Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 26 December 2011

Persiapan Last Minit...


Assalamualaikum...

apa yang last minit nya.. hmm.. persiapan nak ke PRINT.. perkhemahan international.. peserta PRINT seramai 12.. aku, jannah, syuhada, iffah, syafiqah nadhirah, khairul, yusuf, zul arief, amirul husni, wan muzakir, khair, dan aiman hafiz.. sebelum 2 hari nak bertolak, kami kena hadirkan diri ke sekolah untuk persiapan selanjutnya.. aku kena mai awal sebab mak hanya boleh hantar pagi sebelum pergi kerja.. aku pakat ngan syu nak mai awal la.. aku sampai sekolah dalam pukul 8 jugak la.. aku tengok ramai giler cikgu STAIL.. eh.. ada apa ni.. aku silap mai hari ka.. hmm.. aku call syu dulu.. call-call dengar suara syu pun macam baru bangun tidur.. tapi dia nak menafikannya.. biasa la.. orang kalau baru bangun dari tidur memang tak akan mengaku kalau dia baru bangun tidur.. malu barangkali.. huhu.. dalam dok call tu, iffah dah mai.. nasib aku la.. aku pun p la jemput ibu tunggal tuh.. (dalam FB mengata aku sangat..kat sini kau pulak kena iffah..huhu) mllm hisham suruh kami tunggu dulu kat surau.. guru-guru STAIL SMART ada meeting rupanya.. kami pun tunggu la.. tengok-tengok kami plak kena kemas surau.. hmm.. memang nak bagi pahala gila la kat kami.. hehe.. selepas itu mllmh sabarilah mai kat kami and bincang benda yang kami nak kena buat.. mllmh nak meeting lak pas ni.. so, kami ambil point apa yang kena buat ja.. syu dah mai.. aku pun keluar la..kami bincang la sat pasal keja yang kami nak kena buat.. dalam dok bincang tuh.. demgar bunyi lagu keroncong.. hah.. makna apa tu.. lapar la..!! maklum la.. pagi buta dah mai sekolah tanpa sarapan.. so, memang la lapaq..  masa tu, khairul ngan khair dah mai.. jadi kami bagi dulu kertas yang mllmh saba bagi kat depa.. buat bahan renungan.. kami p jalan-jalan cari makan naik kaki fly tasek gelugor.. kami singgah kismis jap.. beli barang nak buat pameran tuk PRINT.. pastu.. p beli nasi campur sebungkus ngan teh o ais 2 dan teh ais satu.. balik makan kat kantin.. haha.. nak tergelak plak sebab breakfast makan nasi campur.. pas makan tolong para mllmh angkat barang.. pastu baru la kami siap kan kerja kami.. akhirnya siap tiga barang untuk pameran.. gambar, carta organisasi dan kekuatan.. banin plak keja diorang cari buloh.. kami kaum hawa ni tak mampu la nak cari buloh.. buat persiapan dalamam ja.. cari bendera, sedia itu ini.. yang tu la keja kami.. jannah mai masa orang da habis buat kerja.. kaki aku pun dah lenguh sebab naik ke tingkat empat sebanyak 10 kali pusingan.. (lebih kot..) pas buat kerja memang da settle.. mllmh saba ngan mllm hisham bawak kami makan.. (free) yang tu yang habaq.. makan free.. hehe.. sedap la sebab masing-masing lapaq.. pas habis makan, kami pun balik sekolah dan siap-siap nak balik.. 



masa kat persimpangan dua jalan tuh.. aku buat perangai nak balik asrama.. ye la.. masing-masing plan nak tunggu kat bus top.. tapi aku nak explain kat mak susah sebab mak tak faham.. jadi aku pun buat-buat la nak p balik asrama.. sebenarnya saja ja.. nak tengok sapa yang nak ikut aku.. hehe.. aleh-aleh tengok syu yang ikut.. jannah ngan ifah tetap dengan satu pilihan nak tunggu kat bus top.. ala.. last sekali aku pun turut ikut jannah p bus top tapi lambat sikit la.. aku ingat nak bagi hadiah siap-siap kat syu tuk hari tua dia nanti.. tapi kat kedai sri menora tu tak best barang dia.. jadi cancel la.. aku hanya beli teh o ais dan minum kat bus stop.. aku kesian tengok jannah sebab bas dia tak mai g.. tapi sebelum aku balik tu, jannah dah balik.. alhamdulillah.. tak risau sangat.. aku balik pastu disusuli ngan syu.. bila balik, masing-masing keletihan.. nak tunggu lusa plak baru jumpa.. k

sekian, terima kasih..

Istikharah Cinta..



bersaksi cinta, di atas cinta.. dalam alunan tasbihku ini.. menerka hati yang tersembunyi.. berteman di malam sunyi penuh doa..

sebut nama Mu, terukir merdu.. tertulis dalam sajadah cinta.. tetapkan pilihan sebagai teman.. kekal abadi hingga akhir zaman..

istikharah cinta memanggilku.. memohon petunjuk Mu.. satu nama teman setia.. naluri ku berkata..


dipenantian luahan rasa.. teguh satu pilihan.. pemenuh separuh nafas ku.. dalam mahabbah rindu..

di istikharah cinta...

Thursday 15 December 2011

Melencong Bersama...


assalamualaikum..

hari ni.. 15 disember 2011.. kami yakni aku, jannah dan aisyah ditambah sorang lagi adik jannah, naim, keluar melencong ke queensbay.. huhu.. saja la.. jalan-jalan.. bukan nya beli apa pun.. target asal nak giant hypermarket ja.. tapi jannah last minit tukar plan nak p queensbay plak.. tapi ok la.. masa nak p, ayah jannah yang mai ambil aku dan tinggal kami kat satu perhentian bas.. katanya ada hal.. ok la tu.. jimat la sikit duit tambang..hehe.. masa sampai kat QB.. k. aisyah dahaga air pulak.. jadi kami pun singgah food court  dulu tuk beli air.. lepas minum kami terus pergi borders.. sebab nak beli buku kat ayah jannah.. hmm.. universal punya buku.. tajuk pasal apa ntah.. 


sementara jannah nak cari tu, aku ngan k. aisyah sembang la.. sambil sembang tu cari la jugak kerusi.. nak duduk, tapi takut plak ganggu orang tengah baca buku.. maklum la.. kami ni sembang, bukan nya berbisik.. kami ni amat memahami konsep hormat-menghormati.. hehe.. jannah dah jumpa buku tu, tapi tak sure jer lagi.. sementara tunggu ayah dia call.. ( maklum la.. kredit tak ada.. call-me-back je la mampu..) kami cari fiksyen bahasa melayu.. bukan tak nak cari buku bahasa inggeris.. kita ni sebagai warga malaysia yang sejati ni, kena la sokong bahasa kita kan.. ke mana nak tumpah nya kuah kalau tak ke nasi.. ada kena mengena ker..?


lepas dah merisik kabar berita masing-masing.. mula la perut pula berkeroncong.. apa lagi.. seruan food court sampai da.. tapi, kena stop dulu stop dulu keroncong tu.. seruan Allah lebih penting dari segalanya.. kami p solat dulu la.. pastu baru penuhi seruan makan.. kami hanya beli 2 sizzling yee mee.. kongsi..naku ngan jannah.. naim ngan k. aisyah.. naim yang tolong ambil 3 set sudu dan garfu.. satu lagi set copstick.. huh,.. naim berangan.. hehe.. tapi x kisah la.. kot memang dia reti guna.. tapi hampeh.. buat malu ja.. makan tangan kanan pegang satu copstick.. tangan kiri pun pegang copstick.. ingat macam pegang sudu ngan garfu ka, naim.. dah tu.. terbalik plak copstik tu.. aduyai naim.. tahu ke tidak guna copstick.. haha..



