Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Showing posts with label tentang aku... Show all posts
Showing posts with label tentang aku... Show all posts

Monday, 28 October 2013

Lepasan Tanggungjawab..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Apabila kita makin meningkat usia, maka makin banyak cabaran yang dilalui.. kita tidak tahu samada cabaran itu mampu membuatkan kita menjadi semakin matang dan dewasa ataupun sebaliknya.. hatta, dengan cabaran ataupun ujian ini juga mampu membuatkan seseorang itu tersasar dari landasan yang benar dan tujuan hidup.. na'uzubillah.. semoga kita bukan dalam golongan itu.. 



Oleh itu, sesukar mana masalah, ujian ataupun cabaran dalam hidup kita, Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.. Dia yang memberi kita ujian ini, maka kepada Dia jugalah tempat kita mengadu.. dan jadilah seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah..





Setiap insan itu takkan pernah lari daripada sebuah tanggungjawab.. dalam diri kita ini pun, dah ada tanggungjawab.. iaitu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita sebagai anak, tanggungjawab sebagai seorang murid, dan lain-lain yang saya rasa mungkin anda para pembaca tahu.. banyak sebenarnya tanggungjawab kita tanpa kita sedari.. mungkin bukan kita yang pinta, tapi sudah terpalit dalam diri kita.. mahu tak mahu, kita kena relakan dirikan kita dalam menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. tanggungjawab itu juga boleh kira sebagai amanah.. dan menjadi hukum dosa jika kita mengabainya.. semoga kita sentiasa peka dalam setiap amanah kita.. Insyaallah...



Setelah bergelar pelajar kolej ini, saya sudah bertekad untuk menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran.. bukannya saya nak cakap saya ini seorang budak pandai ataupun sebaliknya.. hidup dengan al-Quran membuatkan hidup menjadi resah JIKA kita tidak dapat menguasai nya ataupun mengingatinya.. (bukan niat riak ataupun menunjuk) walaupum hidup kita bukanlah 100 peratus bersama al-Quran, tetapi, pada waktu yang ada, baik kita gunakan.. hari-hari kita ni memang sibuk kan.. mungkin saya bercakap ini dari sudut pemandangan saya.. saya pelajar jurusan tahfiz syariah.. dan mungkin pandangan saya ini tidak sama dengan orang lain.. hehe.. cuma, di sini saya hanya ingin bercakap soal tanggungjawab yang terpaksa saya lepaskan...




Banyak tanggungjawab yang rakan saya cuba berikan pada saya.. tetapi saya lebih kepada penolakan walaupun dipujuk rayu.. maaf seribu kali maaf kepada mereka itu.. ya, sememangnya tidak saya nafikan, bahawa satu hari ini kita akan tetap tidak dapat lari dari tanggungjawab.. memang, saya tak nafikan.. hatta sekarang pun saya masih diuji dengan tanggungjawab.. dan saya tengah berusaha untuk memenuhi segala hak tanggungjawab itu.. saya tidak memandang tanggungjawab ini dalam prospek luaran sahaja, malah saya juga perlu memandang prospek tanggungjawab ini secara mendalam lagi.. saya tahu, mungkin pandangan orang lain terhadap saya jauh tinggi berbanding dari apa yang saya bayangkan.. orang lain masing-masing punya tafsiran yang tersendiri.. tapi bagi saya, saya masih lagi dalam proses istiqamah dalam mengabdikan diri saya kepada sang Pencipta saya.. 




" yakin la pada diri sendiri.. kalau tak yakin, macam mana kita nak maju.. jangan terlalu merendah diri.. nanti kita sendiri yang ketinggalan.. cuba untuk berani dalam menyampaikan sesuatu.. "


Saya langsung tak marah jika seseorang sedemikian kepada saya.. ya..!! memang betul.. saya juga setuju.. tapi saya punya alasan tersendiri.. saya lebih tahu akan kekurangan dan kelebihan saya.. tapi saya lebih memandang ke arah pengislahan diri saya.. saya tahu manusia itu tidak mungkin akan sempurna.. saya tahu.. kekurangan saya biarlah saya yang tahu.. takkan saya nak mengaibkan diri saya.. tapi, satu perkara yang saya ingin kenalan saya tahu..............




Saya bukan tak berani menyahut cabaran untuk menyebarkan dakwah.. tapi saya punya cara tersendiri.. setiap orang punyai kelebihan sendiri.. ada yang berani melantangkan suara menegakkan keadilan.. khulil haq walau kana murran.. katakan benar walupun terasa pahit.. dan ada juga pandai dalam menyampaikan ilmu.. masing-masing punya kredibiliti lah.. ye dok..?! hehehe.. apa pun, dakwah itu macam-macam cara.. hatta dengan menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) pun, dikira dakwah.. so, kepada mereka yang terasa kerdil dalam bab agama, jangan risau.. tunjukkan akhlak yang mulia, sudah memadai dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.. renung-renungkan..  :)

Sunday, 27 October 2013

Anak Menakan Saya...

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Lahir lepas raya aidil fitree tahun ni.. nama diberi Muhammad Aidil Asyraf bin Muhammad Ridzwan.. nama tu diberi sempena hari raya la.. kalau letak nama aidil fitree nanti, sama pulak.. hehe.. jadi, diorang pun letak la nama tu.. kalau ikut keinginan mak saya, dia nak sangat nama aiman hafiz.. sempena nama budak tahfiz yang terkorban tu.. kalau tak silap saya la nama nya.. tak apa.. nama apa pun, semoga dapat keberkatan dan menjadi semoga dia menjadi anak yang baik, soleh dan berbakti pada ibu mama dan papa nya lah ye.. 




Lama juga menunggu masa nya untuk berjumpa dengan anak menakan saya.. maklum la.. ada juga keinginan nak jumpa anak menakan saya.. saya ni kan dah jadi mak su.. ngeh..ngeh..ngeh.. tetiba rasa dah tua.. hah.. kena mengaku jugak ni.. kak ipar saya beranak dan berpantang di pahang, rumah family dia.. balik kedah lepas raya haji.. sempat la berjumpa sebelum saya pulang ke asrama.. jumpa-jumpa tu, aidil tak duduk diam.. dia asyik menangis ja kerja dia.. budak kan.. kembung perut la kot.. tapi baby kalau tak menangis pun susah jugakkan.. parah..






Seminggu dia stay kat rumah dia, mak dengan abah plan nak buat kenduri makan-makan family.. so, ahad seminggu lepas abang dengan kak balik tu, terus mak buat kenduri.. ala... bukan sampai pasang khemah pun.. panggil gitu-gitu jaa... semua nya masak sendiri.. menu utamanya laksa.. yang lain sampingan ja macam nasi impit dengan kuah kacang, sagu, triffle, biskut cornflake madu dan bihun goreng mak cik saya yang buat.. memang kena la kan bihun goreng dengan laksa.. oh, lupa.. tambah ais krim.. maklum la.. budak-budak mesti suka.. memandangkan belah mak ramai budak-budak, jadi, beli la ais krim..




