* saya dapat tengok muka adik-adik saya setiap hari
* saya tolong mak saya kemas rumah
* saya boleh baca quran pagi-pagi
* saya boleh tolong guru-guru saya
* saya dapat rasa kerisauan guru-guru terhadap pelajarnya
* ada guru-guru yang nak jadi penenang masa result SPM keluar

haa.. kalau nak senaraikan memang banyak.. mungkin Allah dah tetapkan bahawa STAM bukan yang terbaik untuk saya.. kalau orang kata kat saya macam ni " tu la.. dulu tawaran STAM tak mau nak ambik.."  saya tak kisah.. i do not regret.. jadi balasan saya untuk diolog seperti itu ialah senyum ataupun.. aturan Allah tu dah cantik.. ataupun benda dah berlalu.. ada hikmah nya..


^______^



Photobucket
Photobucket