Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Showing posts with label hahaha.... Show all posts
Showing posts with label hahaha.... Show all posts

Sunday, 21 April 2013

PJJ..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


apa tu PJJ..? PJJ tu bukan stand for pengajian jarak jauh.. tapi  persahabatan jarak jauh.. ehehehe..  saya selalu cakap kat orang yang ukhwah tu tak kan ada penamatnya.. jika seseorang tuh tak bersuara untuk bercakap sebegini.. " mulai hari ni.. ukhwah kita... PUTUS...!! " jarang la kita nak dengar kawan kita nak cakap macam ni.. kan.. selagi kawan kita tak cakap macam ni, stay husnuzon la sesama kawan-kawan kita yang lain.. even gadoh besar sekali pun.. stay husnuzon jugak..  insyaAllah.. kalau kita sentiasa berfikiran positif, maka semua benda lain pun akan jadi positif.. tak gitu.. ^__^


yakin la wahai sahabat sekalian..

walau kita jarang berjumpa.. walau kita jarang bertegur sapa.. walau dengan siapa kita rapat.. walau kita tak pernah keluar bersama seperti dulu.. kita tetap masih bersahabat kan.. walaupun waktu birthday kita dia tak wish.. tetaplah bersangka baik.. mungkin si dia takde kredit.. atau no fon kita hilang.. yakin la akan kekuatan persahabatan yang telah kita bina.. takde siapa yang nak dirinya dilupai macam tu aja.. er.. kalau dia memang tak ingat kat kita walau sedetik pun.. arh.. tak pe la.. lagi bagos kalau kita syok sendiri sebentar kan.. fikir je yang dia memang ingat kat aku.. ehehe.. fikir lah somethung yang boleh sedapkan hati kita..



walaupun kita jauh di mata seseorang.. tak semestinya kita dilupai.. dan tak semestinya kita dibuang.. ukhwah tu tak kan ada penghujungnya.. walau tak jumpa 100 tahun pun.. walau tak ade khabar berita pun.. yakin lah yang nama kita tu tak akan dilupai oleh dia.. kerana nama kita, suatu ketika dahulu pernah menjadi pelangi dalam hidup dia.. 


selepas kita tamat zaman sekolah menengah, mesti la yang keng kawan kita yang rapat atau pun sekadar biasa-biasa akan berpecah pergi belajar kat tempat lain.. tapi kalau dah berjumpa jugak tu, alhamdulillah.. kalau yang sorang ke utara, sorang lagi ke selatan, maka, siap diri kita dengan husnuzon.. mana tahu, satu ketika nanti, Allah takdir kan kita untuk berkumpul semula dengan semua kawan-kawan kita.. sesungguhnya, perancangan Allah tu kan lebih indah.. ^__^

  " jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan memandang sekeliling dan melihat sahabat-sahabat datang lalu menghiburkannya.. akan tetapi, jika manusia hilang kedamaian, di manakah kita akan menemukannya.. bagaimanakah untuk kita memperolehinya kembali..??




suka untuk saya menghayati bait lagu sahabat selamanya nyanyian padi untuk cerita upin ipin.. ada makna nya jugak.. hehe.. hayati lah bersama saya..


 " ..lirik kat bawah ni bukan hak milik asal.. "





Dua tiga kapal berlayar di samudra..
Ayo sahabatku kita bergembira..
Bermain bernyanyi bersama..
Menikmati indahnya dunia..

Karena sahabat untuk selamanya..
Bersama untuk selamanya..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya setia..
Berakit-rakit kita ke hulu..
Berenang-renang kita ketepian..
Kita berbeda untuk saling mengisi..
Segala kekurangan kita..
Mencari sahabat untuk selamanya..
Atasi semua perbedaan..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya..
Selama-lamanya setia..
Sahabat untuk selamanya..
Berbagi dan saling menjaga..
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanya..
Selama-lamanya setia..

Saturday, 4 February 2012

Istikharah Cinta Afiqah..