Kenduri makan-makan tu buat lepas asar, jadi, sempat la nak siap kan semua menu tu.. beli barang pagi, masak tengah hari.. perghh.. memamng agak kelam-kabut sikit laa.. tapi puas sebab semua nya masak sendiri.. tetamu mai tak putus-putus.. sampai malam.. hingga kan saya kena balik sekolah pagi isnin tu.. ye la.. tolong kemas sebelum balik.. nanti kesian mak dengan kak nak tolong kemas kan.. aidil kadang-kadang meragam jugak masa orang datang nak tengok dia.. tak tahu la kenapa hobi dia suka nangis.. heheheh..




Sejak Aidil ada kat rumah, saya boleh tengok kegembiraan mak dengan abah.. ye lah.. dah jadi atuk dengan nenek.. mak jadi tok, then abah jadi tok ayah.. ye ker..? hehe.. ye la kot.. tapi benda yang paling menarik perhatian saya adalah, saya dapat tengok kebahagian pada wajah abah.. sungguh, tak pernah saya nampak abah selembut dan penyang.. ye lah.. mungkin saya ini anak bongsu, jadi mungkin bagi orang lain, ini adalah perkara biasa.. tapi bagi saya, ini adalah satu perkara baru.. saya hanya tersenyum sendiri.. bahagia bila saya tengok abah pujuk cucu nya, tolong jaga cucunya bila dia menangis.. sejuk hati memandang.. kami adik beradik dah besar.. kakak dan abang saya pun jauh beza umur dari saya... jadi, cara abah menunjukkan kasih sayang dia berlainan.. walau apa pun.. saya suka bila dengan abah dengan Aidil.. even Aidil suka menangis atau memerap saja, tapi abah tetap melayan.. kalau kitorang yang bising, sah-sah abah dah bangun, masuk bilik.. hahaha.. mungkin Aidil bawa satu kebahagian dalam family saya..




Sekarang, Aidil dah mula kurang menangis.. dan sekarang dia dah rajin nak bercakap.. suka sangat nak bercakap.. walau pun tak faham, mama nya tetap melayan.. dan mak saya pun suka main dengan Aidil.. heheh.. Semoga Aidil cepat membesar dan jadi anak yang soleh ye...

Thursday, 19 September 2013

Horaa Horeyy..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Atas permintaan rakan saya untuk menulis post ini, jadi pada hari ini, saya mencoretkan lah kisah kami yang baru-baru ini..


Setelah tamatnya semester satu saya di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang pada 7 September baru-baru ini, jadi, saya bercuti selama hampir seminggu lagaknye lah.. dan dimaklumkan juga, rakan-rakan saya dari selangor dan pahang juga akan turut pulang bersamake rumah masing-masing.. dan syuhada zahar ada mrnghantar whatsapp kepada saya yang dia nak jumpa kawan-kawan dia dan nak zirah sekolah lama.. jawapan saya, ok..!!  no probs.. ma fi musykilah.. dan yang lain pun ak ada masalah.. afiqah wahit juga akan sampai ke kedah pada hari jumaat selepasnya.. 



kami semua akan berjumpa pada 14 september bersempena dengan kenduri doa selamat yang diadakan di rumah ustaz fahmi dan muallimah wardah.. mereka bertlak ke tanah suci atas sebab mengerjakan ibadah di sana dan akan pulang ke sini pada 2 november.. mengikut apa yang dimaklumkan umi wardah la.. salwa adalah orang pertama yang menjejakkan kaki di rumah mereka.. (anak umi ngan abi, kena sampai awal la kan..hehe.. jz kidding) lepas tu, jannah pun datang ke sana pada hari khamis selepas tamat kelas dia.. diikuti dengan saya dan syuhada zahar.. tapi, kami datang hari jumaat.. lepas tu baru afiqah wahit pada hari sabtu.. alifah..? ghaibun ila ferlisss...



pada jumaat tu, saya hanya meneman syuhada menziarah ke sekolah saja.. saya sebenarnya dah mulai segan untuk ke sana tanpa sebarang urusan.. namun, demi menemani rakan saya sorang ni, tolak jugak laa kaki ni.. :) tapi sampai-sampai ja kat sana, alahaiii... maluu nyaa.. disebabkan malu, saya sanggup patah balik tak mau masuk sekolah.. tapi akhirnya, p melepak kat kantin dulu.. sembang-sembang sat, saya ada ternampak kelibat adik saya.. Allah.... memang nak kena blah dari situ laa gamaknya.. segan.. pergi pulak melepak kat kerusi, jumpa pula 4 serangkai tu.. hanisah, fatin, iffah dan athirah.. diorang macam tu laaa.. haha.. tak berubah.. plan kami ingat nak balik dengan muallimah zyla, aleh-aleh muallim hafiz mai naik motor jaa.. aiseh.. kena balik naik bas la.. tapi sebab bas lambat sangat, mualimah atiqah ajak balik sekali.. thanks muallimah... ngeee...






balik-balik tu, muallimah zyla tak ada kat rumah, ambil kakak humaira dengan huzaifah.. jadi, saya ajak syu pergi makan.. lama tak makan sekali.. tapi sebelum tu, singgah rumah umi sat.. teringat kata-kata abang chik, haaa... bagi tau abi kakak-kakak tak mau mai rumah....  Allah.. sedih sangat eh.. singgah la sat.. ingat nak ajak jannah dengan salwa makan sekali.. tapi salwa tak mau.. tengok-tengok orang rumah buat apa.. abi sembelih ayam dengan itik dibantu oleh anak-anak abi and ummi, halim, jundi, mustaqim, nizam.. lepas tu nampak pulak kelibat budak-budak SMART yang lain tolong angkat khemah.. kami...? jalankan rancangan asal..



malam tu, ummi masak.. makan la sekejap.. then baru balik.. spend time kat rumah muallimah zyla, ada sedikit kebanggaan bila humaira ingat nama saya.. at least, she not calling me anab..!! hehe.. dan dia mulai ingat syu.. haaa.. rindu kat si comel tu.. huzaifah still macam mula-mula saya tengok dia.. cepat besar yaa.. meh jumpa ecah dengan cuu pulak.. ngee.. malam tu, makan popia muallimah zyla.. hmmm.. sedappp.. lama tak makan rasanya..




esok tu, bacaan yasin pada pukul 11.. tapi, saya dengan jannah tak pergi pun.. sebab....? segan.. ramai sangat orang.. ingat orang mulai ramai masa tengah hari.. hmm.. nak buat macam mana.. ubah plan p ambik syu dulu baru pergi.. pagi tu syu dah meroyan.. maklum laa.. plan ambik dia pukul 9.. aleh-aleh ambil pukul 12.. jauh tersasar sebenarnya.. sebab...... AFIQAH BANGUN LAMBAT.... sebab....... JAM MATI..... innalillah ye... nanti jam tu bh bateri kereta.. lambat sikit nak mati nyer.. dah sampai tu, saya baru perasan, yang warna baju saya sama dengan dia.. haha.. teringat malam tu, syu cakap.. siti... telefon bunyi.. i check my phone, but there are nothing happen.. aleh-aleh handset orang lain yang bunyi.. ringtone lagu minion-banana tu sama rupanya.. aiseh.. hahaha.. nasib laa.. kami masuk dalam rumah.. maklum la.. anak dara.. kena dok kat dapuq.. tapi dapuq pulak qamai anak tequna dok goqeng kopok lekor.. alah.. goreng ja pun.. tu pun dah macam anak dara dah tengok.. dok kat dapuq gosip ja qeja... kami anak dara yang pendiam ni, ambik makanan and makan.. dan lepas tu, jomm.. chow.. dok kat situ, sirius, ceq tak tau nak buat apa.. salwa kot la tau serba serbi kan.. yang keluar saya, syu, afi, jannah dan fatin.. jalan-jalan nak p sunway mall.. cari hadiah, makan, cari kasut, dan suka-suki..





