Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 22 April 2013

Pilihan Untuk Raya.. :)

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



walaupun raya lambat lagi yang kita perlu buat pilihan-pilihan nih.. tapi pilihan raya umum yang ke 13 dah hampir menjelma.. 5 mei nanti datang la dia..

saya masih dikatakan under age.. mungkin waktu sekarang boleh untuk saya katakan.. arhh.. malas nak ambil tahu pasal politik.. saya bukan kaki politik macam ayah saya dan kawan-kawan saya yang lain.. hehe.. mungkin, waktu saya yang boleh dikatakan muda lagi ini tak mahu nak serabutkan fikiran.. makum la.. sekarang nih, sememangnya hangat semangat diorg akan pilihan raya.. lima tahun sekali la katakan.. memang la.. masa nya untuk pemimpin ditukarkan.. tapi tak tahu jika ia berkekalan.. kita sebagai Islam sememangnya mahukan pemerintah yang boleh membawa negara kita ini menjadi negara Islam yang unggul seperti zaman para an'biya' dan salafussoleh yang terdahulu.. siapa yang tidak idamkan negara sebegitu.. kan kan kan.. saya juga mengidamkan begitu..

namun, saya sangat khuatir akan keadaan yang mula hangat ketika ini.. banyak fitnah yang dilemparkan.. saya bukan pihak yang berkenaan.. jadi saya tidak tahu yang mana yang betul atau yang mana yang benar.. zaman sekarang, apabila teknologi dah berleluasa.. macam-macam cara yang dapat dilakukan bagi menutup kesalahan yang dilakukan.. (berapa banyak perkataan 'yang' ek..? ekeke.. ) bila iklan di tv sahaja.. saya boleh agak apakah iklan yang bakal ditayangkan.. lagu-lagu tentang pilhan raya.. bagi saya.. kalau saya menjadi artis, tidak la saya mahu menyanyikan lagu seperti itu.. lain la kalau lagu negaraku.. itu lain.. patriotik namanya.. berbeza dengan lagu yang selalu kita dengar sekarang.. itu bagi pendapat saya sebab saya tak suka langsung lagu sekarang ni.. hehe.. sejak-sejak ni, bila saya buka rancangan di televisyen saya.. saya seolah-olah boleh menghafal rancangan di setiap tv.. maklum lah.. rumah saya tak ade astro.. jadi tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9 saja la yang ada kat rumah saya.. itu ok lagi.. kalau kawan saya jannah tu, lagi kesian.. tv1 dengan tv2 ja.. hah.. hadap la kau.. selama sejam pihak tertentu ambil untuk membentangkan manifesto serta mandat mereka.. berita pula.. saya menghitung kira-kira hampir sejam, berita itu hanya memaparkan berita keprihatinan pihak tertentu saja.. saya mengomel dalam hati.. 

' ai.. ni sumbangan ikhlas ke tak ni sampai masuk tv..? dan waktu macam ni baru nak tunjuk keprihatinan mereka..?

 kakak saya ada la cakap-cakap dengan ayah saya.. 

" ni kalau orang miskin minta sumbangan mesti dapat.. tak pun sekolah mana-mana nak buat apa-apa majlis atau program, minta sumbangan mesti dapat nih.. " 


saya hanya mampu tersenyum.. ada benar jugak kata dia.. saya bukan pemimpin negara ataupun keluarga ataupun mana-mana badan kebajikan.. tapi saya pernah jadi ketua untuk pelajar perempuan di sekolah saya.. walaupun saya tak seadil para sahabat nabi atau alim ulama'.. tapi saya tahu, bahawa pemimpin itu seharus nya sentiasa mengambil tahu akan kebajikan orang bawahan nya.. sentiasa adil, berfikiran terbuka dan saling bertolak ansur.. jika nak saya senaraikan semua.. tidak lah saya mampu.. saya juga masih menimba ilmu.. 

sekadar meluah pendapat.. tiada niat untuk berpolitik.. atau berpihak di mana-mana.. selamat berpilihan untuk raya ya.. i wish that one day, malaysia akan jadi negara islam yang unggul.. wallahu'alam.. ^___^  

No comments:

Photobucket
Photobucket