Assalamualaikum...


kenapa istikharah ..?? afiqah nak buat pilihan hidup ker..? haha.. tak la.. sebenar nya ni tajuk filem dan buku novel yang bakal afiqah buat sebenarnya.. masa kami dalam kelas, guru tak masuk lagi.. jadi kami-kami ni sembang la pasal sinetron kat tv3 tu.. tak tawu macam mana boleh naik bab ni.. dari cerita bawang merah bawang putih, ratapan anak tiri la dan macam-macam lagi.. kami satukan balik jalan cerita-cerita yang indon suka buat.. ada orang bercinta tapi cinta ditolak.. pastu la perempuan jahat ni nak pisahkan diorang la.. gadoh, pastu baik, gadoh, baik, gaduh, baik.. pastu mati la yang jahat.. hah.. naik muak jugak.. pastu afiqah nyampuk plak.. dia kata macam ni.. 'nanti aku nak buat citer pasal istikharah cinta la..'  tawu cerita dia macam mana.. seorang budak nama afiqah ni, ramai yang minat kat dia.. 10 orang ada datang merisik dia.. dia buat istikharah.. tak jadi.. datang lagi 10 lelaki yang nak merisik.. tak jadi.. datang pulak 10 lelaki lain.. tak jadi jugak.. pastu syu plak nyampuk.. 'haa..last sekali anak dara tua la hang..' aku pulak kata.. 'tu la.. ae, kalau istikharah cinta tu da habes episod.. sambung plak.. cerita ANDARTU..' lepas tu.. syu tambah lagi.. 'lepas andartu.. buat plak ANDARTU TELAMPAU..' aku kata lagi.. 'lepas tu plak I'M SINGLE FOREVER.. dan cerita last sekali I'M DIE TOO..'  sama-sama pakat gelak.. haha.. memang merapu tol la afi ni.. tah papa.. 

Tuesday, 8 November 2011

Gurauan Senda Afi dan Aku @ FB...!!

Monday, 7 November 2011

Itik..oo..Itik..

Assalamualaikum...

article ni aku copy paste ja dari blog sapa ntah.. article dia bes tu yang aku amik tu.. kena plak ngan tajuk yang aku nak cerita.. konon nya sebagai selingan la.. try la korang baca dulu..


  •  Ini adalah satu petua yang menarik bagi mereka yang selalu kalut dan resah dalam mengendalikan hidup. Apabila ada masalah dan kekurangan , minda mereka bercelaru, cepat tertekan , hilang kewarasan berfikir dan hilang keupayaan bertindak .  Lebih teruk adalah kehidupan mereka menjadi celaru kerana mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka.
  • Anda pernah tengok itk berenang? nampak tenang dan tersusun bukan? Seperti tidak ada apa yang berlaku . Kelihatan seakan-akan sedang meluncur dengan sendiri . Sebenarnya di bawah permukaan air , kaki itik sedang bekerja keras bagi memastikan tubuhnya bergerak dan meluncur ke hadapan . Saya ulang semula ,itik kelihatan tenang tapi sebenarnya mereka bekerja keras bagi memastikan badannya ke hadapan. Tetapi kita tidak nampak kerana ia berada dibawah permukaan air. Itik-itik bekerja keras bagi memstikan diri mereka tidak dibawa arus deras sungai yang direnanginya. Namun adakah mereka meras itu satu bebanan?..Tidak,mereka tidak menganggap itu satu bebanan,kerana mereka suka berenang.
  • Begitulah juga dengan mereka yang berjaya . Nampak tenang tetapi minda dan fikiran mereka bekerja bagi memastikan hidup mereka terus maju ke hadapan . Mereka selalu berfikir danmerancang hidup mereka . Mereka tidak biarkan hidup mereka dibawa arus kehidupan. Mereka sentiasa menganalisa dan merancang kehidupan. Adalah mereka merasa itu satu bebanan? Tidak juga. Bagi mereka,itu satu keseronokan seperti itk yang gembira kerana dapat berenang! 



ok.. ni baru nak buka cerita.. pasal itik aku.. itik aku ni lain sikit.. haha.. jap-jap..