dalam perjalanan nak balik tu, alahai, jannah pulak kalut-kalut nak balik.. kelam-kabut la si afi tu pun.. punya hingaq dalam qeta tu.. sambil-sambil dok sakat jannah.. besa la.. bila jumpa, macam ayam dengan itik laa.. sampai-sampai tu khemah dah kosong.. tak ada tetamu dah.. kami-kami ja.. tapi tu pun saya sendiri tak tau nak tolong apa.. aoseh.. kenapa jadi kaku macam tu tak tau la.. tetiba rasa macam orang asing gilaa.. hmm.. kami sempat posing jap.. macam-macam betui.. tapi.. best laa.. happy masa tu.. tambah masa saya dengan syu dah nak balik.. salam umi and wish birthday siap-siap.. minta maaf tak dapat hantar ke airport.. then start drama kat situ.. ngeh..ngeh..ngeh.. best memory yang saya dapat masa tu.. i can see his smile eventhought he had a big problems..


sekian... wasalam alaikum....

Wednesday, 24 April 2013

Kehendak v.s Pengharapan..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...



kalau kita nak buat keputusan.. orang cakap, biarlah mendapat persetujuan ramai.. jangan terlalu mementingkan diri.. kelak, binasa badan.. bukan bermaksud hidup akan hancur.. akan tetapi, hidup tidak menjadi senang jika kita puas atas ketidak puasan hati orang.. walaupun hakikatnya kita tidak dapat memuaskan hati orang, so far, kita cuba buat keputusan yang terbaik.. selalu lah memohon kepada-Nya agar permudahkan segala urusan kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik, baik di bumi mahupun langit.. ^__^

mukaddimah ja ni.. sebenarnya, saya sedeang dibelenggu dengan masalah pilihan saya sendiri.. iaitu, sambung belajar di mana..?! seperti yang saya post di blog saya jugak di mana, saya telah menerima tawaran dari 3 buah kolej.. KUIS, KUIM dan KITAB.. saya tidak tahu mana yang perlu saya pilih.. ketiga-tiga buah kolej ni ada kelebihan dan ada kekurangan.. jujur saya katakan, impian saya nak belajar dekat universiti.. bukan nak berlagak atau apa.. cuma impian.. tak salah.. sebab nya, saya nak buktikan, yang saya bukan berfikiran tertutup.. saya suka berfikir secara luas.. dan saya nak orang berpuas hati dengan pilihan saya.. dan yang paling penting sekali.. saya nak jauh dari kawan-kawan SMART saya.. namun, itu semua bakal saya kuburkan.. walaupun saya dapat tawaran yang lebih baik iaitu, ke KUIS.. akan tetapi, saya terpaksa mengira antara kehendak saya dan juga pengharapan dari keluarga saya yang mahukan saya menyambung pelajaran saya ke KITAB dengan mengambil kos tahfiz quran elektif syariah.. bila saya bertegas dengan pendirian saya, keluarga saya akan berlembut dengan menghuraikan semua kelebihan jika saya belajar di KITAB.. 



orang mungkin akan cakap.. bodoh kalau tolak tawaran yang lebih baik iaitu KUIS dan KUIM.. setelah lama saya berfikir, saya mula memujuk hati, agar memenuhi pengharapan keluarga saya.. saya berkata pada hati saya....


' siti aishah.. mungkin Allah telah meletakkan diri kamu di situ kerana Dia tidak mahu sifat riak muncul dalam hati bila kamu menyebut di mana kamu belajar.. mungkin Allah sentiasa mahu kamu dalam kesederhanaan.. sabarlah.. hikmahnya akan kamu nampak nanti.. ^__^ '


saya banyak belajar dengan kawan sekelas saya, ersyad abdullah.. setelah saya melihat segala usaha dan sifatnya.. saya membuat falsafah saya sendiri..

'  walau di mana kita belajar sekalipun.. walau di institut pengajian yang tidak ternama..  itu bukan persoalan utamanya.. akan tetapi, kesungguhan serta keinginan untuk mencapai sesuatu adalah yang utama dalam setiap perjuangan.. tak jadi kalau bermewah-mewah belajar di univeriti oxford mahupun harvard, sedangkan yang dikejarnya hanyalah ibarat kunang-kunang.. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya..  '




ingat lah.. lebih baik kita penuhi hasrat ibu bapa kita daripada kehendak hati kita sendiri.. bila lagi kita nak puaskan hati mereka.. pahala yang besar jika kita mampu membuatkan ibu bapa kita tersenyum kerana kita.. dan dosa jika ibu bapa kita menangis kerana kedegilan kita.. hidup, kita tak tahu bila penamatnya.. jadi, selalulah kita menghiburkan orang tua kita yang telah banyak berjasa kepada kita.. pengorbanan kita mungkin sebesar zarah jika mahu membandingkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada ibaratnya.. sekian.. untuk renungan kita bersama..

^___^


Tuesday, 9 April 2013

Hikmah Disebaliknya..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


setiap yang berlaku dalam hidup kita ni.. pastinya ada sebab musabab yang tersendiri.. even kalau kita jatuh longkang sekalipun, tetap ada hikmah nya.. perancangan Allah tu tersangat indah dan halus.. kita pun sebenarnya tak menjangka semua tu.. seperti yang berlaku ke atas saya.. terlalu banyak perkara yang telah saya lepaskan.. orang cakap.. peluang tak selalu nya datang bergolek.. ya.. memang tak selalu datang bergolek.. 

saya telah menolak dua tawaran untuk saya sambung belajar.. yang pertama sekali ialah tawaran untuk mengambil STAM.. kenapa saya tolak tawaran ni sedangkan ianya sangat berbaloi.. tempoh pengajian nya juga singkat.. setahun ja.. STAM pun ibarat diploma.. hmm.. saya tahu itu.. tapi... apakan daya saya.. terpaksa saya menolaknya.. kakak saya dapat tahu ja pasal ni, haa.. dia sound saya laa.. hehe...

tawaran kedua ialah untuk ambil itensif bahasa inggeris dan arab.. saya ngan parents saya dah pegi pun KITAB.. dah ambil ujian dah.. kecuali ujian hafazan.. ketika itu saya mana tahu yang lepas daftar semua, kena stay kat sana.. saya pun tak la prepare baju atau apa-apa saja.. masa dapat tahu yang kena stay kat sana selama tiga hari dan akan berterusan sampai ke hari ni, saya menangis kat situ.. bukan secara depan, tapi, minta diri ke tandas.. huhu.. masuk tandas tu menangis la.. apa lagi.. saya lepas kan semua nya kat tandas.. tah apa-apa kan.. orang mesti cakap.. sikit-sikit nak menangis.. biar lah orang kata apa pun.. asalkan hati saya lega.. balik ke pangkuang parents.. saya mula usulkan yang saya tak nak sambung lagi.. saya nak sambung diploma.. makna nya, saya akan masuk belajar bukan pada bulan 1, 2, 2, ataupun 4.. tapi bulan 5.. sebab saya tak bersedia lagi masa tu.. 

sebab saya menolak semua ni.. adalah disebabkan tautan hati saya di sekolah menengah arab tahfiz tersangat kuat lagi masa tu.. jadi, bila saya nak tinggalkan sekolah tu, saya rasa macam separuh jiwa saya akan hilang..

hikmah saya dapat kutip dari semua ini.. 