 lepas makan.. kitorg p mcdonald jap beli ais-krim kat sana.. aku ngan k. aisyah ambil sundae cornetto, jannah low sikit, sundae vanilla.. naim lak mcflurry milo.. sambil makan tu, k. syah n naim p beli kentang ngan burger.. nak makan kat tepi pantai satg.. huhu.. sebelum keluar tu.. p jalan sat.. ingat nak cari cenderamatahati.. tapi mahal sangat la plak.. jadi.. simpan je la RM50.00 tu.. p teman naim plak p toy r us.. nak tengok kereta control kata nya.. nak merisik kabar berita ja tuh.. hehe.. aku lak da lajak p sana.. tengok-tengok jer la mainan kat situ.. minat satu mainan ni.. yang ada kat situ anak ayam, arnab n penguin.. kena pusing kat tepi mainan tu, pastu letak kat lantai.. nanti dia jalan terkedek-kedek.. hahaha.. cute.. tapi tengok harga.. ya Allah.. satu RM10.00.. gila mahal.. ( hello cik adik.. tengok la kedai apa..) hehe..



lepas p toy r us.. kami keluar lepak kat tepi pantai tu lak.. sambil lepak makan burger k. syah sikit ngan kentang.. dan air pepsi ker coke.. ntah la.. lepas air dah habis.. aku ada suruh naim p beli air.. kat situ ada orang jual air.. tapi naim nak try lawak dia.. dia ambil bekas air tu, p ambil air laut yang masin tu.. memang nak kena la budak tu.. nak tes lawak dia.. kite layan jer la.. tapi yang pantang nya.. ada ker patut dia buang jer bekas air tu kat dalam laut.. bagus la.. kakak borek adik rintik.. hehe.. tak per.. naim kata,.. apa guna nya bayar incmtex kat kerajaan.. biar la kerajaan yang kutip sampah ni.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. jadi.. dari bahu penat memikul baik berat ja mata memandang.. amboi amboi ayat dia.. memang pergh gile.. guru BM mana ajar dia ni.. salah guna peribahasa.. aduyai.. naim..naim.. pas melepak tu, apa lagi.. balik la.. tunggu bas.. bas yang nak ke setia pear island tak nampak lagi.. hmm.. tunggu la.. masa tengah tunggu tu kan.. ada nampak bas sekolah budak cina.. masa budak-budak cina tu nak naik bas.. dengan teratur nya diorg beratur.. alahai.. tu budak cina tu.. kalau budak stail smart nak naik bas.. bukan wajib beratur.. tapi wajib berterabur.. huh.. kadang-kadang aku yang beratur ni pun kena tolak jadi yang paling las naik bas.. aduh.. nampak tak beza budak islam dan budak cina.. huh.. aku balik ngan kak last sekali sebab bas susah nak dapat.. jannah, naim n k.syah balik naik bas.. tapi aku ada kasi sikit duit tambang bas kat diorg.. ok la tu kan.. nak buat macam mana.. erat mata memandang berat lagi bahu memikul.. jadi.. dari bahu penat memikul baik berat ja mata memandang.. hehe..

k la.. sekian, terima kasih.. p/s.. jangan lah buang sampah merata-rata tempat.. dosa kecil tu.. yer la.. walaupun ada pemungut sampah yang akan mai kutip.. tapi, apa salah nya jadikan malaysia ni macam singapura.. bersih ja.. huhu..

Tuesday 13 December 2011

Segalanya Cinta..



Assalamualaikum...

lot of love.. love is cinta.. memang la.. kalau kita search kat google ker kat mana-mana tempat yang boleh seacrh.. kita selalu nampak tips cinta la, dan apa-apa je la pasal cinta.. kadang-kadang buka facebook.. ada ja pasal cinta.. bukan nya apa.. kalau cinta kepada sang pencipta nya tak kisah.. tulis la berjuta-juta pun.. tapi kalau pasal cinta yang merapu-rapan ni, er.. tak tahu la nak cakap apa.. cinta sebenarnya tak kejam.. tapi manusia itu sendiri yang kejam kerana salah menggunakan cinta pada landasan yang tidak betul.. 


kadang-kadang pelajar sekolah rendah tu pun dah bercouple.. memang la kecik-kecik tu kita tak tahu apa pun.. nak salah kan 100 % pun tak boleh juga.. dan sekarang pula sekolah menengah.. form 1 yang baru menjejakkan kaki ke alam remaja itu juga mula belajar bercinta..aduyai.. kalau dah sekolah menengah dah, tu atas pemikiran masing-masing tuk protect diri.. maklum la.. orang selalu kata.. zaman yang paling banyak syaitan nak goda zaman remaja la.. tahap paling banyak dugaan masa form 3.. pada pendapat saya la.. bila tengok orang bercinta.. memang la kita pun akan rasa ' nak juga bercinta.. tengok pakwe dia caring gila pasal dia.. bagi hadiah.. aku..? ' kalau ada yang fikir macam tu.. cepat-cepat la istighfar.. sebab masa tu syaitan nak merisik tu.. supaya kita juga tergolong dengan mereka.. 



kalau kita jatuh cinta macam mana pulak..??  memang.. cinta tu akan datang sepertimana datang nya mati menjemput kita.. memang kita tak tahu bila datang nya cinta.. tapi, jika cinta itu datang pada umur kita yang masih muda.. seeloknya, kita pendamkan saja dulu cinta tu.. tak perlu di luah kepada si dia.. mana boleh.. kalau pendam ja nanti makan diri.. ^__^ tahu tak.. sebaik-sebaik jihad adalah yang dapat mengawal nafsu nya.. biar kan kita mati dalam keadaan macam tu.. sebab kita mati dalam jihad.. kita dapat kalah kan nafsu kita.. bukan senang nak tundukkan nafsu kita..


cinta Allah adalah cinta yang abadi.. jangan lah kerana cinta tergadai sebuah maruah yang termahal dalam diri kita wahai wanita.. simpan lah rasa cinta kita untuk pemilik tulang rusuk kita.. adakah kita mahu memberikan cinta yang pernah kita kongsikan dengan orang lain itu dengan insan yang halal bagi kita..? oleh itu.. jagalah hati kita agar sentiasa terpelihara..


ya Allah.. sekiranya aku jatuh cinta.. maka jatuh kan lah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu.. agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..
amin...

Last Day...



