Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Friday 19 April 2013

Perkara Yang Tak Dilupakan..!!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



hah.. masih menghirup udara di bumi yang fana ni.. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berubah dari baik menjadi yang lebih baik.. syukur atas segala nikmatnya.. ^__^


sepanjang saya hidup sebagai seorang pelajar.. hmm.. 13 tahun menjadi seorang pelajar.. banyak cabaran dan rintangan yang dilalui.. walau hakikat yang sebenarnya setiap dugaan itu mempunyai banyak cerita yang tersendiri.. namun, itu tidak bermakna bahawa semua dugaan itu hanya mempunyai kepahitan sahaja.. kerana setiap apa yang berlaku itu, pastinya ada hikmah.. dan di setiap hikmah itu punya kemanisan selepas kepahitan.. seperti hujan, yang selepas nya mempunyai pelangi yang sangat indah.. (kecuali hujan ditengah malam.. :p ) suka untuk saya imbas kembali kenangan saya sewaktu dibangku sekolah lagi.. 

tadika :

* datang sekolah pakai kasut besar.. nangis-nangis nak balik..
* gaduh dengan budak laki.. 1 girl fight with 5 boys
* dapat payung baru yang kecik tu, pastu jalan sepanjang taman sambil buka payung semata-mata nak tunjuk kat kawan

sekolah rendah :

* masuk sekolah tanpa ditemani parents sedangkan yang lain parents diorg kat luar kelas
* eja kasut jadi KASUK
* kawan pertama saya is nur iman hasanah
* naik pentas sebab jadi pelajar cemerlang
* dapat BFF yang pertama.. her name is mimi farah jazman
* tak boleh lupa bila mimi pernah jatuh tersungkur sebab dia undur langkah then terlanggar pokok
* mimi cakap yang benih pokok lalang yang diterbangkan angin tu can make our wish jadi realiti
* gaduh dengan mimi sampai putus kawan
* result SPPM yang memuaskan hati



ingat tak zaman sekolah rendah dulu.. kita pernah gosok gigi kat tepi longkang beramai-ramai.. maklum la.. nurse datang nak ajar cara-cara nak gosok gigi.. ingat tak masa kecik-kecik dulu kita mesti nak guna pensel box yang bertingkat la, yang boleh buka depan belakang la, yang ada sharpener kat tengah-tengah tu.. pastu, pembaris kita mesti nak yang bergigi, yang ada air kat dalam tu, yang ada benda berkilat-kilat..



 then pensel pulak, mesti nak yang berambu-rambu, yang berbentuk-bentuk.. ingat tak, cikgu kita mesti akan bawak pembaris kuning yang panjang and ada tempat pegang kat tengah-tengah tu.. tapi dia tak pegang pun kat kat situ.. :p dulu kalau dengar ja nak kena suntik BCG ka apa ka, mesti semua muka kerut ja.. tapi lepas inject, cis, poyo ja semua muka.. pastu, bila kita ada beli benda baru, mesti kita nak riak sat depan kawan-kawan.. kalau kita beli kasut, mesti mengidam nak kasut yang tapak dia warna-warni.. pastu jam pulak yang boleh buka tutup, and boleh tukar warna la apa la.. 


ingat tak kalau kita p kedai, mesti kita nak beli ding dang, tak pun jojo.. tora pun bes jugak.. huhu.. pastu, siri kartun yang zaman sekarang kurang disiarkan macam dragon ball, power rangers, teletubies, ninja turtle, ultraman.. dulu tak pernah miss cerita ni.. dulu kalau kita nak main, kita mesti akan main police sentry, ice water, lubang tikus, ting-ting, konda-kondi, kejar-kejar, pondok-pondok, masak-masak, batu selambut, zirofoin.. kalau sekarang.. ipad kau.. semua nya tekan ja.. hehe..


sekolah menengah :

* start pakai cermin mata
* always dapat no 1 n 2
* kenal kawan baru
* firstime dok asrama
* jadi pengawas
* pernah buat kes (padahal bukan salah sendiri)
* knowing my friends = fiza, aisyah, syahirah, jannah, haiqal, irfan
* masuk musabaqah quran
* jadi sarjan KRSM
* jadi pelajar mithali 
* result SMRA terbaik


* suka duka ketika exam SMRA n SPM bersama jannah, syu, afiqah, salwa, alifah..
* mengenali diri sendiri
* ada orang tolong hantar payung kat kedai makan
* kenangan masa nak ambik result SPM
* hmm.. lastly, bersyukur sebab ada adik yang caring like iffah and niddumazin (bukan nama sebenar)


sekolah menengah ni semestinya korg tak kan dapat lupakan segala kenangan.. sebab di alam sekolah menengah ni, banyak cabaran yang dilalui berbanding sekolah rendah.. di zaman ni, startnya kita ada ramai kawan, kita start nak try bercouple, kita start tahu dunia luar, kita tahu erti persahabatan, kesusahan, kekecewaan.. yang penting sekali, bermula nya kita sebagai pemuda dan pemudi agama Islam yang berjuang untuk menegakkan syiar Islam.. tidak gitu.. kita lebih matang untuk berfikir dan mengatur hidup serta jalan kehidupan kita.. 

No comments:

Photobucket
Photobucket