Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Wednesday 1 May 2013

Oh Adik..!!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

tak tahu, kalau sesiapa yang ku kenali baca post ini akan menimbulkan rasa cemburunya.. tapi ini lah hakikat yang mulai timbul dalam hati ini..




tanggal hari ini 1 mei bersempena hari cuti untuk semua pekerja, saya mulai rasa berat hati untuk meninggalkan adik saya bila dia dah mahu berangkat pulang ke asrama.. walaupun hakikatnya, hujung bulan ini beliau akan pulang jua ke rumah.. nak buat macam mana.. tidak sempat pun satu hari, aku sudah merindui nya.. jangan lah salah sangka.. antara saya dan dia, tiada apa-apa hubungan pun selain adik.. orang mesti pelik.. saya ni anak bongsu.. sejak bila ada adik.. tapi, satu hakikat yang perlu orang yang rapat dengan saya tahu, saya teringin adik sebenarnya.. bohong kalau siapa cakap tak nak adik.. walaupun saya ada abang dan kakak.. hubungan kami bertiga baik-baik saja.. mungkin, jarak umur antara saya dan mereka sangat jauh.. membuatkan saya lebih suka menyendiri dengan dunia ku.. abang dah berkahwin.. kakak pula sibuk akan kerjanya.. dan satu saat nanti, mereka bakal meninggalkan saya jauh.. sebab itu saya perlu akan seorang adik yang boleh membuatkan hidup saya ceria..



" jika kamu berasa sunyi.. maka dekatlah diri dengan sang penciptamu.. kerana dengan itu, kehidupan kamu bisa menjadi lebih tenang "

hakikat nya.. kita sebagai Islam, jika kita kesunyian, dekatkan lah diri Tuhan.. ya.. tidak saya nafikan itu.. namun, saya juga manusia.. dan manusia perlu akan sokongan dari orang yang terdekat.. ada yang berkata padaku, ' jiwang la hang ni ' ataupun ' jatuh hati dengan dia ek ' saya hanya mampu ketawa.. sejujurnya.. semua itu tidak langsung terlintas dalam hati saya.. saya menganggap N tak ubah macam adik saya sendiri.. sama banyak seperti saya sayangkan kawan-kawan saya.. mengapa saya mempunyai kekuatan untuk berkata begitu..? kerana saya mempunyai kekuatan dalam diri saya melaluinya.. seumur hidup saya, saya tak pernah cakap perkataan sayang dengan seikhlas hati saya kepada orang luar yang berlainan jantina dengan saya.. jujur saya katakan..  :'D




masih segar dalam fikiran saya, waktu dia masih bercuti.. sering kali beliau mengadu akan masalahnya.. hakikatnya, saya memang tidak dapat membantunya sedikit pun.. namun, saya cuba untuk memberi sedikit kekuatan saya kepadanya.. masalah itu, bisa kita selesaikan nya apabila kita bijak menangani nya.. sesungguhnya, dia masih ragu akan kekuatan yang ada pada dirinya.. saya tahu, dia seorang yang sangat tabah.. mungkin, lebih tabah dari saya.. kehidupan manusia itu banyak perbedaannya.. dan melalui pengalaman hidup itulah, kita mampu membawa diri kita.. kerna itu, saya hanya mampu memberi kata semangat supaya dia bisa mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya dengan bijak.. saya sama sekali tidak tertekan untuk memikirkan kata-kata yang terbaik untukku berikan padanya.. mengapa..? kerana saya sayang dia kerana Allah.. dan saya tak mahu beliau hanya pasrah sebelum berusaha..

" jika kamu ditimpa masalah, maka sebaik-baik tempat untuk mengadu ialah kepada Allah S.W.T.. mintalah kepada-Nya agar dipermudahkan segala urusan "

 sungguh saya merindui nya.. senyuman nya, kata-kata semangatnya, sifat manjanya, sifat penyayangnya, sifat ambil kisah dia, kedegilannya, rajuk dia.. semua tentang dirinya.. malam sebelum dia pulang, sememangnya dia tidak mahu tidur walaupun jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.. alasannya hanya mahu melepaskan rindu.. nampak sungguh sifat kebudakannya.. dia juga ada cakap yang dia nak habiskan 30 juzu' al-quran nya sebelum 5 mei ini.. alhamdulillah.. sejuk hati saya mendengar nya.. semoga Allah membantu dia dan permudahkan segala urusannya.. saya di sini hanya mampu berdoa..   



 " ya Allah.. Kau bantulah hamba-Mu itu dalam perjuangan menghabiskan 30 juzu kalam-Mu.. permudahkan segala urusannya dan kuatkan lah daya ingatannya.. sesungguhnya, dia ikhlas dalam memperjuangkan kalam suci-Mu "

semoga beliau dan keluarganya diperluaskan pintu rezeki dan sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu Tuhan.. Amin...
 


No comments:

Photobucket
Photobucket