....:::: RUTIN HARIAN ITIK SAYA::::.........
                      ZOULA
     

zoula tu nama itik aku.. betina.. pagi-pagi dalam area pukul 6.50 gitu dia akan melalak..  "  paaap paaaaapp paaaappp..."    gitu la bunyi la.. bising gila kalau sekali bunyi.. tawu apa maksud nya.. maksud nya.. dia nak keluar.. so kena buka pintu pagar tuk dia.. ada 2 kemungkinan.. pertama dia soh buka pintu pagar sebab dia nak keluar main ngan kawan-kawan dia.. kedua sebab kawan-kawan dia pagi-pagi buta da cangok depan pintu pagar n tunggu zoula nak jemput masuk.. haha.. sweet nya.. lepas buka pintu pagar, diorang akan bermain sama-sama.. oh.. lupa nk gtaw sejarah dia.. zoula ni satu-satu nya itik kat rumah aku.. abah jumpa.. kesian tengok dia abah pun bawa balik la.. disebabkan dia sekor ja itik.. so, dia terpaksa cari kawan.. jiran sebelah ada jugak itik sama spesis ngan dia.. mula-mula tu zoula akan ajak kawan A dia mai main kat rumah.. pastu petang dia akan hantar balik kawan dia balik rumah.. esok pagi p jemput plak.. pastu lama sikit, dia bawa balik lagi sekor itik.. maka jadi lah 2 ekor.. rutin yang sama.. pergi dan balik kawan dia tu selalu dihantar dan dijemput.. tak lama kemudian tu, sekor kawan dia mati dan sekor lagi kawan dia kena sembelih.. haa.. so pity..  tapi dia still cari kawan.. tapi bukan itik la.. kalau dulu 2 ekor itik.. tapi kali ni 2 ekor ayam plak.. huhu..

haa.. berkawan la plak depa.. rutin yang sama jugak.. itik aku ni, tak pernah walaupun sekali dia tido kat tempat lain selain dari rumah.. dia jgak tak pernah balik lewat.. paling lewat malam la.. tu pun sebab dia nak masuk tak boleh.. pintu pagar tertutup.. bagus kan.. satu lagi kalau korang perasan, itik ni hidup bermasyarakat.. tak kira pun ngan sapa.. kadang-kadang itik aku ni kawan ngan kucing.. waktu malam la.. dulu ngan ayam gak.. tapi lepas raya haji, ayam kena sembelih.. kesian gak, sebab bila lepas dia balik hantar kawan dia, dia cari kawan dia yang kat ruma.. mean ayam aku la.. tapi kawan dia da tak ada.. semua penjuru dia cari.. aku  yang tengok ni ya Allah.. sedih nya.. maaf la itik.. tengok.. wahai manusia.. contohi la itik.. sahabat sejati, tak lupa daratan, tak memilih dalam berkawan, hidup bermasyarakat, tak suka balik rumah lewat.. cuma satu ja yang kureng.. bising sikit.. hehe..


sekian...

    Sunday, 23 October 2011

    Splash...

    Bila teringat balik.. haha.. lawak jugak laa.. SPLASH..!! TO SYUHADA ZAHAR... HAHA.. kesian giler kat dia..

