Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Tuesday 21 August 2012

Kad Raya..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


kad raya.. jualan langsung kad raya.. direct selling la.. haha.. cari duit raya punya pasal, semua smart 5 banat menjual kad raya.. muallim hisham yang suruh jannah jual, untung boleh ambil sikit.. jadi, kami smart 5 banat ni, yang tetiba mata jadi simbol wang dah ni pakat-pakat tolong nurjannah sazali jual kad.. tahun punya kad berbentuk postcard.. RM1.50.. maaf, di sini tidak di jual kad raya.. hehe.. kebanyakkan yang beli pun dikalangan smart banat ja.. budak-budak..? kureng.. tak uar-uarkan sangat kat diorang.. kalau ada pun, hmm.. afiqah wahit la duta nya.. 

hmm.. tahun ni nak berkirim kad raya kat sahabat handai, tak ada.. itu salah satunya yang kurang la dalam tahun ni.. tapi digantikan dengan bagi kad raya kat setiap bilik guru.. setiap tingkatan ada kelainan nya yang tersendiri.. smart 2 buat sendiri kad raya tuk guru dari satu kelas.. smart 3 beli kad dari kami dan tampal untuk kelas diorang.. dan kami banat smart 5 beli dan hantar kat setiap kelas dan pejabat sekali.. dan juga kepada ustaz fahmi dan muallimah wardah.. dan juga tuk umi saliza dah ayah harryzan.. ^__^ itulah cerita kad raya nya.. hehe..


Wednesday 8 August 2012

Darul Quran..

بسم الله الرحمن الرحيم 

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN


Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek
 Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Kemudahan Pembelajaran 
 i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa, perpustakaan , surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :
  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

Apa Makna nya..??


Cinta Selepas Akad..

 carilah makna yang tersirat melalui gambar ini.. semoga anda dapat mencarinya disebalik sekeping gambar.. ^__^

Hakikat Ramadhan..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


daripada abu hurairah R.A, sesungguh nya Rasulullah S.A.W bersabda : apabila telah tiba ramadhan, nescaya pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaotan dibelenggu (HR bukhari dan muslim)

ahlan wasahlan ya ramadhan kareem.. taqabbalallahu minkum solihul a'mal.. allahumma ballighna ramadhan.. ya allah, let us reach the month of ramadhan..

ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku lalui dengan sempurna.. syukur kerana masih dipertemukan ramadhan yang mulia ini.. tahun depan, belum tentu lagi.. 

"apa yang special nya ramadhan kali ni..?" 'tak ada yang special nya pun..' "jangan cakap macam tu.. nanti mseti ada yang special nya.." diolog antara aku dan kawan baik.. tak ada apa yang special..?? imposible.. bulan ramadhan kan bulan yang mulia.. walaupun tak ada aktiviti yang menarik macam tak dapat ke ekspo ker, tak dapat kad raya ker, tapi sebenarnya bulan ramadhan yang kita sambut ni pun dah ada special nya.. apa..? kita dapat tambah pahala.. bulan ni bulan diturunkan al-quran.. adanya terawikh.. qiamulail pun selalu buat.. kan.. syaitan pun dapat rantai.. tak nampak ker apa special nya.. jangan kita nilai ramadhan tu dengan istimewa dunia.. tapi nilai dengan istimewa nya akhirat.. bila kita nila dengan istimewa nya akhirat, kita pun akan try our best nak buat yang terbaeekk punya tuk ramadhan..

tambah pulak 10 malam terakhir tu ada lailatulqadr.. lagii special.. bagi orang mukmin.. bulan ramadhan ni bulan yang paling bermakna sebab bulan ni dapat tambahkan amalan dan amalan..

bercakap pasal syaitan pergi holiday kan.. bila bulan puasa ni, mesti la syaitan tak ada.. tapi kenapa ada orang still buat jahat ek.. tu makna nya manusia la yang take over kerja syaitan.. nak tahu cerita pasal hawa nafsu ni..