* saya dapat bantu sekolah walaupun sikit ja
* saya dapat tengok muka adik-adik saya setiap hari
* saya tolong mak saya kemas rumah
* saya boleh baca quran pagi-pagi
* saya boleh tolong guru-guru saya
* saya dapat rasa kerisauan guru-guru terhadap pelajarnya
* ada guru-guru yang nak jadi penenang masa result SPM keluar

haa.. kalau nak senaraikan memang banyak.. mungkin Allah dah tetapkan bahawa STAM bukan yang terbaik untuk saya.. kalau orang kata kat saya macam ni " tu la.. dulu tawaran STAM tak mau nak ambik.."  saya tak kisah.. i do not regret.. jadi balasan saya untuk diolog seperti itu ialah senyum ataupun.. aturan Allah tu dah cantik.. ataupun benda dah berlalu.. ada hikmah nya..


^______^



Thursday, 17 January 2013

Selepas SPM..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

hah.. bila dah selesai spm.. terasa rindu pulak di alam persekolahan.. tak tahu kenapa.. kak selalu kata kat aku bila aku selalua nak pergi sekolah balik.. "aii.. dulu bukan main nak tak nak p seklah.. sekarang rajin pulak.." hmm.. nak kata apa.. hanya diamseribu bahasa.. memang betul.. masa masih di alam sekolah.. ala.. malas nya nak pergi.. tapi bila dah habis ni.. hmm.. terasa rindu giler.. kat guru-guru, kawan-kawan,adik-adik.. hah.. tak sanggup kot nak tinggal diorang semua lagi.. not this time la.. at least after result spm keluar pun boleh la tahan sikit..

lepas kitorang dah habis spm hari tu.. ada la kitorang buat jamuan sikit.. bawah pimpinan banin semua nya.. lepas jamuan, pagi esok tu terus kami fly ke thailand.... bercuti.. rest kan minda.. ngeh3..  lepas tu pulak.. cuti la dok rumah.. pastu datang balik sekolah sebab nak ajar adik-adik based.. diorang nak PERNAS.. seronok la luang masa ngan diorang.. lepas tu, jadi fasi kat sekolah pulak untuk sekolah rendah.. hmm.. busy kan.. haha.. sebab tu kak boleh kata macam tu.. lepas program tu, balik rumah then mai balik sebab tolong muallimah shahida and others buat kerja.. hmm.. sampai la sekarang still tolong lagi dan dapat tender jadi guru hafazan.. ops, pembantu guruhafazan.. hehe.. ok jugak.. hari-hari dengar orang baca al-quran.. tenang hati..

Tuesday, 1 January 2013

New Year Again, 2013..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...




haaaa.. dah tua aku.. 18 tahun.. tahun ni la bermula nya saya sebagai ex-student SMART.. ekekeke.. so, 3 bulan bercuti.. nak buat apa ya.. ada tiga pilihan kat dalam tangan..

1. sambung belajar STAM
2. cuti 3 bulan sambil belajar kereta
3. berkhidmat untuk SMART




hah.. buntu-buntu.. tapi sememang nya saya yakin.. kalau saya pilih antara salah satu yang kat atas tu.. insyaAllah.. Allah dah memang aturkan nya untuk saya.. tapi, itu tak bermakna yang saya perlu pasrah macam tu aja.. kita kena juga berusaha.. tak gitu..semua yang jadi tu pasti ada hikmah nya.. itu yang saya pegang.. ekekeke.. prinsip tahun ni kot.. insyaAllah..

tahun baru kali ni, macam juga tahun yang lepas.. tapi tahun ni, yang first say selamat tahun baru is adik saya.. nizamuddin.. kebetulan, birthday ayah dia masa tu.. huhu.. tahun ni dia bakal ambil SMRA.. hmm.. termasuk la adik saya sorg lagi.. iffah.. dua-dua ambil SMRA.. so, i wish luck for you both.. 




ikut hati saya, 3 bulan cuti tu, saya nak habis kan masa kat SMART je la.. bukan tak nak berkhidmat tuk parets.. tapi, saya fikir, sementara saya masih free, baik saya tunjuk muka kat sekolah dan bantu sedikit demi sedikit walau tak banyak mana pun bantuan saya di sana.. sebagai membalas jasa.. jadi, saya dengan syu ambil kesempatan ni untuk berkhidmat di sana selama 3 bulan.. sebenarnya.. hati saya masih berat nak tinggalkan SMART.. lima tahun saya di sana.. dari sekolah tu mula ditubuhkan.. kelas pun dalam kontena.. first day kat situ tak ada kipas.. air pun guna air sawah.. bila tengah hari ja, semua pakat hangat.. tapi.. masa tu la yang paling sweet bila dikenang.. antara banyak-banyak form.. form 1 la yang paling aku rindu..


bact to the sub topic.. bila new year.. mesti orang akan selalu tanya.. 

" apa azam kau tahun ni..? "

hmm.. tahun ni.. just simple ja.. stay nak guna yang lama.. sebab yang lama pun tertunai azam tuh.. ekekeke.. 

so, macam mana dengan korang..? azam..? SATU AZZAM... hahaha..  sudah.. sudah..



Monday, 12 November 2012

Some Wish..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...

kepada semua pelajar tingkatan lima tahun 2012 sekolah menengah arab tahfiz.. ALL THE BEST AND GOOD LUCK...

khas untuk  : nur syuhada', nurjannah, nurul afiqah, alifah mawaddah, salwa..

tidak lupa  : abdul hakeem, mohd yusuf, muhd zul azhan, zul arief, mohd khairul syazani, mohd ersyad, muhd syazwan, kamil hafiz, ammar yasir, faezin, arofat, asrizal, syed muhd arif, ibrahim..


be the best among the best beat the rest.. (adik bagi kata-kata ni.. hehe)  

Wednesday, 8 August 2012

Darul Quran..

بسم الله الرحمن الرحيم 

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN


Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek
 Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Kemudahan Pembelajaran 
 i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa, perpustakaan , surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :
  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

Oral SPM..