    tapi nak buat macam mana kan syu.. benda dah nak jadi an.. story dia macam ni.. masa malam jumaat tu, ada satu kes kecemasan.. fatin sakit.. pukul 2 pagi dia gerak aku.. suara dah la mendayu-dayu.. nasib aku tak menjerit lagi.. ye laa.. kot-kot jelmaan ka.. dia dok elok ja atas kerusi sebelah katil aku.. muka dia pucat gila masa tu.. aku takut gak la.. tak tau nak buat apa.. aku gerak la jannah.. n then jannah bangun n kitotang pun tak tau nak buat apa.. dia sakit perut.. tapi dia dah try macam-macam dah tuk hilang kan rasa sakit.. kebetulan plak masa tu warden kitorang balik.. ayoo.. nak buat macam mana ni.. haaa.. emergency nii



    aku ngan jannah takut gila ni.. gerak plak syu sebab nak suruh dia jaga fatin jap.. kitorang ni pun mula mencari jubah aja tuk pakai.. dalam kalut-kalut tu stokin alhamdulillah sempat pakai g.. lari la satu taman nak cari warden yang boleh tolong.. fes mlmh wardah.. tapi da tido.. second mlmh deeyana lak.. mlmh plak masa tu tak ada kedit.. kitorang buntu nak mintak tolong sapa g.. ingat nak kejutkan mlm plak.. tapi tak jadi coz kitorang p mintak tolong mlmh sarah plak.. alhamdulillah boleh.. tapi kami p minta tolong area pukul 3.. tapi dia sampai pukul 4.. lama gak ar aku tunggu.. masa aku nak panggil fatin tu.. aku tengok syu bukan nya jaga sangat.. dia plak tido.. aduyai.. haha.. akhir nya kami selamat sampai kat hospital kepala batas.. tapi ya Allah lama gila.. masa tengah tnggu fatin dapatkan rawatan.. aku pulak yang meleleh air mata n hingus.. dah jadi shinbei aku.. waa...


    aku kata kat jannah.. silap-silap kang nanti aku plak yang amik ubat.. haha.. kami dok kat sana sampai pukul 5.30.. lama jugak laa.. sampai asrama pukul 6.. masa tu memang budak-budak kena p solat subuh kat surau.. kecuali kami la.. kebetulan plak masa tu mlmh sarah bertugas.. haha.. semua budak dah p.. kecuali syu, nabila dan syuhada jifri.. lepas mlmh detect ada orang monteng solat subuh.. dia pun mai la asrama jitorang.. tawu dia buat apa.. mengamuk laa... dia amik air.. ops.. silap syafiqah aka P.A dia tolong amik air n mlmh terus SPLASH kat syu.. sebnyak 2 kali.. kesian memang kesian.. tapi kesian lagi katil aku.. ye la.. syu tido atas katil aku.. so.. katil aku la yang adi mangsa.. habis banjir.. sob..sob.sob.. tapi syu baik.. dia yang tolong jemur tilam aku n basuh cadar aku.. haha.. yang tu la aku nak cerita.. pas semayang subuh tu.. semua pun balik dan masa tu.. memang gempak ar cita ni.. dan afiqah wahit memang selalu bernasib baik.. tawu kenapa.. dia pun tak p solat subuh tapi.. tak kena splash.. sebab dia tidur katil atas n dia selimut kan diri dia macam pocong.. haha.. nasib kau la afi...

    Rezeki.. Rezeki..