Allah pernah bertanya kepada nafsu, aku ni siapa.. maka nafsu pun jawab.. aku aku, kau kau la.. maka Allah pun lemparkan nafsu ni ke neraka yang panas selama 100 tahun.. selepas itu, ditanya lagi kepada nafsu.. aku ni siapa.. maka nafsu  pun jawab.. aku aku, kau kau la.. nafsu masih tidak mengakui siapa itu Allah.. lalu Allah pun lemparkan nafsu ke neraka yang sejuk selama 100 tahun.. lalu Allah tanya kembali soalan yang sama.. siapa aku.. maka dijawab dengan jawapan yang sama,  aku aku, kau kau.. maka Allah lemparkannya ke neraka lapar selama 100 tahun.. selepas itu, Allah kembali bertanya, aku ini siapa.. maka jawab nafsu.. ampun aku, sesungguhnya engkau adalah tuhan ku.. cerita dari penceramah ihya' ramadhan smart


nampak tak.. nafsu kita akan jadi lemah bila kita tidak makan dalam erti kata lain, berpuasa.. perasan tak bila kita puasa, kita malas nak buat apa.. malas nak cakap, malas nak jalan, malas segala malas la.. haa.. 


jadi, marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita di bulan puasa ini dan jangan lah pula kita mengambil alih kerja syaitan.. dan yang penting.. didiklah nafsu kita agar dia terbiasa dengan ibadah yang soleh..

Sukan 2012..

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum...


sukan tahunan yang lama dah tak berlangsung.. hmm.. tapi tahun ni aku dapat rumah shrek.. aduh.. kot la rumah merah ka kuning.. sekurangnya boleh dapat johan atau naib johan rumah sukan..hehe..tema rumah hijau kali ni kitorang buat ninja turtle.. yang jadi maskotnya al-amin.. ketua rumah hijau ammar yasir.. so, dia la yang pegang bendera.. yang pegang sepanduk plak asal-asalnya hakeem, tapi sebab yang pegang sepanduk tu kena pakai topeng zorro tu, terus tak mau.. aduh.. memang dalam plan pun nak bagi dia.. banin semua kena pakai tie rebben yang dibuat oleh fatin.. pandai fatin.. banat pakai reben bunga kat atas kepala..

aku kali ni masuk semua acara lari.. 400 meter kalau campu semua nya.. aduh.. penat kot.. dah la dengan practice lari lagi.. campur dengan sukan lagi.. sampaikan beri kesan sampingan tuk aku.. tahu apa.. dah tak lari lagi.. sampai sekarang aku rasa sakit kaki walaupun dah lama sukan tu.. boleh lari, tapi dah tak laju dan akan sakit lepas lari tu.. sedih nya.. mula-mula, aku terpaksa ganti anita dalam acara 100 meter sebab dia jatuh ditolak rumah biru then sakit kaki.. masa lari tu, adess.. ada agenda yang memalukan.. apa dia.. shut.. tak nak beritahu.. alhamdulillah dapat no 3.. dalam 200 meter, haha... ni semua smart 5 ja.. masa mula nya, kitorang plan nak buat banyak situation :

* nak lari pegang tangan
* 100 meter pertama joging
* 100 meter kedua baru pecut

haha.. tah apa-apa.. tapi last sekali semua pecut jugak..masa nak lari tu, semua dok pakat salam minta maaf dulu.. haha..memang gila smart 5 ni.. aku saing ngan alifah.. jannah ngan afiqah.. mula nya aku yang pertama, tapi alifah pecut dulu.. energy dia banyak g dari aku.. aku dah lari masa 100  meter tu.. yang afiqah dah terkandas dah masa 100 meter pertama.. jannah stay dibelakang aku.. tapi aku dah tak pecut masa nak sampai tu, kerja aku tengok belakang.. jannah jauh g.. so, aku pun lambat-lambat lagi.. last sekali dapat no 2.. ok la.. dah la bendera rumah hijau tak nampak langsung..

past pattern pulak rumah hijau yang masuk sarah, aku, aqilah dan athirah.. pada mula nya hijau first sampai ja kat turn aqilah dah lambat.. sampai kat aku pun lambat la.. nak pecut yang lain dah lambat.. jadi aku pecut ke tempat no 3 potong liana.. so, setiap acara yang aku masuk tu, ada nombor semua..

sukaneka plak.. arghh.. jangan ditanya.. semua kalah.. haha.. banin ok la jugak.. banat ni, hampeh.. paling nak tergelak, masa lari guna tempurung tu la.. masa aku ok lagi.. mai kat sakinah.. BOOM..!! pecah laa.. haha.. so memang dah kalah la.. aduyai.. aku sampai sujud kat padang tu sebab tak tahan nak tergelak.. aduh..

keputusan :

1. merah
2. kuning
3. hijau biru

tu lah keputusannya.. abu yazid la yang paling seronok bila rumah dia juara.. hek.. 