بسم الله الرحمن الرحيم 

 Assalamualaikum...

alhamdulillah.. ku panjat kan kesyukuran kepada Allah sebab oral dah habis..!! haaa.. leganya hati.. harap ok.. oral bhasa melayu memang ok.. untuk group dapat dengan salwa, zul arief, dan syed.. dan ditambah dengan seorang budak cina.. tajuk kitorang pengaruh negatif televisyen memberi kesan buruk jika tidak dikawal.. berjalan lancar..

bahasa inggeris pulak asal nya group yang sama tapi tambah afiqah.. spoil nya masa tu demam pulak.. terpaksa buat dalam keadaan jadi shinbei.. huhu.. masa tunggu turn tu, apa lagi.. practice cakap la kan..  sementara tu, syuhada' nak ais krim.. biasa la budak kecik tu.. nampak ja ais krim asam dia tu terus nak beli.. alang-alang beli tu, aku beli sekali ais tuk group aku.. team work la katakan.. huhu.. bila dah sampai turn, group kami kena pecah.. tinggal aju, salwa dan afiqah ja.. syed dan zul buat group baru ngan yusuf.. so, bila turn group aku, cakap la apa yang kami dah practice.. tapi bila dah nak habis and nak keluar dah tu, pemeriksa tu say good luck.. ok la kan.. tapi yang sakit hati nya, ayat terakhir dia tu.. good luck for your writing too.. ewah.. tawu la sekolah kitorang tu agama pun.. ingat sekolah agama kolot..?? huh.. pantang betul.. 

bahasa arab dan quran sunnah ok ja.. walaupun agak lambat oral ni nak berlangsung.. tapi, yang ok, ni guru smart yang jadi pemeriksa nya.. alhamdulillah.. harap ok semua nya dan lulus

Wednesday, 13 June 2012

Rehlah @ Pantai Merdeka..

Assalamualaikum...






hmm.. rehlah ni yang terlibat hanya peserta yang terlibat dengan kem mahabbah tahun lepas.. dengan budak laki sekolah khairiah islamiah... perempuan tetap kami juga lah.. bagus jugak.. mkmh yang terlibat of course la mlmh hidayah ismail kan.. seronok sangat.. peace.. aktiviti dia kurang.. tapi ok sebab boleh bersantai.. lagi pun masa tu exam kan.. aktiviti yang pihak ikram buat hanya satu aktiviti tapi dalam tu banyak things.. contoh nya macam memasak, buat gubahan kat buah tembikai, buat khat, terjemahan bahasa melayu ke arab, 


lebih kurang mcm ni la tmpat yg kami lepak..


main teng-teng dan kapal karam.. main teng-teng tu lama rasa nya dah tak main.. bes.. tapi kali ni main dengan partner 2 dan 3 orang.. fuh.. masak senang ja.. gubahan buah tu banyak salwa ngan jannah ja yang buat.. hehe.. terjemahan tu haa.. aku ada banyak gak komitmen dalam tu.. khat, salwa tolong buat kan tuk aku..  kapal karam.. hmm.. memang karam sungguh kapal kami.. haha..


time bersantai lak.. banin tak pa la memang depa banin.. apa lagi.. terjun laut la.. cangok gi kan... kami banat santai ja.. dan tetiba jadi budak-budak sekejap termasuk aku.. aku ingat nak sewa basikal tapi, macam tak ada ja.. so aku tarik afiqah plak p jalan.. tengok-tengok ada layang-layang.. hmm.. best gak kalau main kat sini ni.. so, aku ngan syu share duit beli yang paling murah.. iaitu kapal terbang polistrin.. huhu.. RM7.00.. ok la tu.. jannah ngan salwa pun nak jugak.. diorang kaya.. so, boleh la  beli layang-layang angry bird yang besar sikit.. layang-layang aku ngan syu steady ja terbang.. tapi layang-layang jannah asyik terhempas kat pokok.. yang main nya tu alifah.. hmm.. afiqah lak jiwang ja masa.. dengan lagu.. iffah..? hmm.. study kot.. dia kan suka menyendiri.. athirah, hanisah, fatin..  aktiviti bebas.. alifah sempat sembang ngan ex-kakak ipar.. hehe.. last sekali pengisian dengan ustaz soid.. dan penyampaian cenderahati sikit.. masa ustaz soid tengah bagi pengisian tu.. ada pak cik mana ntah yang buat tayangan free.. tahu la badan berketek-ketak pun.. nak buat angkat tangan tunjuk ketaknya tu plak.. tah apa-apa.. masa time balik..hmm.. khaulu salam la banat dalam van.. aku ja stay mata..

Wednesday, 2 May 2012

Dua Anugerah Berprestij..!!

Assalamualaikum...




apakah dua anugerah itu..?  SMRA terbaik dan pelajar mithali.. huhu.. memang jadi idaman pun.. oh ya.. pasal rezak SMRA tak dinyatakan lagi.. aku punya result imtihan bitaqdir JAID.. walaupun agak hampa tak dapat bersama-sama hakeem dan khairul syazani yang bitaqdir jaid jiddan.. malah tak mungkin tuk berganding dengan ersyad yang bitaqdir mumtaz.. alhamdulillah.. tergolong dengan golongan SMRA terbaik jugak bersama-sama zul azhan, yusuf, amirul husni, ammar yasir, juanda, faezin, dan asrizal.. dan tidak lupa jugak tahniah tuk kawan-kawan aku yang lain.. semoga SPM nanti result kian gempak ker.. huhu.. jaid.. hmm.. riaksi mak baik.. tak marah.. alhamdulillah.. abah pulak.. tengok slip ja.. abah terus cakap.. dia tulis apa ni.. maklum la.. semua huruf tertera arab.. hehe.. syukur sangat.. masa ihtifal tu, pihak sekolah ada bagi sedikit sumbangan sebanyak RM100 dan segulung sijil.. rezeki.. terima kasih Allah..




pelajar mithali plak.. masa zul arief umum masa raptai tu.. yang Allah.. kembang kempis.. takjub.. bukan senang nak dapat anugerah tu.. bertahun-tahun tunggu.. huhu.. ok lah tu.. sekolah bagi hadiah buku yang berjudul ' mari kenali keluarga nabi muhammad S.A.W ' segulung sijil dan cenderahati.. terima kasih para muallim/ah.. itu saja yang nak dikongsi cerita yang bahgia itu.. ^______^



Saturday, 4 February 2012

Kemas Kantin..

Assalamualaikum...

bersih x kantin kami..?? haha

hah.. lama nya rasa tak update blog.. yer la.. cuti hari tu terasa malas nya nak menaip.. hah.. ni cerita yang iffah bakri mungkin ternanti-nanti.. yer la.. ada pasal dia.. sejak-sejak ni, terasa nak buat keja kebajikan ja.. haha.. kerja apa..? haaa.. tu la jadi tajuk hari ni.. kemas kantin.. tapi bukan nya hari-hari kami kemas kantin naa.. ada hari nya.. iaitu hari jumaat.. masa banin semua pergi solat jumaat.. mula-mula aku jez ajak iffah.. and dia pun tak berat tulang.. jadi terasa nak buli iffah pun ada.. hehe.. tak la.. minggu seterus nya tu aku ajak zainab plak.. dia pun ok ja.. haaa.. masa minggu zainab, aku n iffah tengah bersihkan kantin tu.. ada biawak masuk kantin.. besar la jugak.. mak cik kat kantin tu dah buat konsert rock ala ella pun ada (menjerit).. hehe.. ala mak cik.. tak pernah sejarah lagi biawak makan orang.. iffah pun sibuk jugak masa tu.. dia terus pergi ke lokasi berkenaan.. maklum la.. ahli media group la katakan.. nak ambil report la masuk buletin.. tajuk..

