Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Showing posts with label muhasabah... Show all posts
Showing posts with label muhasabah... Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Benda Kecil Jadi Besar..? Oh No..!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...




Benda kecil jadi besar..? oh tidak.. jangan lah biarkan benda yang kecil itu jadi besar.. Apa benda yang kecil tu..? macam mana boleh jadi besar pulak..? Kadang-kadang, dalam kehidupan seharian, kita tak sedar pun yang kita ada melukakan hati seseorang ataupun kita sendiri yang terluka dengan perangai atau kata-kata seseorang.. Ye dop..? biasa la tu kan.. hatta saya sendiri pun tak boleh nak elak dari perkara ini..



Namun, dalam hal ini, biarlah kita yang terasa hati.. jangan pula orang yang terasa hati dengan kita.. takut nanti kerana orang terasa hati dengan kita, dan orang tu pula jenis yang sukar memaafkan.. haaa.. tak ke naya nama nya.. dosa dengan Allah kita boleh bertaubat.. dan sesungguhnya Allah maha pengampun.. kalau dengan manusia, nak minta maaf tu senang, tapi orang nak maaf kan tu susah.. jangan lah kerana dosa kita dengan manusia membuatkan kita merana di akhirat nanti..




"Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilahkepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!. Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia. Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu!" al-fajr : 27-30 


Memang saya akui, bukan senang untuk kita mempositifkan fikiran kita bila kita tengah marah.. namun, apa salah nya jika kita mencuba.. kalau kita lawan kemarahan dengan kemarahan.. makin marak la jawabnya.. jadi, apa kata kita jadi air.. dan cuba untuk beralah dengan dia.. biarlah kita kalah dalam bertikam lidah dengan dia.. tapi, satu hakikat yang perlu anda tahu, kalau kita beralah dalam situasi macam bergaduh atau bertikam lidah, itu bukan tandanya kita kalah, tetapi dalam Islam, kita dah menang.. ya.. menang dalam mengawal hawa nafsu.. ae, bukan senang tau nak kawal hawa nafsu ni.. kalau dah nafsu tu sentiasa terdidik dengan sejuknya iman.. alhamdulillah.. ^__^



Jadi, andai kata kita ada terasa dengan sesiapa pun, simpan dalam hati ja.. walaupun sukar, ingatlah akan janji Allah yang akan menyejukkan kembali hati kita.. banyakkan istighfar.. sebab masa tu syaitan suka nak main bisik-bisik dengan kita.. dan ingatlah.. hal yang kecil jangan kita besarkan.. nanti jadi semakin sulit.. renungkan.. untuk anda dan saya

Tuesday, 29 October 2013

Budaya Salam Semakin Pupus..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


Saya rasa mungkin ramai yang tahu apa itu salam.. Salam itu berasal dari perkataan arab yang bermaksud "Sejahtera" .. jadi, salam yang penuh ialah " Assalamualaik "  yang bermaksud  " salam sejahtera ke atas kamu "  secara tak sedar, sebenarnya kita telah mendoakan seseorang dan seseorang itu juga telah mendoakan kita dengan balasan  " waalaik salam "  .. nah.. indah sebenarnya cara hidup Islam ini jika kita amalkan.. salam itu juga merupakan satu sedekah sebenarnya.. jika seseorang itu memberi salam kepada kita, maka wajib bagi kita untuk menjawab salam.. tetapi hukum nya berubah sekiranya seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita.. itu dah berubah hukum nya.. 



Ada sedikit cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda wahai para pembaca.. semoga kita boleh ambik iktibar bersama...  :)



Syaitan : Hahahaha.. hahaha...

Muslim : Apa kes dia ni.. asyik gelak terbahak-bahak ja dari tadi..? tak faham aku.. kena sampuk setan kah..?

Syaitan : Eh, tolong sikit.. Aku memang dah setan pun.. hahahahaha...

Muslim : Dah kenapa kau gelak bagai nak rak ni..?

Syaitan : Aku tabik sebenarnya kat manusia ni..

Muslim : Kenapa pulak..?

Syaitan : Meh sini aku nak tunjuk kat kau..

Mereka pun pergi melihat aktiviti seharian manusia..

Syaitan : Kau tengok lah tu.. Diorang kalau berjumpa, mana bagi salam pun..

