Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Friday 20 August 2010

Tragedi Berbuka Puasa...

Nak tergelak pun ada bila teringat tragedi bila buka puasa bersama keng kawan aku.. aisyah, hafizah, jannah, izzati, aini dan aku..kami ambil dua talam..bermakna satu talam tiga orang laa..masa tu kami makan lauk telur ke ayam ntah..tapi yang pasti kami makan udang..aku ada bawa bekal dari rumah..masak sendiri ar...ikan bilis sambal..huhu...bila dah hampir nak berbuka..aini dan hafizah main..hafizah tak sengaja tertolak aini sampai air dalam cawan tertupah.. mujur laa air tu tak membuat lintas tabit kat kitorang.. alamatnya nanti baju kami jadi kain buruk laaa.. pastu.. bila air dah tumpah..mesti la kena ambik kain buruk lap.. bila aisyah dengan jannah suruh dia ambik kain buruk..ada ke patut dia boleh buat keras macam batu..tapi yang nak tergelaknya.. muka dia dah pucat... dia kata "Tak mau..Haa..Nak nangiiisss" haha..semua orang tahan ja gelak.. tapi last skali gelak jugak ar.. tengok muka merah padam... hah.. apa-apa je la fiezah oit..bila kita berbuka pose ramai-ramai..memang nikmat kan...tambahan pula bila kita makan dalam talam bersama..fuh.. mengeratkan ukhwah..hoho... masa nak habis dah waktu untuk kami makan, kami pon angkat la talam kami..bukan nak p letak talam tu kat tempat yang disediakan, tapi kami nak p tambah makanan..huhu..tambah udang saja.. masa tu kami memang gila udang.. mana tak nya... udang tu dah manis... fuh..nikmat kalau makan.. kumpulan kami ja orang yang terakhir..udang dalam talam kitorang pun menimbun.. mak cik kantin pun dah berleter kat kami time tu sebab kami lambat makan sangat..huhu...yang tu je la nak cerita...

Wednesday 18 August 2010

Masuk e-Pustaka..

Hari ni aku serta geng sekelas aku masuk e-pustaka...fuhh...seronok gak laaaa...ni pun tulis kat dalam e-pustaka...haha...dalam jadual yang ada kat perpustakaan, SMART tak boleh naik..tapi hari ni..Allah nak bagi rasa macam mana rasa naik e-pustaka kot..huhu...nikmat gak ar walaupun sekejap jaa... mula-mula budak laki dulu yang masuk..pastu baru laa budak perempuan pulak yang masuk..walaupun sempit dan internet tak semua laptop ada..tapi di sebabkan ukhwah fillah kami..kami share laa internet..huhu...and kalau diorang tak nak buka internet, diorang buka lah game apa-apa pun..haha...guru yang bawa kami, muallimah hidayah..asal-asal nya waktu tu masa muallim kamil...tapi muallim tak mai..so..ganti laa dengan kelas internet..huahua...pengalaman baru laa tuk kami semua..

Sunday 8 August 2010

Cinta Sang Pencinta..

Sebenarnya dalam hidup kita..perkataan cinta sememangnya wujud...cinta banyak cabangnya...cinta hamba kepada pencipta-Nya....cinta seorang umat kepada Rasulnya...cinta seorang anak kepada ibu bapanya...cinta seorang insan kepada sahabatnya...cinta seorang kekasih kepada kekasihnya...dan banyak lagi bahagian cinta... dalam diri kita..kita mahu diri kita disayangi dan dicintai...perasaan suka atau sayang itu fitrah dalam hidup kita..tanpa perasaan itu semua, hati kita mungkin menjadi seperti batu...sekarang ni sudah ramai remaja bercouple...couple disisi Islam haram sebenarnya...tapi usul itu tidak pernah diambil berat oleh mereka...kita hanya mampu menegur dan berdoa agar mereka itu mendapat nur daripada-Nya...perasaan suka dan sayang kepada seseorang yang bergelar bukan muhrim seeloknya disimpan sahaja dalam hati..kerana ganjaran bagi mereka itu adalah syurga...memang sukar untuk kita memendam rasa itu seorang diri, namun..kita seharusnya berusaha agar kita dapat memendam rasa itu..kalau tak dapat memendam seorang diri pun...carilah rakan atau sesiapa sahaja yang anda percayai...dalam percintaan, semuanya indah belaka...bila si dia buat something yang menyakitkan hati...kita buat tak endah saja...tapi bila dah break out...mula la syaitan berbisik ke telinga...menyuruh buat sesuatu yang melanggar hukum syarak seperti membunuh orang, menyimpan dendam, bunuh diri dan sebagainya...di sini ada lirik nasyid..dari in-team dan mestica..





cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
 
begitulah cinta yang diidamkan 
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula 
kerana bercinta 
kita pun leka
entah ke mana
dan jangan pula 
kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


cuba hayati lirik nasyid ini..banyak faedah nya...dan mari lah sma-sama kita hayati...semoga dengan ini membuatkan kita lebih komited dalam menangani isu couple ini...huhu

Saturday 7 August 2010

Aym..oo..Ayamm...1!

ayam atau burung??huhu

Hah...teringat cerita sebalik gambar ni..huhu...nak kata ayam pun boleh burung pun boleh..tapi aku lebih suka panggil ayam...haha..reka sendiri..save bajet..kalau nak beli ayam betul..kang nanti tak terjaga pulak ayam ni..ye laa..kat rumah dah boleh buat mini zoo dah...nyamuk pun ada..lalat pun ada..semut, lipas, cengkerek, katak, ayam, arnab, musang...fuh..cukup pakage ni nak wat zoo..haha...ayam yang aku buat ni takkan aku lupa sampai bila-bila..ayam ni laa...aku dok main dengan kawan aku..dok sakat dia...tapi setakat tahun ni je la aku boleh sakat dia...sebab nanti dia dah nak pindah dah...biar lah dia nak kejar cita-cita dia...semoga dia maju jaya dah la...tinggal lah lagi sorang kawan aku tu..selalu nya aku dengan fiza selalu sakat diorang..tu pun kalau diorang dok sebelah menyebelah laa... diorang sporting sikit..haha...papa je la...tu ja nak kongsi...

Friday 6 August 2010

Nak Puasa Dah..!!

Alhamdulillah wa syukurillah kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk berpuasa lagi...tak sabar-sabar rasanya nak puasa...haaaa...rasa macam nak lompat ala-ala ribena jaa...tahun ni puasa pertama insyallah bersama parent and my beloved brother..kakak still kat shah alam meneruskan pengajian..selamat berpuasa aku ucapkan tuk kekawan, guru-guru, saudara-mara, seluruh umat Islam di seluruh dunia ni dan juga ANDA... puasa bagi penuh naa...huhu...puasa ni sebenarnya banyak kebaikan dan and tak perlu risau sebab..tak ada lagi sejarah yang orang puasa mati kebuluran..jangan risau yer...Allah meletakkan sesuatu perintah tu semuanya ada kebaikkan tersendiri dan tak pernah nak bagi hamba-Nya susah..solat pun sama..solat tu pun ada kelebihan tersendiri jika dikaji balik..membaca basmallah semasa nak minum pun..ada kebaikannya..teringat lagi masa zaman budak-budak...nak buka puasa tapi tak nak bagi orang nampak..last sekali pakat dengan sepupu nak buka puasa berjemaah..kami pun mintak la keizinan kat arwah tok nak mandi kat luar..pastu arwah tok bagi laa...kami punya la seronok..kami pun bergegas keluar rumah nak mandi..time kami nak mandi tu, kami terfikir jugak..macam mana nak minum air..nanti orang nampak..fikir punya fikir..lastly aku sendiri yang tolong bagi idea..aku kata kita mandi sambil sedut air..haha...pandai tol aku bab tu..kami pun setuju laa nak buat..lega.. sebab akhirnya dapat jugak berbuka puasa berjemaah.. tapi lepas tu arwah tok aku tahu tembelang kami...adoi.. tapi arwah tok aku tak marah sebab maybe faham yang kami ni still budak-budak lagi kot..huhu..tapi berita tu tak la mengejutkan kami..tapi yang lebih buat kami terkejut beruk ialah bila time kami p kedai, ada orang tegur kami...haa...tak puasa..minum air masa mandi..aik..macam mana pak cik tu boleh tau..kami pun menggaru kepala la alamatnya..kami malu dan terus balik rumah...mulai saat tu..kami dah tak buat dah kerja tu..haha..lawak la pulak...kenangan yang tak boleh aku lupa..huhu...selamat berpuasa yerp..
Photobucket
Photobucket