"SEEKOR BIAWAK TELAH DIJUMPAI DI LONGKANG KANTIN "

dilaporkan: nur iffah mohd bakri

ok la tu iffah.. hot news tu.. konfem laku punya kalau jual.. haha.. selalu nya kalau kitrang kemas kantin.. kat tengah lorong  ke kantin tu ada banat yang buat konsert jalanan.. 


rakaman video pun ada.. haa.. antara nya pasangan duet popular la.. jannah ngan afiqah.. tak tahu la diorang buat babak drama video klip apa ntah.. kadang-kadang ngilaian tawa diorang pun dengar.. haha.. ae you all.. jannah pesan kat saye, 'gelak la kuat-kuat.. nanti saham jatuh..' haha.. jangan marah jannah.. k la.. situ sahaja..

sekian.. sila la vote kat bawah ni kalau rajin..


Monday, 2 January 2012

Selamat Kembali Sekolah..


Assalamualaikum...

simple post ja hari ni..just wanna to say to all student, welcome back to school.. hope we are the best students in this year.. aku pun nak kena ubah sikap aku.. aku dah buat janji.. jadi aku kena langsaikan janji aku.. 

sekian, terima kasih..

Sunday, 1 January 2012

새로운 결정...



assalamualaikum.. eh.. asal tetiba ja bahasa korea ni.. maklum la.. orang kan minat k-pop.. so, saya pun termimpi nak buat tulisan korea.. ni google translate nih.. ntah betul ke tak.. 
새로운 결정  maksud nya azam baru.. kesempatan ni, saya nak say.. happy new year.. selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011..   aku nak tinggal kan segala duka lara kat tahun tuh.. jangan ikut aku da.. huhu.. yang suka ceria tuh.. meh ikut.. tahun 2011 tu telah mengajar aku serba sedikit erti kesefahaman sesama insani.. dan hujung tahun tu, aku baru 'diajar' tentang berbaik sangka terhadap orang.. bukan nya sebelum ni tak tahu.. tapi tak praktik.. ^__^ 


detik waktu nak masuk new year tu, aku dalam kereta on the way nak balik ke S.P..  masa nak pukul 12 tu, exited jugak sebenarnya.. haaa.. tahun baru bakal menapak.. aku kongsi kan sambutan aku bukan la dengan p sambut di tempat-tempat yang tidak sepatut nya.. cuma aku sambut ngan my best dear aku.. juz mesej ja.. tapi cukup la..


azam aku untuk tahun ni.. hmm.. simple ja.. tak mau buat yang berat-berat.. ada satu azam ni, agak weird sikit.. nak semua orang panggil aku aishah.. tak mau siti.. pelek la jugak.. kalau yang tengah baca post ni memang panggil aku aishah, mesti dia cakap, memang orang panggil kau aishah pun.. tapi maksud aku kat sini for student baru la.. aku nak budak girl panggil kak aishah.. baru la sedap telinga mendengar.. betul.. aku lebih suka bila orang panggil aishah.. kedua, azam aku, nak yang terbaek walaupun terpaksa kena hadapi pahit getir.. contoh nya macam get straight  A for SPM.. bukan senang tau nak dapat A.. nak dapat B ok la jugak.. so, kena struggle la.. ketiga, dah tak nak jatuh tergolek dah.. perasaan ni memang tak statik.. ada naik turun.. jadi, tahun lepas mengajar aku betapa merana nya bila jatuh.. bukan sebab si dia tak layan atau menyakit kan hati.. tapi sakit nya nak kawal nafsu tu.. sebenar nya, kita ni raja kepada nafsu, bukan nafsu raja kepada kita.. bukan senang dek nak kawal.. dia ni macam rakyat yang suka membuat demokrasi la.. huhu.. azam yang lain.. err.. yang ni je la.. oh ya.. satu g.. aku nak hidup berdikari.. tak nak menagih simpati n tak mau bergantung harap kepada orang lain.. k.. itu saja..

sekian terima kasih.. happy new year semua.. doa saya, semoga ada penghijrahan yang tebaek tuk tahun ni ek..


PRINT 2011..

benda ni la yg kami nak beli..^__^

assalamualaikum..

ni peristiwa yang baru sahaja berlalu pada 21 disember hingga 24 disember 2011 yang lalu.. sambungan la tajuk persiapan last minit tu.. kami bertolak dari smart pada pukul 9 setengah gitu la.. sebelum bertolak tu, aku dah mai sekolah awal lagi.. tengah hari.. tapi aku terus ke rumah syu.. sebab still early lagi.. lagi pun, pukul 5 setengah tu aku dengan syu da plan ngan ayah n umi nak keluar.. kami keluar terus pergi kedai wahab kat dato' kailan.. dalam perjalanan tu rancak la bersembang bertanyakan khabar.. masa nak beli tu, rasa segan jugak la.. ye la.. kami jez ambil ja apa yang kami nak.. pastu umi bayar plak.. sapa tak segan kalau macam tuh.. lepas beli, umi memang kena balik sebab ada lawatan kat rumah umi.. jadi ayah kena hantar umi dengan afrah balik dulu, then baru hantar kami.. ayah tak hantar terus, ayah bawa kami p kedai wahab lagi sebab kami still tak beli kerongsang krs.. kat dato' kailan tadi da habis.. jadi ayah bergegas ke sana plak.. pastu bergegas pulak untuk pulang.. takut terlewat bas.. dan ayah sempat nak beli makanan.. alhamdulillah.. memang kami lapaq pun.. hehe.. kami sampai on time.. bas pun tak mai g.. jadi kami pun berterima kasih kat ayah sebelum ayah balik.. syukran jazilan..
 


seterusnya pabila bas dah mai, kami akan terus ke sekolah itqan.. kami kan naik sekali ngan sekolah itqan.. jannah pun tunggu kat sana.. sampai kat itqan dalam pukul 10 setngah jugak la.. 11 baru perjalanan bermula..perjalanan ke negri sembilan mengambil masa selama 6 ke 8 jam ntah.. kami sampai ke hentian RnR seremban pada pukul 5 nak dekat pukul 6.. kat situ kami jumpa sekolah islah ngan azhar.. waaa.. 3 sekolah musleh belah utaqa berkumpul sekali.. huhu.. gempak.. dan kat situ juga aku jumpa ngan kawan terbaek aku.. sapa..? tak payah la tawu.. hehe.. lepas solat subuh dan makan, mandi tukar baju, baru la bertolak ke ulu bendul.. tiba di sana pukul 9 ke 8.. ntah.. hehe.. bila sampai kat sana, mllmh saba p daftar dulu.. dan kami plak bahagi barang.. selepas dah settle semua tu, kamai pun angkat la barang p ke kem side.. dengan barang nya yang banyak lagi berat tuh, kami gagahkan jugak tangan mengangkat..

kem side kami paling bawah sekali la.. sekali ngan sekolah rendah.. sedih nyer.. ada hikmah nya jugak.. bila ada lawatan kami yang terakhir.. so can prepare apa yang patut la.. bila dah habis angkat barang, kami pun mulakan projek iaitu bina pengkalan dan mulakan kem kraf.. kami dah jadi macam orang asli ja sebab potong buloh.. punya la hingaq sekolah kami.. smart ngan itqan.. huhu.. ye la.. kami ja yang baru nak potong buloh.. sekolah lain dah potong pun masa kat sekolah lagi.. kami ni ja yang tak potong lagi.. kami hanya memenuhi syarat gajet yang diperlukan sahaja.. bukan penyegan.. hidup x malu mati tak mahu.. tapi buloh kami kena kongsi deh ngan sekolah menengah dan rendah itqan.. kami kena bajet jugak la.. ngan tali nya lagi.. masa tu ada la sikit perselisihan faham.. tapi sekejap saja benda tu..