Assalamualaikum...

hari ni 13 disember 2011.. tarikh keramat bagi yang menduduki exam spm kat sekolah aku la.. fuh.. konfem merdeka gila.. ye la.. mencapai satu matlamat.. iaitu.. AKU DAH HABIS SEKOLAH..!! huhu.. best la.. dah habis exam.. tapi tunggu plak masa nak mai rezak nya.. terketaq lutut plak masa tu.. lepas exam spm.. ramai yang dengar kabar nak kerja.. cari duit poket.. article kali ni pun atas permintaan seorang hamba Allah yang comel.. nama..? er.. tak payah la.. dia minta tak disebut nama.. dia juga kata dia tak minat populariti ni.. so, saya tak sebut la nama dia.. harap puas la hati dia kot.. hehe.. dia ni, merangkap kawan yang paling lama dan paling fes masa aku form 1 lagi.. sampai la sekarang.. ciri-ciri dia..? hurm.. nak kata baik.. boleh la.. ramai adik angkat.. tak tau mana satu nak meneka.. kalau ada budak baru ja.. ha.. mula la nak merisik kabar berita.. tu la dia.. tak dak keja sikit.. satu ja kadang-kadang nek nyampah gak ngan dia ni.. suka tanya soklan 'nanti lepas aku pindah, ang nak kawan ngan aku lagi dak..?' aku ni sampai tak larat nak jawab.. huhu..


nampak tak gambar apa kat atas tu..? mesti la nampak.. bukan nya rabun pun.. walaupun da habis spm.. jangan la terlalu happy ek.. sebab destinasi kita bukan setakat sampai spm jer.. lambaian IPT da melambai.. hope kamu masuk univesiti ker atau institut pengajian kat mana-mana ka..belajar la sampai jadi macam kat atas tu.. jangan risau.. saya kat sini still akan doa kan kamu.. dengan harapan berjaya dunia akhirat.. kerja kita sebagai manusia ni tak pernah berhenti walaupun sesaat.. jadi.. bekerja lah tuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan kepada sang pencipta.. yang tu ja ek..

sekian, terima kasih.. p/s: penat mengayat... huhu.. papa pun.. kamu.. friend forever.. sampai akhirat..


Monday 12 December 2011

Kami Budak Baik...^__^


assalamualaikum..

ni atas permintaan seorang budak kecik.. huhu.. jangan marah ek syuhada.. dia nak satu article yang ada pasal dia.. jadi saya mengambil peluang nak cerita pasal ni la.. seperti tajuk di atas..

nampak gambar kat atas tu..? mesti la nampak.. tanya lagi kan.. huhu.. gambar tu di buat oleh komputer.. yang mengawal tetikus nya tu nurjannah la.. saja kot.. cantik jugak.. tu classmate aku.. untuk tahun ni.. yang nak cerita nya.. 4 orang ja.. hehe.. 2 lagi p mana..? ada.. tapi nak cerita yang 4 ni ja.. hehe.. sebab kami ni da harungi banyak rintangan.. selalu kena marah, kutuk, orang kata kat belakang, orang syak wasangka, tuduh itu ini.. hah.. tu la.. bila kita bersabar.. memang indah..



bertemu dan berpisah kerana Allah.. memang akan jadi indah.. saling melengkapi.. saling menegur.. saling membantu.. agar sama-sama cemerlang di dunia dan akhirat.. hmm.. masing-masing makin matang dalam pemikiran.. dan masing-masing berkehendak untuk berubah.. alhamdulillah.. memang seronok jika orang berlapang dada dalam menerima teguan.. huhu..



ni nur syuhada' zahar.. dia ni kalau boleh semua nak international ja.. huhu.. baru-baru ni, dia menagis tersedu-sedan.. maklum la.. insan 'tut tut' dah fly ke sana.. dia ni.. kalau kami lambat solat.. dia la yang tolong jadi azan kedua selepas muazin kat masjid n surau.. haha.. tu la yang best nyer..




yang ni plak nurjannah.. suka merendah diri sangat.. suka kata yang diri tu tak layak la.. macam-macam.. diri kita ni memang tak perfect.. ada cacat cela.. kita hanya mampu lakukan yang terbaik agar diri kita ni sentiasa terbaik.. jika kita mahukan satu revolusi.. maka kita lah mesti memulakannya.. betul..??



yang ni pulak nurul afiqah.. dia ni suka didik.. cepat hilang sabar.. kalau dia tengah marah.. cepat-cepat dok depan dia n say.. afii.. diam jer.. so, dia akan lembut..huhu.. dia ni jugak pantang kalau orang nak tegur tapi naik kan suara.. sat g terpelantin plak milo.. huhu.. kalau nak tegur dia.. kena slow talk.. 

itu la mereka yang aku sayang lillahi ta'ala.. walaupun ada serba-serbi yang tak kena ngan diorg.. aku tahu.. serba-serbi itu sebenarnya boleh diubah.. 

ketahui lah.. buah yang rosak ditebuk ulat itu pun, masih boleh di makan jika kita membuang tempat yang ditebuk itu.. kalau semua budak baik hanya berkawan dengan budak baik tetapi menghirau kan budak jahat.. persoalan nya di manakah tanggungjawab anda untuk membimbing budak jahat ini.. dan budak jahat pula akan berkata.. budak baik benci nak kawan ngan budak jahat.. jadi, aku pun benci nak kawan ngan budak baik.. nampak tak..? renung-renung kan.. untuk saya dan anda semua..

Sabar itu Indah...

nak bina batu mcm kat atas ni mmerlukan ksabarn..klau x, x jd la cm kt atas ni..

assalamualaikum.. 

hari ni tajuk "SABAR.." 
apa itu sabar..? masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.. sabar itu indah.. nak tahu macam mana indah nya sabar..? hmm.. tak boleh nak digambar kan dengan kata-kata.. adakalanya kita ni cepat melenting, panas baran la, dan macam-macam lagi sifat yang bersangkut paut dengan marah.. pernahkah anda mendengar sesiapa sahaja ataupun diri kita mengungkap kan ayat seperti ini.. "argh.. tak kira.. sabar aku pun ada had nya juga.. ada tahap.. dulu aku boleh sabar.. tapi sekarang sabar aku dah habis..!! " pernah tak anda mendengar ayat seperti ini..? jika tidak.. alhamdulillah.. anda memang penyabar.. jika ada.. mari kita renungkan bersama..

jika satu hari adik kita jatuh longkang.. kita pergi ke arah nya dan berkata :  sabar yer, adik.. adik kita tersenyum..
jika satu hari kucing jiran kita mati dilanggar kereta.. kita berkata :  sabar yer, mak cik..separuh iman tu.. jiran kita itu tersenyum..

TAPI...

 jika kita sendiri ditipu hidup-hidup oleh kawan baik kita sendiri.. orang lain pula akan berkata : sabar yer, awak.. tapi kita tidak senyum, malah kita melenting pula.. argh.. sabar aku ada had nya.. dia tipu aku hidup-hidup kau suruh aku sabar lagi..

eh.. kenapa jadi macam ni pula..? bukan kah kita sendiri selalu cakap.. 




 sabar itu separuh iman.. tapi kenapa kita pula yang cepat melatah..? sebenarnya.. marah itu mudah sangat.. dan sabar tu pula indah.. lagi pun.. buat apa la nak marah-marah ni kan.. bila kita maah, sel dalam badan kita akan bertindak balas dan akan menyebabkan muka kita ni ada garisan halus.. (cepat tua..) bila kita hilang sabar.. cuba kita renung seketika.. pada zaman nabi muhammad.. ketika nabi berdakwah ke sana sini.. tak naik kapal terbang pun atau transpot.. lepas tu, berdakwah kat sekalian umat, dakwah nabi tu pulak tak semua diterima baik.. malah ada yang sanggup baling batu lagi kat nabi.. ada ke nabi hilang sabar dan marah.. malah, nabi siap berdoa lagi.. ya Allah.. Kau beri kan lah hidayah kepada mereka.. tengok.. itu lah indah nya sabar.. cuba bayang kan kalau la nabi give up sebab hilang sabar dakwah nya selalu ditolak.. agak-agaknya.. kita ni Islam ker..?? renungkan lah.. untuk diri saya dan anda semua.. ingat...!! sabar itu indah.. tak kira dalam apa jua situasi.. ^__^

sekian, terima kasih..

Sunday 11 December 2011

Workshop Hafazan...!!

gambar ni dari FB ayah harryzan..curi sat..huhu..