Situasi manusia sekarang ini sudah tidak mengendahkan lagi tentang kesucian Salam itu sendiri.. Hatta sekarang ini manusia lebih gemar dalam menggunakan perkataan seperti  " hello bro.. wassap.. " " peace bro.. love and ghahel "  " salam metal bro "  " hoi, apa cer "  " lamlekuuuummmmm.. "  " anj*ng..! nak gi mana.? nak ikut.. " 

Syaitan : Aku tabik betul dengan manusia ni.. sebab diorang manusia paling berani yang pernah aku jumpa..

Muslim : ( ye.. memang tak dapat aku nafikan )


Syaitan : Kau tahu sebabnya..? sebab apabila Adam pertama kali diciptakan.. Adam diajar dengan ucapan yang bagus, penuh penghormatan, sopan dan semuanya baik-baik saja.. tapi, diorang ni pulak, lain.. diorang ikut perkara yang sebaliknya.. konon lebih maju la canggih la, lebih up to date la.. aku sangat kagum dengan diorang kerani berani.. dan bodoh jugak..!! hahahaha... sekaligus tolol.. hahahaha..

Tiba-tiba..... Assalamualaikum.. 

Syaitan : Erkkkk.... alamak... Siapa pulak bagi salam nih..

Syaitan pun menjenguk seketika.. kelihatan Muslim sedang membuat satu rancangan...


Muslim : Assalamualaikum bro kapak.. bila pulak nak buat album nasyid..

Bro Kapak : Err.. Waalaikumsalam..Insyaallah.. dalam masa terdekat nih.. ehehehe..


Muslim : Assalamualaikum brader.. sekali-sekala jom la kita pergi masjid..

Brader : err.. Waalaikumsalam.. insyaallah.. ok...


Muslim : Assalamualaikum abg Farhan (a.k.a. farhanis).. sekali-sekala abg pakai baju maca, lelaki pun, mesti lagi macho, nampak gagah sikit..

Abg Farhan : Waalaikumsalam.. ehehehehe.. waalaikumsalam.. baik ustaz.. err..


Maka syaitan pun menangis kerana masih ada manusia yang cuba menggunakan kata-kata yang sopan lagi penuh penghormatan dalam bertemu dengan saudaranya..

Syaitan : Wuaaaaaaaaa... Dia ni lagi.. kenapalah dia ni tak pernah nak bagi aku ketawa walaupun sekali..!! kenapa lah ada orang macam diaa..!! Huaaaa....

Muslim : Sabar.. sabar... ikhlaskan lah hati yee...



Dari Abu Huarairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda : Allah menciptakan Adam mengikut bentuknya.. panjangnya enam puluh hasta.. setelah diciptakan, Allah berkata : ucapkanlah salam kepada kumpulan malaikat yang sedang duduk ini.. cubalah dengar dengan teliti ucap penuh penghormatan ini yang mereka ucapkan kepada engkau.. ucapan itu menjadi ucapan penghormatan kepada engkau dan anak-anak keturunan engkau.. lalu Adam berkata : Assalamualaikum..

-H.R Bukhari-


Oleh itu wahai pemilik hati yang beriman..

Mahukah diri kita ini dengan mudah ditertawakan oleh syaitan dengan begitu sekali.. jadi, marilah kita mencontohi Muslim dalam memperjuangkan budaya salam itu.. semoga cerita ini dapat mngetuk hati anda dan saya juga.. semoga kita sentiasa dalam keadaan yang tenang dan dirahmati Allah.. SEKIAN...

Monday, 28 October 2013

Lepasan Tanggungjawab..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Apabila kita makin meningkat usia, maka makin banyak cabaran yang dilalui.. kita tidak tahu samada cabaran itu mampu membuatkan kita menjadi semakin matang dan dewasa ataupun sebaliknya.. hatta, dengan cabaran ataupun ujian ini juga mampu membuatkan seseorang itu tersasar dari landasan yang benar dan tujuan hidup.. na'uzubillah.. semoga kita bukan dalam golongan itu.. 



Oleh itu, sesukar mana masalah, ujian ataupun cabaran dalam hidup kita, Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.. Dia yang memberi kita ujian ini, maka kepada Dia jugalah tempat kita mengadu.. dan jadilah seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah..