esok tu baru start pertandingan based, bantu mula.. smart banin banat langsung tak hantar apa-apa pun.. ye la.. fes tu memang kami banat ni nak hantar bantu mula.. tapi sebabkan bahagian urusetia tu tak letak nama smart.. jadi tawar hati sikit.. hehe.. mengelat ada gak ni.. kami hanya jadi penonton.. petang tu kami ada obrace.. smart semua p la.. fuh.. satu ja perkataan yang boleh menggambarkan perasaan kami.. PENAT.. haha.. sakit satu badan kot.. gatal lagi.. kami memang jatuh pun sebab kat monkey bar tuh.. hihi.. haa.. satu citer ni.. lepas balik dari obrace ni.. kami siap-siap nak mandi.. masa kat toilet tuh.. jannah jatuh tersungkur kat longkang betul-betul kat depan tandas.. masa jannah jatuh tu, tawu aku nak buat apa.. aku rasa macam nak lepas kan ja baju yang aku pegang tu n cakap.. JANNAH.. dan terus p selamat kan dia.. waa.. ada macam heroin tak.. haha.. tapi sebalik nya.. aku hanya tengok ja jannah jatuh.. nak tolong.. eh.. baju ni kalau aku lempar kang dua-dua baju kotor.. so, bak kata naim sazali, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. jadi dari bahu berat memikul.. baik mata ja yang berat memandang kan.. hehe.. sory jannah.. i can't help u..



gambar ni masa tengah beristirehat.. kenapa tak rehat dalam khemah..? hah.. soklan bes giler.. malam tuh hujan.. walaupun renyai-renyai dan aku tengok khemah lain slumber jer.. tapi aku dapat rasakan yang hujan ni bakal bagi impak kat khemah kami.. haha.. banjir la.. aku la yang tak tido langsung malam.. bayang kan situasi dalam khemah tu.. beg-beg semua kat bahagian tengah khemah.. masing-masing beg roda.. jannah ja beg biasa.. tapi khemah tak la banjir macam banjir sekarang ni.. sikit je la.. khemah masuk air lebih tepat.. esok tu terpaks la tukar khemah.. orang semua ingat kami nak balik.. haha.. tak la.. panjat GUNUNG ANGSI.. aku ngan syu  n nasha (budak itqan) ja yang naik.. jannah sebab sakit kaki.. iffah ngan syafiqah nadhirah tak cukup umo.. kami panjat tu.. ya Allah.. lenguh gak la masa part last nak panjat ke puncak tuh.. kami banat ni da panjat lebih dari banin.. kira nya kami hampir ke pucak.. hehe.. tapi tak sampai la puncak sebab hujan da turun masa tuh.. takut anah jadi licin.. masa turun tu bes la jugak.. bes sebab redah sungai.. haa.. masa nak turun balik tuh.. syu jatuh tergolek.. haha.. tu la syu.. gelojoh.. hehe.. masa da sampai khemah tuh.. galak bercerita la aku,.. jannah n syu cakap, tak pa siti.. nanti hampa plak yang jatuh.. hehe.. alhamdulillah la Allah selamat kan aku.. masa konsert muaz ngan unic.. enjoy gak la walaupun dalam hujan.. feel la.. huhu.. masa tu nampak jugak kelibat haiqal.. dengan islah la.. masa penutup, yang ambik sijil tuk smart zul.. wah.. kemas lagi bergaya bila tengok dia dgn pakaian lengkap ngn mafla nya lagi.. jadi pameran lak tuh.. kawad pun ok.. maklum la.. orang ambil kursus kawad tuh.. haha.. smart tak menang apa-apa pertandingan.. da biasa.. hehe.. sampai sini je la kisah nyer..


sekian.. terima kasih.. oh ya.. smart kena tiru islah punya kem kraf la.. cantik dan bila orang ziarah khemah diorang pun, layanan memang bes giler.. islah memang terbaek..

Monday, 26 December 2011

Persiapan Last Minit...


Assalamualaikum...

apa yang last minit nya.. hmm.. persiapan nak ke PRINT.. perkhemahan international.. peserta PRINT seramai 12.. aku, jannah, syuhada, iffah, syafiqah nadhirah, khairul, yusuf, zul arief, amirul husni, wan muzakir, khair, dan aiman hafiz.. sebelum 2 hari nak bertolak, kami kena hadirkan diri ke sekolah untuk persiapan selanjutnya.. aku kena mai awal sebab mak hanya boleh hantar pagi sebelum pergi kerja.. aku pakat ngan syu nak mai awal la.. aku sampai sekolah dalam pukul 8 jugak la.. aku tengok ramai giler cikgu STAIL.. eh.. ada apa ni.. aku silap mai hari ka.. hmm.. aku call syu dulu.. call-call dengar suara syu pun macam baru bangun tidur.. tapi dia nak menafikannya.. biasa la.. orang kalau baru bangun dari tidur memang tak akan mengaku kalau dia baru bangun tidur.. malu barangkali.. huhu.. dalam dok call tu, iffah dah mai.. nasib aku la.. aku pun p la jemput ibu tunggal tuh.. (dalam FB mengata aku sangat..kat sini kau pulak kena iffah..huhu) mllm hisham suruh kami tunggu dulu kat surau.. guru-guru STAIL SMART ada meeting rupanya.. kami pun tunggu la.. tengok-tengok kami plak kena kemas surau.. hmm.. memang nak bagi pahala gila la kat kami.. hehe.. selepas itu mllmh sabarilah mai kat kami and bincang benda yang kami nak kena buat.. mllmh nak meeting lak pas ni.. so, kami ambil point apa yang kena buat ja.. syu dah mai.. aku pun keluar la..kami bincang la sat pasal keja yang kami nak kena buat.. dalam dok bincang tuh.. demgar bunyi lagu keroncong.. hah.. makna apa tu.. lapar la..!! maklum la.. pagi buta dah mai sekolah tanpa sarapan.. so, memang la lapaq..  masa tu, khairul ngan khair dah mai.. jadi kami bagi dulu kertas yang mllmh saba bagi kat depa.. buat bahan renungan.. kami p jalan-jalan cari makan naik kaki fly tasek gelugor.. kami singgah kismis jap.. beli barang nak buat pameran tuk PRINT.. pastu.. p beli nasi campur sebungkus ngan teh o ais 2 dan teh ais satu.. balik makan kat kantin.. haha.. nak tergelak plak sebab breakfast makan nasi campur.. pas makan tolong para mllmh angkat barang.. pastu baru la kami siap kan kerja kami.. akhirnya siap tiga barang untuk pameran.. gambar, carta organisasi dan kekuatan.. banin plak keja diorang cari buloh.. kami kaum hawa ni tak mampu la nak cari buloh.. buat persiapan dalamam ja.. cari bendera, sedia itu ini.. yang tu la keja kami.. jannah mai masa orang da habis buat kerja.. kaki aku pun dah lenguh sebab naik ke tingkat empat sebanyak 10 kali pusingan.. (lebih kot..) pas buat kerja memang da settle.. mllmh saba ngan mllm hisham bawak kami makan.. (free) yang tu yang habaq.. makan free.. hehe.. sedap la sebab masing-masing lapaq.. pas habis makan, kami pun balik sekolah dan siap-siap nak balik.. 