Oral SPM..

بسم الله الرحمن الرحيم 

 Assalamualaikum...

alhamdulillah.. ku panjat kan kesyukuran kepada Allah sebab oral dah habis..!! haaa.. leganya hati.. harap ok.. oral bhasa melayu memang ok.. untuk group dapat dengan salwa, zul arief, dan syed.. dan ditambah dengan seorang budak cina.. tajuk kitorang pengaruh negatif televisyen memberi kesan buruk jika tidak dikawal.. berjalan lancar..

bahasa inggeris pulak asal nya group yang sama tapi tambah afiqah.. spoil nya masa tu demam pulak.. terpaksa buat dalam keadaan jadi shinbei.. huhu.. masa tunggu turn tu, apa lagi.. practice cakap la kan..  sementara tu, syuhada' nak ais krim.. biasa la budak kecik tu.. nampak ja ais krim asam dia tu terus nak beli.. alang-alang beli tu, aku beli sekali ais tuk group aku.. team work la katakan.. huhu.. bila dah sampai turn, group kami kena pecah.. tinggal aju, salwa dan afiqah ja.. syed dan zul buat group baru ngan yusuf.. so, bila turn group aku, cakap la apa yang kami dah practice.. tapi bila dah nak habis and nak keluar dah tu, pemeriksa tu say good luck.. ok la kan.. tapi yang sakit hati nya, ayat terakhir dia tu.. good luck for your writing too.. ewah.. tawu la sekolah kitorang tu agama pun.. ingat sekolah agama kolot..?? huh.. pantang betul.. 

bahasa arab dan quran sunnah ok ja.. walaupun agak lambat oral ni nak berlangsung.. tapi, yang ok, ni guru smart yang jadi pemeriksa nya.. alhamdulillah.. harap ok semua nya dan lulus

MGB SIM 2012..

Assalamualaikum...

bersama pidato bahasa inggeris dari singapore seyy..

hah.. pertandingan yang membuatkan semua warga SMART bergetak jantung nya.. termasuk lah aku.. sebelum nak p hidayah johor ni.. pelbagai persiapan yang dibuat.. bukan calang-calang orang yang p bertanding ni.. ada yang johan negeri, johan negara, dan macam-macam johan la.. aku kali ni masuk dua pertandingan.. pidato bahasa arab dan hafazan 10 juzu'.. aiseh.. hafazan la sangat.. malam sebelum nak bertolak tu, ustaz fahmi ada belanja kitorang banat makan char koey teow.. gambar kat atas tu.. sempat la pose..

pagi esok tu.. maisng-masing dah start dengan iron baju nya, kemas barang nya, macam-macam la..bertolak dari sekolah pukul 1.00 then solat zohor kat masjid tepi jalan ja..( ada ka masjid tengah jalan..?) pastu terus ke destinasi utama.. kami di johor pukul 3 ka 4 pagi nta.. tapi yang pasti sampai awal.. ada la sekolah yang dah mai.. tak sure sekolah mana.. solat subuh dan qiam kami buat kat situ jugak..

hah.. da sampai masa yang ditunggu.. acara pertama pidato bahasa melayu, tilawah, hafazan 5 juzu, khat bagi banat la.. banin pidato bahasa arab, hafazan juzu 5, tilawah, dan tak ingat dah.. semua berlalu serentak.. aku sempat tengok jannah pidato.. ok, ada nampak nak juara sebab pidato spontan dia full mark.. yang lain belum tentu.. khat pulak ok cuma salwa punya tak tebal.. yang lain tebal.. tilawah alifah punya suara ok, cuma tak tarannum.. pidato arab dapat khabar johan.. ok la tu khairul..


hah..tak clear.. ni teks pidato la..