    Alhamdulillah.. terasa lapang gila hari jumaat baru-baru ni.. rezeki melimpah ruah.. mana tak nya.. masa jumaat tu, ramai yang belanja aku makan.. haha.. syukur la.. masa pagi tu.. dah waktu rehat pun.. aku memang tak nk gi makan pun.. melepak la kat tangga banat.. n then tetiba mlmh sabarilah lalu on the way nak gi makan.. fes tu tanya la pasal krs.. n pastu melawak la ngan mlmh.. " mlmh nak p mana? " mlmh jawab nak p makan sat.. aku kata la lagi " oh.. boleh la belanja makan saya sekali.. huhu.." tanpa disangka-sangka "jom.. mlmh belanja.." alangkah terkejut beruk nya aku.. aku hanya sekadar melawak ja.. tapi lawak aku tu jadi betul plak.. huhu.. fes tu aku kata kat mlmh "saya lawak ja" pastu mlmh kata.. "eh.. tak pa laa.. mai la aishah.." aku punya la tolak.. sampai kan mlmh stop jalan tunggu aku.. nak buat macam mana, kena jugak la eskot mlmh p kantin.. kat kantin pun dok buat drama lagi.. haha.. men tolak-tolak pinggan.. malu giler.. tak tau nak habaq.. rasa nya muka masa tu dah merah.. merah lagi dari bunga ros.. haha... lastly, sememang nya aku tak boleh tolak la.. tapi aku makan ngan salwa.. n mlmh gee plak mai makan sekali.. bertmbah segan la.. second story plak.. ada sorang mak cik ni.. tapi nama lupa plak.. syu ngan jannah selalu main ngan anak dia.. haris.. pagi tu dia ada bagi rm10.. suruh makan la ngan duit tu.. rezeki lagi.. third.. mlmh gee plak belanja makan.. ya Allah.. syukur gila.. petang tu mlmh suruh kami teman mlmh.. balik sekali ngan mlmh.. pas p bank, mlmh ajak kami p makan.. mlmh kata mlmh nak belanja makan.. waa.. nikmat.. mlmh belanja semua banat smart 4 makan.. kat tasek tom yam.. huhu.. fourth.. mlmh wardah plak belanja makan.. malam tu mlmh ajak kami p usrah ikram kat sungai dua... lepas habis usrah ja.. mlmh bawak kami  p makan kat char koew teow sungai dua yang fames sangat tu.. tu la kami kata.. banat smart 4 memang diraikan.. maklum la.. da habis SMRA.. huhu

    Saturday, 3 September 2011

    Trial Exam SMRA...

    haah..terasa sekejap aja cuti ni kan..pejam celik tidur..pejam celik tidur dah nak balik sekolah dah.. lagi pun esok dah start trial exam for SMRA.. waa.. dup..dup..dup.. jantung berdegup kencang menantikan soklan exam tiba.. yang weird nya aku ni kan.. dah tawu nak trial, tapi buku haprak pun tak pegang.. tah papa la.. konfem la hakeem pegang buku kan.. hari tu sempat jugak sembang sai trial ni.. dia ada pesan soh baca buku.. mesti dia baca punya kan.. belum lagi ersyad abdullah.. tah-tah satu buku pa dia da khatam.. otak dia kan genius sikit.. tu la kelebihan dia.. jeles woo... masa sebelum cuti raya tu, before dapat tawu trial minggu depan.. baru ja plan ngan afiqah tuk cuti lebih sikit.. aleh-aleh dapat berita tu, masing-masing tepuk dahi.. adeh.. cam tawu-tawu ja aku nak ponteng ni.. gi pon.. raya baru yang keenam.. belambak citer best menanti kat panggung wayang rumah tu.. ish.. bukan nya senang tv kat malaysia ni nak tayang kan movie yang bes kat kaca tv ni, raya je la.. tapi itu semua hanya nafsu keseronokan aja.. haha.. (pandai je la) hidup ni perlukan pengorbanan.. kita perlu korban keseronokan kita tu k benda yang lebih penting..  so.. pray-pray la for  me kepada sesiapa yang baca  post ini yaa.. huhu..

    Saturday, 30 April 2011

    Motor v.s Lari...


    Assalamualaikum..