masa kat persimpangan dua jalan tuh.. aku buat perangai nak balik asrama.. ye la.. masing-masing plan nak tunggu kat bus top.. tapi aku nak explain kat mak susah sebab mak tak faham.. jadi aku pun buat-buat la nak p balik asrama.. sebenarnya saja ja.. nak tengok sapa yang nak ikut aku.. hehe.. aleh-aleh tengok syu yang ikut.. jannah ngan ifah tetap dengan satu pilihan nak tunggu kat bus top.. ala.. last sekali aku pun turut ikut jannah p bus top tapi lambat sikit la.. aku ingat nak bagi hadiah siap-siap kat syu tuk hari tua dia nanti.. tapi kat kedai sri menora tu tak best barang dia.. jadi cancel la.. aku hanya beli teh o ais dan minum kat bus stop.. aku kesian tengok jannah sebab bas dia tak mai g.. tapi sebelum aku balik tu, jannah dah balik.. alhamdulillah.. tak risau sangat.. aku balik pastu disusuli ngan syu.. bila balik, masing-masing keletihan.. nak tunggu lusa plak baru jumpa.. k

sekian, terima kasih..

Thursday, 15 December 2011

Melencong Bersama...


assalamualaikum..

hari ni.. 15 disember 2011.. kami yakni aku, jannah dan aisyah ditambah sorang lagi adik jannah, naim, keluar melencong ke queensbay.. huhu.. saja la.. jalan-jalan.. bukan nya beli apa pun.. target asal nak giant hypermarket ja.. tapi jannah last minit tukar plan nak p queensbay plak.. tapi ok la.. masa nak p, ayah jannah yang mai ambil aku dan tinggal kami kat satu perhentian bas.. katanya ada hal.. ok la tu.. jimat la sikit duit tambang..hehe.. masa sampai kat QB.. k. aisyah dahaga air pulak.. jadi kami pun singgah food court  dulu tuk beli air.. lepas minum kami terus pergi borders.. sebab nak beli buku kat ayah jannah.. hmm.. universal punya buku.. tajuk pasal apa ntah.. 


sementara jannah nak cari tu, aku ngan k. aisyah sembang la.. sambil sembang tu cari la jugak kerusi.. nak duduk, tapi takut plak ganggu orang tengah baca buku.. maklum la.. kami ni sembang, bukan nya berbisik.. kami ni amat memahami konsep hormat-menghormati.. hehe.. jannah dah jumpa buku tu, tapi tak sure jer lagi.. sementara tunggu ayah dia call.. ( maklum la.. kredit tak ada.. call-me-back je la mampu..) kami cari fiksyen bahasa melayu.. bukan tak nak cari buku bahasa inggeris.. kita ni sebagai warga malaysia yang sejati ni, kena la sokong bahasa kita kan.. ke mana nak tumpah nya kuah kalau tak ke nasi.. ada kena mengena ker..?


lepas dah merisik kabar berita masing-masing.. mula la perut pula berkeroncong.. apa lagi.. seruan food court sampai da.. tapi, kena stop dulu stop dulu keroncong tu.. seruan Allah lebih penting dari segalanya.. kami p solat dulu la.. pastu baru penuhi seruan makan.. kami hanya beli 2 sizzling yee mee.. kongsi..naku ngan jannah.. naim ngan k. aisyah.. naim yang tolong ambil 3 set sudu dan garfu.. satu lagi set copstick.. huh,.. naim berangan.. hehe.. tapi x kisah la.. kot memang dia reti guna.. tapi hampeh.. buat malu ja.. makan tangan kanan pegang satu copstick.. tangan kiri pun pegang copstick.. ingat macam pegang sudu ngan garfu ka, naim.. dah tu.. terbalik plak copstik tu.. aduyai naim.. tahu ke tidak guna copstick.. haha..



 lepas makan.. kitorg p mcdonald jap beli ais-krim kat sana.. aku ngan k. aisyah ambil sundae cornetto, jannah low sikit, sundae vanilla.. naim lak mcflurry milo.. sambil makan tu, k. syah n naim p beli kentang ngan burger.. nak makan kat tepi pantai satg.. huhu.. sebelum keluar tu.. p jalan sat.. ingat nak cari cenderamatahati.. tapi mahal sangat la plak.. jadi.. simpan je la RM50.00 tu.. p teman naim plak p toy r us.. nak tengok kereta control kata nya.. nak merisik kabar berita ja tuh.. hehe.. aku lak da lajak p sana.. tengok-tengok jer la mainan kat situ.. minat satu mainan ni.. yang ada kat situ anak ayam, arnab n penguin.. kena pusing kat tepi mainan tu, pastu letak kat lantai.. nanti dia jalan terkedek-kedek.. hahaha.. cute.. tapi tengok harga.. ya Allah.. satu RM10.00.. gila mahal.. ( hello cik adik.. tengok la kedai apa..) hehe..



lepas p toy r us.. kami keluar lepak kat tepi pantai tu lak.. sambil lepak makan burger k. syah sikit ngan kentang.. dan air pepsi ker coke.. ntah la.. lepas air dah habis.. aku ada suruh naim p beli air.. kat situ ada orang jual air.. tapi naim nak try lawak dia.. dia ambil bekas air tu, p ambil air laut yang masin tu.. memang nak kena la budak tu.. nak tes lawak dia.. kite layan jer la.. tapi yang pantang nya.. ada ker patut dia buang jer bekas air tu kat dalam laut.. bagus la.. kakak borek adik rintik.. hehe.. tak per.. naim kata,.. apa guna nya bayar incmtex kat kerajaan.. biar la kerajaan yang kutip sampah ni.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. jadi.. dari bahu penat memikul baik berat ja mata memandang.. amboi amboi ayat dia.. memang pergh gile.. guru BM mana ajar dia ni.. salah guna peribahasa.. aduyai.. naim..naim.. pas melepak tu, apa lagi.. balik la.. tunggu bas.. bas yang nak ke setia pear island tak nampak lagi.. hmm.. tunggu la.. masa tengah tunggu tu kan.. ada nampak bas sekolah budak cina.. masa budak-budak cina tu nak naik bas.. dengan teratur nya diorg beratur.. alahai.. tu budak cina tu.. kalau budak stail smart nak naik bas.. bukan wajib beratur.. tapi wajib berterabur.. huh.. kadang-kadang aku yang beratur ni pun kena tolak jadi yang paling las naik bas.. aduh.. nampak tak beza budak islam dan budak cina.. huh.. aku balik ngan kak last sekali sebab bas susah nak dapat.. jannah, naim n k.syah balik naik bas.. tapi aku ada kasi sikit duit tambang bas kat diorg.. ok la tu kan.. nak buat macam mana.. erat mata memandang berat lagi bahu memikul.. jadi.. dari bahu penat memikul baik berat ja mata memandang.. hehe..

k la.. sekian, terima kasih.. p/s.. jangan lah buang sampah merata-rata tempat.. dosa kecil tu.. yer la.. walaupun ada pemungut sampah yang akan mai kutip.. tapi, apa salah nya jadikan malaysia ni macam singapura.. bersih ja.. huhu..
Photobucket
Photobucket