Assalamualaikum...

tut tut..tut tut.. (bunyi mesej la) kemarin dapat satu mesej dari umi saliza.. dia ada tanya aku n afiqah samada nak pegi ker tak bengkel hafazan tu kat an-nahdhoh, penanti.. kalau nak p RM25.00.. terdetik gak kat hati nak p.. tapi jap.. nak tanya afi dulu.. tanya dia, dia pun kata nak p gak sebab boring kat rumah.. jadi... ok.. set la.. nak tanya mak plak.. mak also bagi punya.. tapi tu la.. transpot nak pegi tu la.. mak nak hantar pun, rombonganpahang nak mai.. kalau ikut perancangan la.. jadi, aku try la slow talk ngan umi.. tut tut.. eh.. umi kata nak mai amik.. wow.. jadi la plan.. terus aku kata.. ok la umi.. jadi.. n afiqah pun umi ngan ayah mai amik.. esok tu, umi kol kata umi dah bertolak dari tol sungai dua.. umi tanya jalan mana yang dekat sikit.. aku tak tahu sikit nak explain.. so aku bagi mak aku cakap la.. mak bagi la klu.. lepas habis cakap tu.. mak kata.. kesian kat umi tu dari sungai dua nak mai sini.. mak soh aku gtaw kata nanti mak p hantar kat masjid bertam la.. kesian.. abah pun cakap macam tu gak.. aku tak leh nak kata apa.. jadi aku kol n bagi mak cakap.. cakap punya cakap.. umi nak mai amik jugak.. hmm.. nak buat macam mana kan.. umi ngan ayah sampai rumah dalam pukul 7.46.. hmm.. area tu la.. aku ingat pas amik aku terus ambil afiqah.. tapi ambil sorang budak laki n anak-anak umi plak.. pastu hantar kami kat dewan tu pastu baru ayah ambil afiqah plak.. huhu.. macam mana bengkel tu..?? hmm.. ok.. tapi aku setuju jugak apa yang umi cakap dalam kereta masa nak balik tu.. kalau untuk sekolah rendah yang menghafal memang elok la guna cara tu.. tapi kalau sekolah menengah, diorg ada cara tersendiri nak menghafal macam mana kan.. tapi kaedah yang di ajar tu memang ok pun.. fes, dia ada buat amali.. ada maksud kata-kata arab tu, dia terjemahkan dalam bahasa malaysia.. jadi dalam bahasa malaysia tu, dia suruh hafal ikut kaedah yang dia bagi.. bila dah boleh.. angkat tangan.. aku sebenarnya boleh ja.. tapi, malas nak angkat.. ada sorang pak cik tu try hafal serangkap kot.. boleh hafal.. semua peserta kat situ tengok belakang.. masa nak tengok depan balik tu.. aku terperasan sorg budak laki ni.. dari pandangan sisi.. eh.. macam aku kenal ja.. macam khairul pun ada.. tengok belakang plak.. eh.. faezin ngan hakeem.. hmm.. sah la depa 3 orang join sekali.. huhu.. pendek cerita.. program dia best jugak la.. masa makan tu.. memang tak tahan nak gelak.. ye la.. sapa tak kenal afiqah.. buat lawak bodo jer tahu.. sampai nak makan pun.. aduyai.. macam nak tersembur ja.. huhu.. sebelum hantar afiqah balik..(maklum la.. orang paling dekat kena hantar dulu la..hehe) kami p makan dulu kat mana ntah.. tapi kulim laa.. pastu baru hantar afiqah.. sampai rumah dia, fam dia naka keluar jap.. masa tu ada perjumpaan ibu bapa mithali jap.. lama gak la.. pastu baru send aku balik sungai petani.. huhu.. lama jugak la perjalanan.. tapi best la.. yuran pun free sebab umi ngan ayah tolong bayar.. jazakillah wa jazakallahu khairan jaza'... semoga Allah sahaja yang mampu membalas baik budi umi dan ayah...



sekian, terima kasih...

Saturday 10 December 2011

Pertunangan...

hiasan semata-mata...

Assalamualaikum...

 oh yaa.. jangan salah sangka.. bukan siti aishah ebnil hajar yang bertunang yer.. abang saya.. muhd ridzwan.. hmm.. gambar yang kat atas tu pun bukan gambar dia pun.. hiasan ja tak nak bagi post ni kosong kan.. kali ni abang saya cari yang jauh pulak.. pahang.. pergh.. memang best gila ar.. aku pernah saran kan kak.. " kak.. lepas ni cari orang johor ek.." kak aku geleng kepala ja.. hmm.. tapi kak aku jawab.. " tak mau la johor.. kak nak cari sabah sarawak plak.. lagi jauh.." haha.. tah apa-apa la kak aku tu.. tapi tu la.. tak kisah pun orang mana tapi.... nak bawa hantaran nyer tu.. kos nak pegi n balik tuh.. aduyai.. susah jugak tu.. masa kitorang on the way nak merisik bunga pahang tu.. banyak gila cabaran nya.. tu la orang cakap.. nak sunting bunga di taman, bukan nya senang.. banyak risiko.. kalau aku la nanti.. orang nak mai minang kan.. tak nak la stay kat sngai petani ni.. senang sangat nak cari jalan.. nak stay kat johor.. kalau boleh pendalaman yang atas bukit tu.. ( merapu dah..) huhu.. tak de ar.. rombongan kami ni sikit ja.. 2 keta.. satu myvi satu saga.. satu keta 5 orang.. makna nya 10 la semua.. perjalanan ke sana.. ya rabbi.. aku sanggop naik roller coaster 2 jam.. dari aku jalan kat jalan pahang tu.. berpusing-pusing.. berbelit-belit.. huh.. telinga ni dah bengang.. 8 jam kot nak sampai hotel.. pastu nak bertolak p rumah bakal tunang abang aku tu plak.. berapa jam haa..?? tak ingat.. ringkasan cerita nya.. majlis tu ok la.. tunang abang aku a.k.a bakal kak ipar ak tu, comel la.. kamariah nama nya.. hehe.. masa fes aku tengok nama dia.. aku ingat nama kawan mak aku.. tapi.. eh..eh..eh.. mak kata tu dek wan punya.. huhu.. sory la.. celopar sikit.. anyway.. kami hantar 7 dulang, dibalas pun 7..kot.. wang hantaran tunang RM1000.00 beserta 2 bentuk cincin.. time balik plak.. kitorang singgah dulu cameron.. pastu baru balik.. 
k la.. sekian, terima kasih..

Friday 9 December 2011

Fasi @ Kem Hafazan 2011...

hmm..rindu kat diorg ni..rindu sgt2...!!!

Assalamualaikum...