petang pulak, my turn.. pidato bahasa arab.. ada lagi, story telling.. pidato aku pada mula takut jugak.. sebab apa..? ye la.. dapat saingan kuat oleh pesaing aku, khairul.. teks sama, jadi, takkan tak leh nak dapat tempat kan.. teks dia teks aku sebenarnya.. hehe..cuma dia ada satu talent tau.. yakin dan pandai cover.. aku pulak, tak pandai cover.. tu la yang terjadi.. pada permulaan pidato, pergh.. semangat giler.. all in my mind and understand what i'm talking.. tapi, terlupa skrip sikit bila part isi ke 4.. tup..tup..tup.. tak ingat ayat quran dia.. aduyai.. keliru sebab setiap isi ada huraian dan ayat quran.. aku terlupa  and apa yang aku buat diam then sambung isi terakhir.. dan habis kan pada on time.. masa aku terlupa tu, ada sekolah mana ntah sempat ketawakan aku.. ye la.. aku antara orang yang pidato nya tak melerek dan semangat.. hmm.. tapi tak ada rezeki kan.. 
                              


hah.. ni la nasyid banin.. nur islami.. gubahan sendiri.. pada mulanya tengok diorang ni nak buat persembahan kenduri kahwin ja.. huhu.. sebab nasyid banin sebelum tu semua santai.. tapi ada la kumpulan banin sekolah lain pakai jubah.. ok la.. 



yang ni kalam jamaie.. practice.. sebab gambar betul tak ada.. maklum la.. konon nya tak boleh pegang handset.. banat ni pun ikut la.. tapi sekolah lain pegang sendiri.. macam banin.. all handset in their hand.. tak adil jugakla.. tak selaras.. alhamdulillah kalam jamaie didikan mlm hisham ni dapat naib johan..

senarai pemenang:
  • ersyad abdullah, naib johan hafazan 15
  • khairul syazani, johan pidato arab
  • ammar yasir, naib johan pidato inggeris
  • kalam jamaie, naib johan
tahniah tuk you all..

Monday 6 August 2012

Jaulah di Penang...!!

Assalamualaikum...


sweet..!! best la eventhought hati terguris sikit.. haha.. kenapa..? tak ada apa-apa.. cuti dua minggu ni, memang agak padat bagi sesiapa yang bergelar pelajar sekolah menengah arab tahfiz yang berumur 16 dan 17 tahun.. kami ada kelas intensif untuk SPM dan SMRA.. hmm.. ditambah campurkan dengan latihan tuk ke MGB SIM di hidayah johor.. pagi dan tengah hari kelas intensif.. malam sampai pukul 11 hampir 12 practice.. huhu.. rabu minggu pertama cuti tu baru la boleh balek tapi kami ada jaulah at penang.. hmm.. untuk yang ambil spm dan smra sebenarnya, tetapi ada la kehadiran beberapa orang yang tidak terbabit jo in sekali.. fatin nur syafiqah dan nur liyana adilla.. hehe.. tapi best jugak.. tak kisah pun.. bertambah meriah lagi ada.. kali ni nor hanisah, iffah bakri dan athirah yusoff tak dapat ikut dek kerana diorang ada kursus pemantapan based, kawad dan ikatan kat islah s.p.. hahaha.. (ketawa jahat..) in jelez la hampa noo.. hari pertama kami p bukit bendera dulu.. naik keretapi baru.. agak laju la.. oh ya, lupa.. muallimah yang jo in kami masa tu mlmh azizah, mlmh hidayah ismail, mlmh husna.. masa kat atas bukit bendera tu, tup..tup..tup.. hujan deh.. tapi tak pa.. kami berteduh sat kat satu tempat tu.. nama apa..? ntah.. tapi kat situ aku tak beli apa-apa barang pun.. banat lain of course la kan.. tambah-tambah afiqah wahit.. kalau boleh tuan kedai tu pn nak beli.. hehe.. kat situ aku jez makan sandwish ja.. save duit.. yang lain nasi goreng la, laici kang.. nasib baik tak ada long kang.. kalau tak mesti nak beli gak.. hmm.. masa kat situ.. aku tak berenggang dengan handset langsung.. bukan mesej naa.. buka fb.. ye la.. orang lain semua mesej ngan buah hati.. aku..? jangan kan buah hati ranting hati pun tak ada.. masa pinjam handset fatin sat.. hehe.. terima kasih fatin.. 