    Apa pelek sangat tajuk ni?? tapi ni lah faktor nya..hakikat..ada satu kejadian yang telah menimpa aku, jannah dan afiqah..actually, citer ni bila ingat balik..lawak giler..haha..tapi masa situation yang real masa tu..ya Allah..hanya Dia sahaja yang tawu betapa takut nya kami macam baru nampak hantu..huh..naya gak ar..ada ayah sorang waris ni..anak dia memang agak nakal sikit..haha...bukan sikit..tapi banyak..bila dia suka wat benda yang orang tak suka, mula la mudabbir asrama nak g marah dia..satu hari tu afiqah ada pegang kepala anak dia..jez pegang ja pun..tapi dia g repot kat  ayah dia yang afiqah p pusong kepala dia..ayah dia tu dah la kaki baran..pusing kepala anak dia?? melampau dah ar tu..tapi pikir balik..budak-budak...tau repot jaa..satu hari tu..kami bertiga (nama di atas) baru ja lepas habis makan..kami pun on the way nak balik asrama..masa nak keluar tu, kami dah nampak ayah budak tu dikelilingi oleh kanak-kanak ribena..tak tau la report pa..pastu tetiba ja tunjuk arah kami..aik..awat depa tunjuk kita haa?? aku bertanya..sah sangat nak repot..tetiba ada suara merdu kedengaran..." ae kamuu...kamuu yang buat anak saya haa??!! " aku cakap kat depa.."pakai kita weyh.." kami dah mula jalan cepat..tapi jannah gabra..dia lari patah balik kat dewan..aku ngan afi..hah..lagi laa takut..tetiba dengar lagi suara dia.."hey..afiqah..tunggu..!! " afi cakap dia dah takut..pastu aku kata balik.." relax..lepas ja dari bas kita lari.." bunyi enjin motor dihidupkan.."AFIIEEYY... LARI..!!!" kami pun lari laa..tapi aku tak leh lari laju sangat sebab kasut tetiba ja jadi ayu..afiey dah memang nak pecut dah..dia kata "siti..bye..aku pecut dulu.." dia buang kasut terus buka langkah seribu...aku kata dalam hati..mati aku...waaa...bunyi motor dah hampir dekat..giler...90 km/s paa...tengok-tengok dah hampir sebelah aku..waaa...aku laris terus ke belakang asrama...afiey masuk asrama..dia plak dok maki hamun kat luar asrama..pok pek...pok pek...last sekali dia penat kot..haha..pastu dia blah ar p kat jannah plak..adoi..jannah kena bawa nyorok..taufiq yang tarik dia soh dok dalam pejabat asrama,..sampai dia pulang..kami 3 orang semua teriak,..haha..tersedu-sedu lagi..haaa...malunya...tapi memang takut pun masa tu...
    ok lah..kat sini dulu..
    sekian..wasalam..

    Friday, 18 March 2011

    Cerita Dongeng Afiqah..





    MAI BAI HAI KAI,HAI HAN dan AI MAI YAI SIR ialah 1 nama yg sgt popular dr kalangan masyarakat zaman purba kta...sejarah nama ini asalnya direka oleh seorang gadis yg terlalu cute yg bernama afiey atau lebih dikenali sebagai budak c0mey yg hidup pada zaman itu bersama dengan kakak nya yg tidak la berapa cute yg bernama murai..sejarah nama ini berasal dri negara yg tidak asing lagi iaitu MALAYLAND..(mLysia thailand la ngok)..di zaman ini jga ada burung dan kuda saja..burung yg ada cma HELANG,MERPATI,MURAI(e'eh kakak aq la)dan burung yg berasal dr ind0n BELATUK..






    1.MAI BAI HAI KAI atau nama short HAI adalah nama yg sering dikaitkan dengan se0rang pemuda yg x berapa glam0r yg igin mencuri hati merpati..(sorry,hati merpati dh diambil oleh HAI..)


    2.HAI HAN atau lebih dikenali sebagai HAN pula adalah 1 nama yg mempunyai sejarah yg sgt dasyat apabila HAI didapati telah mencuri hati seek0r burung merpati lalu dibagi kepada burung HELANG..Astaga...!!!dasyat sungguh..HAN pula didapati asyik memperhati geligat merpati saja..jeles sungguh aq dibuatnya,, 


    3.AI MAI YAI SIR sebuah nama yg x pernah lagi la mencipta rekod jenayah di negara MALAYLAND nie..nama ini baik seperti tuannya..


    4.MURAI seorang kakak yg sgt bising dn hingar yg d0k syok sndri kt jejaka dr JEPANG iaitu 0zawa..