hmm.. bila teringat kem ni.. argh.. seribu satu kenangan.. best sangat masa ni.. sweet memory kot dalam tahun ni.. bukan nya apa.. walaupun aku ngan jannah satu-satu nya dapat anak buah laki, dan semua tu plak nakal-nakal.. tapi diorang still respect us la.. not bad.. masa fes ustaz nak bahagi kumpulan tu.. ingat sorang fasi satu kumpulan.. tapi tak.. aku dapat ngan jannah.. syu dapat ngan alifah... salwa dapat ngan mlmh.. faezin dapat ngan hafizdeen.. taufiqa ja sorang.. yang sorang tu abg fahmi n abg amsyar.. kem kom dia.. macam biasa la.. abg akmal.. abg ker diorg tu.. hehe.. aku dapat kumpulan banin.. under 12 la.. kalau dapat yang 13 14 tu.. alamat tak jadi kerja la kot.. huhu.. taaruf start pukul 3.. aku la yang nak kena awal.. nak harap jannah.. zzzzzz kat asrama.. so, aku la yang kena first.. aku tak terus kenal kan nama.. tapi aku suruh diorang pilih nama kumpulan dulu.. ketua dah pilih.. so nama plak la kan.. secepat sepantas sekilat seguruh cepatnya dirang bincang.. AL-INSAN.. hmm.. bagus.. kerjasama.. ok.. lepas tu baru taaruf.. nama kak siti aishah ebnil hajar.. budak-budak bagi respo.. tawu apa respon nya.. haaaa..?? tak dengar la ustazah.. tepuk dahi aku.. nama kak siti aishah ebnil hajar.. haa.. baru dengar.. seterus nya tu ada la soalan yang diorang tanya.. lepas habis turn aku.. sampai la turn anak buah aku pulak.. (sila rujuk gambar untuk mengetahui nama..) ketua kumpulan.. azam..(yg pkai spek) syazwan..(yg gelap skit tu sebelah nabil) adli..(yg pegang keychain) haziq..(sebelah syazwan yg mata kuyu tu) iman.. (sebelah aku) nabil..(yg ada nametag nabil) dan hafiz..(blkang n sbelah iman)... itu la susunan halaqah kitorang.. tak lama lepas tu jannah plak mai.. jannah plak taaruf.. lepas taaruf, aku tengok semua group baca al-quran.. tapi group kami ja yang sibuk buat lambang.. huhu.. ikut jadual la katakan.. tapi tak lama tu kami pun baca jugak al-quran sebab diorang sehari target kena habis 13 ayat.. kalau tak kena la dengan kem kom.. kalau ustz or mlmh wardah ok lagi.. besa la.. kem kom.. macam king kong la.. huhu.. kalau nak citer satu persatu memang la tak habis kan.. so, aku citer part yang bes ja.. part yang bes masa nigth walk.. huhu.. tapi aku tak bawak la kumpulan aku.. aku bawa kumpulan syu.. diorang kena tutup mata.. jadi, kami kena bawak diorang pusing 1 taman.. eh.. silap area depan pintu pagar tu ja.. tak boleh jauh.. tapi aku bawak pusing sat kat tepi bas tu.. kadang-kadang kalau ada bonggol ke apa.. saja la x nak g taw.. nak bagi diorang jatuh.. haha.. tapi aku ok la lagi.. kumpulan taufiq lagi seksa.. sampai bawah bas dia soh jalan.. kadang-kadang aku tipu sikit.. memang kena tipu pun.. kem kom suruh.. bila masa saat nya nak habis time, aku bawak kumpulan tuh dok kat padang.. n tarik sorang-sorang.. nak tengok ukhwah ke x.. paling bes bila semua dah kumpul.. time nak kacau la.. kem kom simbah air.. aku amik lalang kacau muka diorang.. bila time kumpulan aku lagi la bes nak kacau.. mula-mula tercakap sat.. diorang pelek.. diorang kata macam kenal suara.. maklum la.. aku tinggal diorang  jap sehari semalam.. sebab abang bertunang.. tu yang depa pelek.. nak kata k. aisha.. dia bukan nya balik ka..? eh.. tapi aku rasa k.aisha la.. aku nak tergelak jugak.. hmm.. satu lagi aktiviti yang bes.. buat donat.. hee.. dengan selut kat muka.. diorang buat donat.. agak rasa apa la.. dolat..donat + selut..huhu.. gambar dalam nset syu..sayang nyer.. huhu.. donat kumpulan aku.. ok la.. keras sikit.. dan alhamdulilah.. tak rasa selut.. masa time makan tu, aku belanja diorng kentang goreng.. saja la.. sebab petang tu fly p kedai kat simpang jalan tu.. masa last program tu.. aku sorang ja fasi perempuan yang sempat bergambar ngan anak buah n peserta prempuan.. bertuah nya.. huhu.. masa nak berpisah tu.. hmm.. sedih nya.. tapi sempat la berkumpul n bagi keychain sorang satu n coklat.. masa p cameron teringat la kat diorang.. tu yang beli.. apa apa pun.. rindu sangat kat diorang... tambah-tambah kat azam, nabil, haziq n hafiz.. huhu.. oh ya.. kelebihan menjadi fasi.. : boleh mai sesuka hati.. boleh makan sesuka hati.. ok.. itu saja.. oh.. gaji yang aku dapat.. RM 175.00

sekian, terima kasih..

Thursday 8 December 2011

Watikah Perlantikan..!!



Assalamualaikum...

tau sijil apa kat atas tu dan sapa punya..?  mesti la saya punya.. tengok spek mata tu cukup la.. huhu.. yang hijau tu sijil nadwah.. yang satu lagi tu sijil penghargaan pengawas.. hari ni nak cerita tentang watikah perlantikan.. jadi apa..?? bukan pengawas la.. sebab memang pengawas pun.. tapi.. penolong ketua pengawas.. haha.. memang impian pun dari dulu.. tunggu time dia ja bila nak mai.. lagi pun.. aku satu-satu nya pengawas banat dalam smart 4.. so.. ramai dah la yang detect memang aku akan jadi pun.. bes juagak la.. hehe.. bukan bangga ka apa.. aku jez gambar kan apa yang hati aku rasa.. tapi takut.. takut sebab tak boleh nak pikul dengan sempurna..seperti dalam surah as-saff ayat 14.. tafsiran nya ( yang aku belajar kat nadwah la) Allah akan membantu hambanya dalam melakukan sesuatu yang tidak mungkin asal kan hambanya itu berniat melakukan  sesuatu ke jalan-Nya.. so, di sebabkan ayat tu.. aku jadi yakin.. kalau kita fikir.. eh.. aku tak cukup bagus la nak pikul.. eh.. aku tak ready lagi la.. habis tu.. sampai bila kita nak bagus.. sampai bila kita nak ready kan.. kita kena yakin bahawa aku adalah pembawa sinar yang baru... hehe.. pandai la bermadah aku ni.. k la.. yang tu ja.. 

sekian, terima kasih.. kerana sudi luang tuk baca ek.. jazakillahu / jazakallahu khairan

Keluarga Angkat..!!

  
assalamualaikum...!!

ni sambungan dari cerita teluk bahang tu.. haa.. apa kaitan nya..?? lepasa habis program kat teluk bahang tu, kami bertolak ke pejabat ikram penang kat seberang jaya.. kami kena berkumpul kat sana sebab ada aktiviti terakhir iaitu keluarga angkat.. oh ya.. sebelum p pejabat ikram tu, kami singgah dulu kat masjid terapung.. kat situ posing jugak la.. huhu.. cantik sangat pemandangan kat situ.. afiqah tak lepas kan peluang.. kamera kat tangan dia.. hmm.. apa lagi.. ambil gambar la.. ada satu gambar tu dia amik.. kalau tak silap gambar bunga.. mlmh gee puji dia sebab cantik sangat gambar tu.. pandai dia amik gambar.. berbalik tajuk asal.. pabila sampai ja kat sana.. kami ada pengisian sikit.. lepas pengisisan baru pembahagian keluarga angkat.. masa nak umum tu memang berharap dapat umi saliza.. tah la kenapa.. sebab open ngan dia.. yang jannah lak takut.. sebab..? tah jugak.. bila masa umum tu.. waa.. hati ni.. sebesar bunga reflesia.. rasa nya besar lagi kot..huhu.. masa ustaz nak bagi senarai nama tu an.. ustaz sedih.. masa nak berpisah tu pun..alahai..sodih nye tengok ustaz yang menahan sebak.. masa ambil gambar pun ustaz tak senyum.. sampai la jannah ka salwa tah yang kata.. "ustaz..senyum la sikit.." haa.. baru la nak senyum..huhu.. sebelum nak berangkat pulang tu.. kami salam mllmh wardah dulu dan sembang ngan ustaz sat.. pastu salam budak-budak ni.. pastu baru la berangkat.. kami dapat umi saliza ngan ayah harryzan.. so kami kena ikut diorang la.. dalam keta tu kami taaruf dulu.. sebelum nak sampai ke destinasi kan.. rumah dia kat permatang pauh... tapi jalan yang lalu tu bukan jalan nak p permatang pauh.. tapi nak p sungai petani.. aku tnya la syu, kita nak p mana.. syu kata.. rfc.. eh..