destinasi selepas itu, pergi shopping complex.. tak ingat nama pa.. maklum la.. minum air sambil sedut semut.. bukit jambul kot kalau tak silap.. masa tu ada aktiviti main bowling.. haa.. banin memang exited dah kot..banat yang jo in main boling semua kot tak termasuk siti aishah ngan jannah.. eh.. ye ker.. ntah.. tapi masa tu aku p popular.. tengok buku jaa.. tak beli.. tak cukup duit.. so duit aku simpan tuk makan ja.. haa.. turun ke food court ngan jannah n mlmh hidayah.. aku tempah nasi sizzling, jannah nasi campur, mlmh hidayah fish n chip.. hmm.. sedap jugak.. lepas makan tu, jannah teringin leomang wafel.. so aku pun teman kan la.. tup..tup..tup.. tengah tempah tu.. ada la orang mai... konon nya nak tempah sekali la lagak nya.. jannah pun tolong la tempahkan sekali.. dah siap wafel tu.. ada yang belanjakan pulak.. kalau aku tau dia nak belanja, sah aku amik wafel paling mahal sekali.. rezeki jangan ditolak.. tapi tu la kan.. kalau kita tau rezeki nak datang, conferm kita akan boros.. sebab tu Allah tak nampakkan rezeki tu.. tol x..? huhu.. 



lepas kat BJ mall, kami terus ke asrama itqan.. asrama dia boleh tahan.. sampai kat situ, mandi-mandi pastu ada sikit practice for MGB dengan mlmh hisham.. pastu bertolak ke pantai depan rumah jannah.. BBQ.. best la jugak sampai pukul 12 pun tak panggang lagi.. sementara nak tunggu masak tu, apa lagi, mlmh hisham ambik kesempatan practice laa.. apa lagi kan.. BBQ masak pun pukul 1 pa.. ntah la.. oh yaa.. sebelun naj buat uggun api tu, apa pergaduhan sikit.. antara jannah ngan ........ hehe.. tapi lepas tu ok ja.. hampir pukul 2 jugak la.. lepas habes semua itu.. apa lagi.. boom laa.. letih kot.. huhu.. sampaikan pagi esok tu semua tak jaga langsung.. nasib baik la siti aishah ni terjaga pukul 6.. muallim hisham ada la jugak kol syu, tapi kalau dah penat.. bom kat sebelah pun takkan dengar.. tak gitu syu.. lepas bangun, siap-siap sarapan, kitorang keluar jap p seven eleven kat depan tu.. aiseh, sempat lagi..?? ingat nak beli slurpee.. tapi tak ada.. lepas balik tu practice sat.. al maklum la.. ustaz fahmi nak tengok.. bila bas dah sampai, apa lagi.. jom la gerak.. dalam bas, dengar-dengar ja ustaz tak jadi tengok kitorang punya perfomance, pheeww.. kertas skrip semua terus masuk poket seyy.. haha.. memamng enjoy giler r.. 




destinasi seterus nya, nak pergi ke batu feringgi.. banin ja yang mandi.. banat semua tak stand by baju and stokin.. tapi aku tetap stay nak main air.. tapi tak da partner plak.. hmm.. pastu ajak syu main istana pasir.. tapi tak ada alat.. ingat nak beli.. p la usha kat kedai-kedai.. tengok-tengok RM16.00.. hmm.. tak pe la kak.. minum air kelapa pun sedap.. pastu p makan.. pastu destinasi seterusnya, padang kota baru.. eh, padang kota lama.. kat situ kami pasembor ek.. hmm.. sedap la jugak.. aku kalau makan pasembor, cari ketam je la.. huhu.. sebelum makan semua tu, kami singgah kat satu taman ni.. kat situ ada buaian.. Allah.. naik best tu.. apa lagi, aku ngan syu serbu la.. biar la orang nak kata macam budak-budak ka.. yang pasti, kami ni memang budak-budak lagi pun.. budak-budak sekolah.. haha... time nak balik tu, aku tak ikut balik ngan bas.. aku stay ngan jannah sebab ikut dia balik and then dia akan hantar aku p ke mutiara perdana apartment.. rumah kak.. jaulah ni walaupun sekejap, tapi ada kenangan yang tersendiri.. best..
Photobucket
Photobucket