Setiap insan itu takkan pernah lari daripada sebuah tanggungjawab.. dalam diri kita ini pun, dah ada tanggungjawab.. iaitu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita sebagai anak, tanggungjawab sebagai seorang murid, dan lain-lain yang saya rasa mungkin anda para pembaca tahu.. banyak sebenarnya tanggungjawab kita tanpa kita sedari.. mungkin bukan kita yang pinta, tapi sudah terpalit dalam diri kita.. mahu tak mahu, kita kena relakan dirikan kita dalam menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. tanggungjawab itu juga boleh kira sebagai amanah.. dan menjadi hukum dosa jika kita mengabainya.. semoga kita sentiasa peka dalam setiap amanah kita.. Insyaallah...



Setelah bergelar pelajar kolej ini, saya sudah bertekad untuk menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran.. bukannya saya nak cakap saya ini seorang budak pandai ataupun sebaliknya.. hidup dengan al-Quran membuatkan hidup menjadi resah JIKA kita tidak dapat menguasai nya ataupun mengingatinya.. (bukan niat riak ataupun menunjuk) walaupum hidup kita bukanlah 100 peratus bersama al-Quran, tetapi, pada waktu yang ada, baik kita gunakan.. hari-hari kita ni memang sibuk kan.. mungkin saya bercakap ini dari sudut pemandangan saya.. saya pelajar jurusan tahfiz syariah.. dan mungkin pandangan saya ini tidak sama dengan orang lain.. hehe.. cuma, di sini saya hanya ingin bercakap soal tanggungjawab yang terpaksa saya lepaskan...




Banyak tanggungjawab yang rakan saya cuba berikan pada saya.. tetapi saya lebih kepada penolakan walaupun dipujuk rayu.. maaf seribu kali maaf kepada mereka itu.. ya, sememangnya tidak saya nafikan, bahawa satu hari ini kita akan tetap tidak dapat lari dari tanggungjawab.. memang, saya tak nafikan.. hatta sekarang pun saya masih diuji dengan tanggungjawab.. dan saya tengah berusaha untuk memenuhi segala hak tanggungjawab itu.. saya tidak memandang tanggungjawab ini dalam prospek luaran sahaja, malah saya juga perlu memandang prospek tanggungjawab ini secara mendalam lagi.. saya tahu, mungkin pandangan orang lain terhadap saya jauh tinggi berbanding dari apa yang saya bayangkan.. orang lain masing-masing punya tafsiran yang tersendiri.. tapi bagi saya, saya masih lagi dalam proses istiqamah dalam mengabdikan diri saya kepada sang Pencipta saya.. 




" yakin la pada diri sendiri.. kalau tak yakin, macam mana kita nak maju.. jangan terlalu merendah diri.. nanti kita sendiri yang ketinggalan.. cuba untuk berani dalam menyampaikan sesuatu.. "


Saya langsung tak marah jika seseorang sedemikian kepada saya.. ya..!! memang betul.. saya juga setuju.. tapi saya punya alasan tersendiri.. saya lebih tahu akan kekurangan dan kelebihan saya.. tapi saya lebih memandang ke arah pengislahan diri saya.. saya tahu manusia itu tidak mungkin akan sempurna.. saya tahu.. kekurangan saya biarlah saya yang tahu.. takkan saya nak mengaibkan diri saya.. tapi, satu perkara yang saya ingin kenalan saya tahu..............




Saya bukan tak berani menyahut cabaran untuk menyebarkan dakwah.. tapi saya punya cara tersendiri.. setiap orang punyai kelebihan sendiri.. ada yang berani melantangkan suara menegakkan keadilan.. khulil haq walau kana murran.. katakan benar walupun terasa pahit.. dan ada juga pandai dalam menyampaikan ilmu.. masing-masing punya kredibiliti lah.. ye dok..?! hehehe.. apa pun, dakwah itu macam-macam cara.. hatta dengan menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) pun, dikira dakwah.. so, kepada mereka yang terasa kerdil dalam bab agama, jangan risau.. tunjukkan akhlak yang mulia, sudah memadai dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.. renung-renungkan..  :)

Sunday, 27 October 2013

Mengapa Kita Perlu Cakap Insyaallah..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...