bila sampai destinasi.. wow.. biar betul ni.. aku mimpi ka.. kami tak terus masuk makan.. tapi kami solat maghrib dulu.. after pray.. baru la time to eat kan.. umi p tempah dulu..sementara ayah, umi kata ada hal sikit.. hal apa tuh..? sibuk jer aku ni.. huhu.. lepas semua nya siap ditempah.. makanan pun terhidang dah.. mataku membulat.. subhanallah.. banyak nya.. sapa nak makan g ni..? kami semua terkejut.. banyak jugak la makanan.. sate, wedges, ayam, bandeto pocket ( ni yg kfc pnya.. tp ala-ala la..sbb x tau nma dia..huhu ), kentang goreng, kentang putar, goslow.. yang tu ja kot rasanya.. hmm.. masa makan tu kami ada jugak tanya kat umi.. mana ayah umi...? umi jawab ada hal sikit.. makan la dulu..nanti ayah mai.. tak lama sikit tu ayah mai.. haaa.. panjang umur..hehe.. ayah pun mai join sekali.. afrah ada pekerja rfc tu nak main sat ngan dia.. lepas habis selesai semua tu.. kami ingat umi ngan ayah nak bawa kitorang balik rumah dia.. tengok-tengok umi kata.. malam ni kita tido hotel naa.. nga alif nga alif = nganga.. biar betul umi ngan ayah ni.. aku dah la fes time nak tido hotel ni.. huhu.. buka-buka ja pintu hotel el-zahra a.k.a hotel HPA tu.. subhanallah..wow.. fantastik.. haha.. welcome to turkey.. hehe.. hotel tu buat ala-ala turkey.. cantik giler r.. tangga dia pun.. hmm.. berkilau-kilau.. ni rupa nya urusan ayah ek masa kat rfc tu.. patut la pelek.. kalau ada urusan tak kan jalan kaki jer.. huhu.. time to see our room.. pintu n tombol pintu dia pun da cantik.. macam mana la dalam nya pulak.. bilik umi ngan ayah sebelah ja.. buka pintu bilik... bismillahirrahmanirrahim... fuh... wow... cantik nya.. kami tak sentuh lagi pun barang kat dalam bilik tu.. kami posing dulu.. ops.. maklum la.. perak semua.. huhu.. tapi memang cantik sangat la.. posing punya posing sampai kat atas katil pun nak posing.. macam gambar kat bawah ni..



aiseh.. ni tak la ayu sangat.. kalau nak dibandingkan ngan alifah.. pergh.. lagi la ayu budak tu.. dia posing macam pengantin kot.. haha.. cantik kan.. tu nasib baik bilik air dia kami x posing sekali.. haha.. bilik air dia pun cantik gak.. argh.. semua nya cantik la.. yang fes merasmikan bilik air tu afiqah la.. dia gila exited nya.. huhu.. yang tido atas katil aku, jannah n afi.. yang kat bawah syu, alifah n salwaa.. huhu.. umi ngan ayah keluar sat sebab ada hal.. masa tu plak, diorang ada kol hotel nak minta selimut extra.. semua charge dia RM9.00.. bayar je la.. mula tu inform jugak la kat umi.. umi kata tak pa.. ambik ja.. nanti umi bayaq.. yang tukang ambil nya syu la.. tawu sebab pa.. sebab laki tu handsome.. hahaha.. saja ja tu.. sebab syu sorang da lengkap ngan pakaian yang ok.. huhu.. esok hari nya plak tu, awal-awal pagi dah makan rfc.. ( yang semalam punya la. bungkus bawa balik sebab tak habis.. ) umi kol pagi tu.. kumpul semua baju sebab nak dobi.. kami kata tak payah la umi.. segan.. umi kata.. la.. tak pa.. nanti senang sikit.. hampa lepas ni pun ada kem lagi kan.. tak payah susah-susah nak basuh.. huhu.. alhamdulillah.. orang kata rezeki jangan di tolak.. jadi kami pun.. boh ja semua baju yang tak basuh g.. masa boh tu tak malu.. masa nak bawa turun tu.. ya Allah.. malu ya amat.. 2 beg plastik besar tu.. sedikit malu la.. lepas tinggal baju-baju tu.. kami p breakfast dulu kat sebelah hotel.. kedai HPA jugak..masa time amik makanan tu ok la.. masa time order minum tu.. umi tanya.. aishah nak minum jus apa..? eh.. pagi-pagi buta minum jus.. biar betul.. aduyai.. aku tak order jus.. segan g.. aku order teh o ais.. sory la.. air tu tak ada.. eh.. pulak.. lupa la.. ni kedai HPA.. tak pe la.. air teh susu ais.. ada la.. teh manjakani.. teh yang aku suka bawa masa form 2 dulu tu.. lepas makan semua.. destinasi seterus nya is.. cari ubat tuk syuhada.. semalam masa makan tu, syu sorang ja yang minum teh herba.. sebab dia batuk.. dia tak lalu.. ayah nak order plak air suam.. salwa pun kena jugak sebab dia batuk.. last sekali ayah tempah 6 cawan terus.. sebab semua batu.. sebenar nya kami kecuali salwa dan syu bukan batuk tapi tersedak ja.. sebab afiqah buat lawak apa ntah.. memang tak tahan ngan afi.. lepas cari ubat tuk syu.. kami terus p ke muzium arkeologi lembah bujang..  yang bes nya kat situ bukan muzium nya.. tapi air terjun nya.. huhu.. rasa macam nak p mandi ja.. tapi kami boleh posing ja.. kat dalam muzium tu,.. kami semat posing jugak.. ada satu gambar tu semua ada sekali ngan ayah.. tapi sayang.. gambar tu ayah kata kena jangkitan virus.. huhu.. x pe la.. sebelum kami balik.. kami posing buat kali terakhir..



tu bukan gambar terakhir la.. gambar terakhir nya.. ni yang kat bawah ni.. huhu.. lepas balik dari muzium tu.. ayah bergegas check out hotel dan p solat jumaat.. kami kemas barang dan tunggu kat surau hotel.. aku, alifah ngan afiqah solat berjemaah ngan umi.. yang lain tu tolong jaga afrah.. lepas solat.. kami p alagoda.. haha.. pelek kan.. afi la.. orang alamoda dia alagoda.. huhu.. kat situ umi beli baju sikit ngn salwa.. kami yang lain tak beli apa pun.. lepas habis beli belah tu, aku tengok ayah dah angkat beg.. aku p tolong angkat yang selebih nya.. hmm.. baju dobi..?? pergh.. wangi giler.. huhu.. desinasi seterus nya balik la.. tapi kami p hantar afiqah dulu.. rumah dia, hmm.. mau tau r.. cantik giler.. pas hantar afiqah.. kami p makan.. masa makan tu alifah kot tempah epal susu.. ayah pelek la.. ada ka air tu.. kami kata ada ja.. ayah nak try rasa.. huhu.. tapi air yang kedai tu buat tak sedap sangat sebab susu banyak.. masa makan tu jugak umi ambil nombor telefon kami.. ayah plak bagi kad.. ok la tu kan.. bila sampai asrama dah.. sob sob sob.. sedih nya nak tinggal umi ngn ayah ngan afrah.. hhaaaaa... tak tau kenapa...



tu la kenangan paling manis tuk tahun 2011.. bes memory ever in my life.. with umi saliza n ayah harryzan.. we will miss u.. my adopt family..