    5.JEMMAH ialah kwn kpd MURAI yg dok sy0k dkt HAI..seperti yg diperkatakan,HAI hanya suka kpd MERPATI saja..s0 x yah la p kjaq HAI 2..


    6.BELATUK seorg budak kcik yg garang mcm singa yg berasal dr ind0n..





    direka oleh nurul afiqah abdul wahit..huhu


    p/s.. sekadar suke-suke jer..dan rekaan semata-mata masa kat asrama untuk menyakat jannah..haha..suka bila tengok jannah malu and marah..


    kepada sesiapa yang terasa..sory deh..

    Saturday, 27 November 2010

    Sebab Celup Jari???




    Hahaha..bila teringat balek citer ni..memang lawak giler..haha..kisahnya cam ni..masa petang jumaat, 19 nov..ramai student yang balik..sebab ari tu memang  last dok kat asrama..tapi bagi siapa yang nak g  ihtifal and don't have any transpot..memang kena stay ar..yang tinggal aku,jannah,aini,syuhada,solehah,afiqah..izzati ada gak cuma dia balik malam...petang tu kami memang tak disediakan makanan...tapi kami dibenarkan tuk masak..aku,jannah,aisyah ngan zati pun keluar la petang tu nak g kedai tasek tom yam..tapi elok-elok sampai ja..kedai tutup plak..penat la berjalan sejauh 3000 batu kelikir yang ada kat tepi jalan tu..haha...sesampai ja kat sekolah..kami pun terus la gi kantin nak tengok ada lauk pa yang boleh dimakan..tapi malangnya,yang tinggal hanyalah supp..waa..sedihnya..tapi mak cik bagi kami masak.kami pun memang pikir nak g masak laa...tengok-tengok dapur gas full ngan tukang masak..solehah, syuhada ngan muallimah sarah..pastu kami tengok plak dalam peti ais langsung tak dak lauk untuk dimasak..rupa-rupanya muallimah dah amik...tak pe laa...kami pun tunggu la kat luar..dengan tujuan nak jumpa syafiq..warden asrama la kot..ingat nak tempah nasi kat dia sebab dia nak kuar..kami pun tempah nasi goreng kampung...pastu kami tunggu punya tunggu..muallimah sarah pun ajak kami makan lauk yang dia masak..daging apa ntah..aku la orang pertama yang paling semangat masuk kantin..masuk-masuk tu aku ternampak daging dalam pinggan..banyakk...aku pun buat la perangai tak senonoh aku tu..aku celup sikittt jer dalam lauk tu sebab nak rasa..ingat lauk tu la yang muallimah maksud kan..pastu jannah plak masuk dan ikut perangai aku..tapi jannah celup lagi banyak dari aku..masa dia celup tu..muallimah sarah masuk kantin..terkejut muallimah sebab tengok jannah celup jari dalam lauk dia..."AE JANNAH..KENAPA KAMU CELUP JARI DALAM LAUK MUALLIMAH..TAK CUKUP KA LAUK YANG MUALLIMAH BAGI DALAM PERIUK TU"...bergegar kantin tu..haha...semua orang terkejut..jannah pun cari alasan tuk bela diri..haha..dia tunjuk kat aku..dia kata.."siti muallimah"..tapi aku wat don no jer..haha..kejam ar aku ni...as kena sound tu..jannah terus kuar..aku pun ikut gak..aisyah ngan zati hilang mood nak makan...aku kuar niat nak cari jannah.."mana la jannah ni??" aku pun p la check dalam kelas.."ceh..kat sini rupanya" aku pun p la kat dia..tengok-tengok dia menangis..aku pun serba salah..aku cakap la kat dia.."jannah..sorry ar..pasal tadi..ana pun buat jugak..tapi anti ja kena marah.."..pastu jannah gelak.."alaa..pasal celup jari jer..haha"..memang lawak...waktu tu dah maghrib..kami pun balik la asrama...tanpa menghiraukan makanan...balik-balik asrama...kami semua lapar gila...tunggu la mana syafiq ni..tengok-tengok dia mesej yang dia tak boleh tolong belikan sebab muallimah hidayah tak bagi..lagi la kami bengang..pastu kami pikir nak order nasi kat sapa la ni...last sekali kami dapat idea...KAKAK IZZATI..kami pun merayu la kat zati.."zati..soh la kakak anti beli makanan.."..pastu zati pun jawab.."masalahnya ana nak contact dia pun tak dapat gi ni.."..tengok-tengok kak dia kol...alhamdulillah...kakak zati boleh tolong belikan..tapi last sekali kami semua makan pukul 10.30..haha..jadi ar tu..dapat makan jugak an..haha..tu la citer nyaa...huhu