dan jangan sekali-sekali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti akan melakukannya esok "

kecuali dengan mengatakan insyaallah.. dan ingatlah pada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah " mudah-mudahan tuhanku memberiku petunjuk agar lebih dekat dengan kebenarannya dari ini "

sadaqallahul azim.. (surah al-kahfi ayat 23-24)



dalam kehidupan kita, seharusnya kita mengatakan insyallah.. bukan kah lebih baik daripada kita menyatakan bahawa kita akan melakukannya esok.. sedangkan kita belum tahu hakikatnya pada hari esok itu.. ya.. memang kita boleh merancang.. tapi bukankah Allah yang menentukan semua yang ada di muka bumi ini..? sebab itulah kita digalakkan mengatakan insyaallah.. 


insyaallah itu bermaksud dengan izin Allah.. sangat indah jika kita melakukan sesuatu dengan izin Allah.. jika kita melakukan sesuatu tanpa izin-Nya, tak manis la kan.. ibarat kita keluar rumah tanpa meminta kebenaran ibu bapa.. tak tenang rasanya kan..


hakikatnya, kita tidak tahu lagi ajal kita atau apa yang bakal berlaku pada hari yang mendatang.. hatta sejam yang akan datang ini pun kita tak tahu apa yang kita bakal hadapi.. jadi, mari kita ubah daripada kita cakap, "ok, saya akan buat" kepada "insyaallah, saya akan usahakan..".. bukankah lebih manis.. dan kita berharap agar Allah dapat membantu kita permudahkan segala urusan.. mana tahu kita lupa akan perkara yang seharusnya kita lakukan.. maka, mana tahu Allah akan mengingatkan kita akan perkara itu.. kuasa Allah.. siapa ytahu kan..renung-renungkan...

Monday, 6 May 2013

Ayat-ayat Hati..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...





Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')


*******************************************************

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...





*************************************************

DIAM diibaratkan seperti sebilah pisau yang di simpan dan hanya di gunakan bila perlu... Sekali guna, mampu mengerat-ngerat apa sahaja yang berada di depannya dengan mudah....

Tetapi...

Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda... Hingga satu ketika, ianya gagal untuk memotong apa2 pun sekalipun benang yang nipis..


.***************************************************

"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

*****************************************************


KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.

******************************************************************

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN.


********************************************************
Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)


***************************************************************


semua ayat di atas bukan copy paste saja..

Sunday, 5 May 2013

Renungan..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...




maaf la.. saya dah tersangat muak dengan status serta komen mengenai kemenangan a.k.a penipuan Barisan Nasional.. come on la.. kan lebih baik kitacari kebaikan orang dari kita cari keburukan orang.. apakah Islam itu tidak cukup menyerlah akan ajarannya..? adakah sukar untuk kita ketepikan marah kita..? ya.. tidak saya nafikan tersangat sukar ketepikan amarah dalam hati dan jiwa.. at least, why should not kita cuba untuk bertenang dan sabar.. 




memang hak kita untuk bersuara, tetapi.. kita juga perlu tahu setiap insan itu ada kekurangannya.. husnuzon lah selalu wahai sekalian insan.. walau hakikat nya kesalahan itu sebesar gajah pun dan seperti kata pepatah ibarat menegakkan benang yang basah.. biar kan dia hidup atas kesengsaraan orang lain.. yakin dan percayalah, hidupnya langsung tidak akan tenang dan bahagia.. bukan hak kita untuk menghukum.. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa semoga Allah beri hidayah padanya.. 

" Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125) "

jgn biarkan kita bermusuhan..


di sini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan saya.. walaupun kita berlainan politik, pendapat atau apa saja.. ingat lah.. kita tetap Islam.. Islam itu pula bersaudara.. jangan pula kerana kemarahan kita akan sesuatu atau berlainan pendapat, kita mahu perangi sesama sendiri.. come on.. contohi la kaum cina yang kurang persengketaan sesama kaum.. mereka bijak tangani semua sengketa.. sebab itu mereka lebih maju dari kita.. :D

"Amri bin Said dari bapanya berkata bahawa:
"Satu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjidBani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t.Setalah selesai baginda berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t tiga perkara,dalam tiga perkara itu cuma DIA memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.  
1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,pergaduhan antara sesama Islam) Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan(telah ditolak)"

saya juga manusia.. kadang-kala tidak lepas dari semua ini.. tapi, manusia itu perlu diperingati kerana manusia itu mudah lupa dan lalai.. post ini adalah sebagai renungan untuk saya.. juga untuk anda.. ayuh..!! bangkitlah..!! Islam tak pernah tewas..!!

Photobucket
Photobucket