Monday 5 December 2011

Teluk Bahang...!!

ni la chalet kitorang..

assalamualaikum....

ni sebenarnya aktiviti dalam kem mahabbah smart.. masa mula nya kem tu kat dewan lama stail.. hari keempat tu destinasi kami kat teluk bahang.. bes sangat dapat mai kat sini.. kami bertolak pukul lapan pagi dari stail ambil banat dulu, lepas tu  terus p masjid nyiur sebatang ambil pelajar banin plak.. pastu baru teros menuju ke teluk bahang.. perjalanan dia tak lama sangat la.. sampai ja kat teluk bahang.. da nampak pantai.. wow.. subhanallah.. cantik.. chalet kami pun berhadapan dengan pantai.. hmm.. pergh la.. pagi tu kami ada jungle trekking.. lokasi nya di taman negara pulau pinang.. masa fes perjalanan tu tak la penat sebab ada jalan tar.. lama sikit tu baru panjat..bes jalan masa tiba kat jambatan yang tergantung tu.. naik atas tu bergoyang sakan la.. sebab ada yang tolong goyangkan..huhu..riuh masa tu.. perjalanan kami lama jugak la.. hampir 5 jam ke atas kot.. ntah la.. tak sure..

cadangan..lepas ni boh esklator plak ek

nampak gambar kat atas ni.. haa..cam ni la jungle trekking kami.. aku actually tak kisah ngat nak naik tinggi mana pun.. satu jayang aku tak suka, tangga yang banyak.. masa nak p pantai kerachut tu..ok.. hak nak balik tuuu.. ya Allah.. bes giler.. masa nak balik tu, fes-fes da kena panjat tangga.. tu yang tak larat giler sampai semput pun ada.. tambah plak orang yang bawa banat ni tak berhenti sangat.. berhenti memang ada, tapi kejap ja.. jalan punya jalan..akhirnya destinasi kami sampai jugak.. pantai kerachut..!!!



pantai kerachut..


see.. cantik tak.. subhanallah.. cantik.. rasa macam tak sia-sia lenguh kaki segala.. pasir dia pun best.. jalan ja tenggelam kaki.. padang pasir ker ni..? huhu.. kami solat n makan tengah hari kat sini.. tempat ni dikatakan tempat para penyu datang untuk melawat tapak untuk bertelur.. kalau tak silap la.. lepas solat dan makan semua.. tiba la time yang aku tunggu gila.. main air.. haha.. tapi sayang nya sebab tak boleh nak main sangat sebab kami pakai stokin.. banin kat sebelah tu ja.. so, tak puas.. tapi ok la.. lepas main semua tu, tiba masa tuk  balik plak.. haa..lenguh kaki gila..masa dah sampai kat pintu utama dia.. haah.. rasa macam baru turun dari bulan ja.. haha..


jeti ni la mancing dan feeling..

malam tu pula ada aktiviti mancing tuk banin dan mengait tuk banat.. banin sememangnya minat giler la mancing kan.. banat lak.. mengait.. eheh.. yang menjadi peserta salwa, afiqah, maryam, hanisah, jannah... yang mancing lak iffah ja.. iffah exited sikit.. lagi pun dia memang pro pun mengail.. (ni ayat perli ya..) iffah.. jangan marah ek.. iffah masa mancing xited gila.. tapi tak dapat ikan.. api ikan pulak yang dapat umpan dia.. bukan setakat umpan ja ikan dapat.. mata kail sekali dapat.. hahaha... aku..?? aku teman iffah ja.. gi pun malam tu angin kuat.. pergh.. feeling bes ar.. masa tu pulak zon pekak.. earphone sumbat sebelah telinga.. lagu istikharah cinta.. hah.. masa tu, jasad ja kat jeti tu.. tapi fikiran kat tempat lain.. hehe


k.. setakat tu ja.. sekian..

Jamuan @ KFC Sg. Dua...



tawu ni gambar apa..?? yaa.. betul.. kfc.. huhu.. kami banat smart 4 ni memang da lama plan.. lepas smra nak p kfc makan-makan sikit.. nak rai kan kata exam da habis tuk tahun ni kan.. so.. kami plan laa.. nak buat jamuan sikit kt kfc sungai dua..  kami bincang-bincang.. ok.. set.. semua orang kena bawa keluar rm10.00.. salwa nak sponsor rm20.00.. bagus la.. transpot tak da.. jadi kami plan nak mintak tolong mlmh wardah hantarkan.. mula-mula bodek sikit kata kami ni tak boleh balik kan mlmh.. jadi kami ingat nak keluar sat p kfc.. tapi kami tau kalau kami keluar sendiri mesti mlmh tak bagi an.. so, mlmh boleh tolong hantar kami tak.. hah.. cantik ayat tu.. huhu.. yang p bodek jannah la.. ok.. past.. mlmh wardah bagi green light.. plan asal ingat nak buat kami-kami ja.. tapi bila mlmh atiqah tanya, hampa buat jamuan tak mau jemput mlmh ka..?? hurmm.. betul jugak kan.. kalau jemput mlmh meriah sikit.. huhu.. kami bincang len.. ok ja.. tapi satu ja masalah.. duit.. kami bajet memang cukup-cukup ja.. hmm.. tak pa la.. kami jemput jugak semua mlmh n mlm hisham.. tapi kena keluar kan duit sikit la..  hehe.. esok tu.. tiba la masa nya.. petang dalam pukul 5.30 kami p.. nek naza ngan mlmh gee sekali.. dalam keta tu, mlmh wardah hulur rm50.. wow.. syukur.. lepas bajet la.. kami da mula kutip duit.. sesampai ja kat sana.. mlm hisham sampai awal lagi.. huhu.. satu fam.. huhu.. bila sampai tu.. kami  naik atas dulu.. jumpa fam mlmh hisham.. pastu baru turun order ngan mlm.. masa tengah order tu, mlm hisham plak keluarkan rm50..hah.. rezeki lagi.. kiranya mlmh da tak payah keluarkan duit.. huhu.. alhamdulillah.. mlmh shahida, mlmh samirah dan mlmh hidayah sampai masa kami tengah order.. kami order set bucket 2.. pastu   set happy feet tu 1.. cheezy wejes 4 set kot..  nugget.. kentang goreng 2.. aiskrim jeli 5.. air termasuk dalam set.. kecuali air teh tarik dan milo 3.. semuanya rm100 ke atas.. hehe.. tak ingat la berapa.. masa tengah makan tu, mlmh atiqah plak mai bawa adik ngan anak menakan.. lagi ramai la..huhu.. meriah.. dah habis makan.. sapa yang nak bungkus bawa balik tu depa p beli la sementara kami duduk sat.. gambar kat kfc nanti saya boh lain.. tak upload lagi..huhu..

sekian, terima kasih


Sunday 4 December 2011

Last Day Sekolah..