    Friday, 20 August 2010

    Tragedi Berbuka Puasa...

    Nak tergelak pun ada bila teringat tragedi bila buka puasa bersama keng kawan aku.. aisyah, hafizah, jannah, izzati, aini dan aku..kami ambil dua talam..bermakna satu talam tiga orang laa..masa tu kami makan lauk telur ke ayam ntah..tapi yang pasti kami makan udang..aku ada bawa bekal dari rumah..masak sendiri ar...ikan bilis sambal..huhu...bila dah hampir nak berbuka..aini dan hafizah main..hafizah tak sengaja tertolak aini sampai air dalam cawan tertupah.. mujur laa air tu tak membuat lintas tabit kat kitorang.. alamatnya nanti baju kami jadi kain buruk laaa.. pastu.. bila air dah tumpah..mesti la kena ambik kain buruk lap.. bila aisyah dengan jannah suruh dia ambik kain buruk..ada ke patut dia boleh buat keras macam batu..tapi yang nak tergelaknya.. muka dia dah pucat... dia kata "Tak mau..Haa..Nak nangiiisss" haha..semua orang tahan ja gelak.. tapi last skali gelak jugak ar.. tengok muka merah padam... hah.. apa-apa je la fiezah oit..bila kita berbuka pose ramai-ramai..memang nikmat kan...tambahan pula bila kita makan dalam talam bersama..fuh.. mengeratkan ukhwah..hoho... masa nak habis dah waktu untuk kami makan, kami pon angkat la talam kami..bukan nak p letak talam tu kat tempat yang disediakan, tapi kami nak p tambah makanan..huhu..tambah udang saja.. masa tu kami memang gila udang.. mana tak nya... udang tu dah manis... fuh..nikmat kalau makan.. kumpulan kami ja orang yang terakhir..udang dalam talam kitorang pun menimbun.. mak cik kantin pun dah berleter kat kami time tu sebab kami lambat makan sangat..huhu...yang tu je la nak cerita...

    Saturday, 7 August 2010

    Aym..oo..Ayamm...1!

    ayam atau burung??huhu

    Hah...teringat cerita sebalik gambar ni..huhu...nak kata ayam pun boleh burung pun boleh..tapi aku lebih suka panggil ayam...haha..reka sendiri..save bajet..kalau nak beli ayam betul..kang nanti tak terjaga pulak ayam ni..ye laa..kat rumah dah boleh buat mini zoo dah...nyamuk pun ada..lalat pun ada..semut, lipas, cengkerek, katak, ayam, arnab, musang...fuh..cukup pakage ni nak wat zoo..haha...ayam yang aku buat ni takkan aku lupa sampai bila-bila..ayam ni laa...aku dok main dengan kawan aku..dok sakat dia...tapi setakat tahun ni je la aku boleh sakat dia...sebab nanti dia dah nak pindah dah...biar lah dia nak kejar cita-cita dia...semoga dia maju jaya dah la...tinggal lah lagi sorang kawan aku tu..selalu nya aku dengan fiza selalu sakat diorang..tu pun kalau diorang dok sebelah menyebelah laa... diorang sporting sikit..haha...papa je la...tu ja nak kongsi...
    Photobucket
    Photobucket