hah.. ni cerita pasal las day at smart.. maklum la kan.. da hujung tahun da.. sedar tak sedar.. segala ujian dan dugaan pada tahun ini telah kita redahi dengan tabah.. tahun ni aku duduki exam SMRA.. tahun ni la jadual aku dipenuhi dengan tuisyen.. segala pahit manis kami di smart telah terbuku menjadi satu kenangan indah.. haaa.. sekejap rasanya tahun ini.. tahun depan da SPM.. lagi la kena srtuggle.. tahun smart 4 yang pindah syarqawi dan juanda.. yang lain tak sure la... masa las day ni, para mlm dan  mlmh telah berbincang nak adakan jamuan hujung tahun.. gabung semua kelas.. fes time ever la sebab sebelum ni kelas masing-masing ja.. unik jgak la..huhu..




jamuan yang simple ja.. nasi tomato.. sedikit kuih-muih.. dan kek secret reciepe yang di bawa kamil hafiz.. anak dato la katakan.. huhu.. tapi dia bawa kek aiskrim.. so, masa nak potong tu memang da cair la.. tapi still sedap.. persembahan pun ada jgak.. tapi tak semua kelas yang sempat buat.. yang sempat kami smart 4.. banin la.. diorang buat lakonan.. pastu seloka dari banat smart2.. masa habis jamuan tu, banin dipersilakan hadiri satu majlis.. iaitu solat jumaat.. masa banin tak dak tu posing la plak kami smart4 banat ni.. tapi pic tu tak boleh nak ambil sebab da kena buang atau pun dalam laptop.. ntah la.. never mind la.. tak kisah pun.. huhu.. petang tu ada perjumpaan waris.. smart 1 2 3 ja la.. kami ni tak payah sebab rezak SMRA belum keluar.. huhu.. aku kena jaga kaunter pendaftaran.. sebelum start perjumpaan tu, aku kembali teringat akan masa lalu.. aiseh.. tahun lepas.. di tingkat empat,.. di situ la simpang terakhir aku berpisah ngan best friend ever aku.. haiqal.. aku jez sempat bagi kat dia coklat tudor gold dan sepucuk surat.. tu la simpang terakhir.. sedih la bila mengenagkan orang yang telah tiada.. huhu.. huh.. ok la.. kami yang terlibat ngan mahabbah smart tak dibenarkan balik ke rumah.. jadi, aku memang tak rancang nak kemas beg.. so, loleh ja la.. huhu.. bila asrama sepi.. wow.. terasa damai plak sebab tak dengar suara budak-budak tu.. hehe.. k.. sampai di sini.. 


sekian, terima kasih

Kem Kepimpinan Nadwah..

Assalamualaikum.. 

hah.. lama rasanya tak update blog ni.. huhu.. ye la.. sibuk ngan kem.. sekarang baru lah terasa lapang seketika.. hari ni cerita tentang kem nadwah yang telah berlangsung di kelantan, koleh jaiputra.. tahu kan.. hmm.. conlusion dari apa yang aku p sana is best and dapat pengalaman dan sedikit ilmu tentang MPP.. ( majlis perwakilan pelajar..) ni kali ke-2 aku mengikuti kem nadwah.. tahun lepas di sekolah al-islah..
 
yang nadwah tahun lepas..
aku nak cerita serba sedekit la pasal kem ni.. kami seramai 8 orang yang terdiri daripada aku sendiri, salwa, syafiqah nadhirah, yusuf, hafizuden, abu yazid, nizamudin dan al-amin.. bertolak ke kelantan seawal 4.30 pagi.. solat subuh di gerik dan sarapan pun kat situ sekali.. oh ya.. lupa nak gtaw, kami p kelantan naik van pergio sekolah.. driver abang sodiq.. sekolah itqan pun p sama ngan kami, tapi naik naza ustaz la.. driver adik mlm hisham kot.. kalau tak salah la.. dalam perjalanan ke sana tu, satu kejadian dah berlaku.. hmm.. suspen ja.. ye la.. van tetiba berhenti mengejut di selekoh tajam tu.. tapi Allah lebih mengetahui.. van tu dengan selamat berhenti betul-betul tepi jalan.. alhamdulillah dia tak berenti kat selekoh tu.. kalau tak, rasa nya van tu terundur kat belakang la rasa nya.. lama jugak van tu rosak.. sampai abg sodiq tak tau nak buat apa dah.. last sekali dia boring kot.. main game.. hah.. senang.. huhu.. kami sepatut nya daftar pukul 10.. dan program start pukul 2.. tapi kami sampai pukul 5.30.. nak habaq punya la lama kami tunggu sampai dah berjanggut.. (balgahah ja..huhu...) sampai-sampai ja kat sana dah start ice breking.. yang kami ni baru nak letak beg, nak tukar baju.. masuk dewan tu, tercengang.. kumpulan mana aku kena duduk ni.. er.. last sekali ada sorang fasi tu yang tolong bawa kami.. hmm.. nasib la...  kami tiga orang kena berpecah.. masuk ja kumpulan lain-lain.. asrama pun kami kena dok asing.. nasib la satu deret tu jgak.. huhu.. tapi masa malam fes nak tido tu, rasa macam nak menangis pun ada jugak.. bukan nya apa.. bukan sebab sedih tak tido ngan kawan ka apa.. tapi, sebab katil tak da, tilam pun tak ada.. pastu ngan budak bilik aku tu buat derk ja.. so, aku nek blur.. nasib la malam tu ada peneman alam maya jugak.. luah je la kat dia.. huhu.. sapa..?? biar la... masa kem tu, kitorang ada aktiviti khidmat masyarakat.. kami dibahagi kepada 15 kumpulan tuk banat dan banin.. program tu best la jugak.. sambil tolong mak cik tu, aku feeling sat.. maklum la.. depan rumah dia kan pantai.. angin plak sepoi-sepoi bahasa.. haha.. boleh la feeling sat.. lepas habis khidmat masyarakat tu, kami dihantar ke pantai cahaya bulan.. kami kena tinggal ka sana dan jalan kaki balik ke kolej jaiputra.. hmm.. jauh gak la.. sebelum kami balik tu.. kami dok tepi pantai.. masa tu hujan dan angin pun kuat.. ombak tak payah kata la.. pergh.. damai gila.. sory erk.. gambar tak da.. sebab masa tu kamera tak ada.. so tak bleh posing la.. hmm.. malam tu pulak setiap sekolah kena hantar wakil tu buat pidato di bawah tajuk keperluan dalam menjadi pemimpin.. johan sekolah islah, nama dia sanim.. haiqal kembang r.. smart lak kami hantar al-amin.. alahai.. kesian kat dia.. abg-abg paksa pidato.. teks sepenuh nya di karang oleh siti aishah.. masa al-amin buat pidato.. terdetik kat hati aku ni.. al-amin ni boleh la jadi perdana menteri ka raja ka.. tawu kenapa.. sebab dia baca pidato macam perdana menteri n raj bercakap.. huhu.. tapi thanks a lot la.. sebab kalau tak ada dia.. tak tau sapa yang nak pidato.. aku..??? bukan nya tak boleh.. tapi aku fobia ngan mikrofon n not ready to give any perfomance... esok nya tu las day kami kat sana.. masa nak berpisah tu.. ada la sikit sedih nya tu,.. hehe.. ye ker.. hmm.. kami balik naik van pergio gak.. van dah ok selepas abg sodiq bawa balik van tu ke penang.. masa on the way balik tu, kami sempat singgah di mana ntah.. shopping sat.. mlmh hidayah dan mlmh gee sempat borong jugak.. syafiqah nadhiah beli makanan ringan sikit.. salwa beli bantal rama-rama... aku..?? buih sabun ja... huhu.. tak tau nak beli apa.. seyes.. tak ada apa yang intresting.. ada la 1.. turtle.. cute sangat.. tapi check harga dia.. mahal nyer.. letak balik la... huhu.. k la.. sampai di sini dahulu
Photobucket
Photobucket