Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 6 May 2013

Graduations day..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


enam org kawan.. we'r young..!!


 " berdebar untuk menemuinya.. gembira bila dia dah datang.. rindu bila dia dah berlalu pergi.. apakah semua ini..? ini lah tanda nya bahawa saya sangat rindu akan segala kenangan saya di sekolah menengah.. tidak gitu.. siapa yang tak sayang akan zaman sekolah menengah.. hatta benci yang selalu keluar dari mulut tu pun always kata yang dia sangat rindu kan zaman sekolah nya.. manis sangat kenangan tu "


tanggal 27 april 2013.. maka sah la diri saya ni menjadi alumni SMART.. tidak sempat rasa nya untuk saya dan rakan-rakan saya yang lain bergambar dengan jubah konvokesyen berwarna hijau pucuk pisang tu.. :D 



posing je la kerja kami.. alifah dia suka berjalan.. hehe


rentetan kisah sebelum hari ihtifal ni, saya dan syu datang sekali, memandangkan saya pergi menjemput tuan puteri tu di rumah nya.. bila dah sampai depan rumah muallimah zyla, kami dah tahu apa yang perlu kami lakukan.. selongkar ja letter box dan ambik kunci.. kami sudah maklumkan pada tuan empunya rumah awal lagi.. jadi, kunci memang akan ditinggalkan di tempat biasa itu.. bila dah buka pintu, Assalamualaikum... hmm.. masih sama suasana dalam rumah tu.. 20 minit selepas sampai di rumah tu.. tiba-tiba syuhada terasa lapar.. saya juga sebenarnya lapar walaupun hakikat saya dah hentam bubur nasi handmade.. hehe.. jadi, saya ajak syuhada pergi makan.. dijawabnya, ekeke.. tak ade duit la.. duit cukup-cukup.. tak pe la syu.. i belanja.. k..? hehe..


" ingatlah.. duit kita itu bukannya 100% milik kita.. sebahagiannya adalah milik orang lain.. sebab itulah wujudnya zakat dalam hidup kita sebagai Muslim.. "

malam tu pulak, keluar makan lagi dengan muallim hafiz, humaira', syu dan zaynab @kiosk bertam.. where is muallimah zyla..? ops.. muallimah pergi ke jamuan banin yang grand tuh.. huh.. tak apa.. rezeki diorg tuh.. nanti banat pulak.. lepas makan semua tu, masa nya untuk pulang.. tapi muallim hafiz ajak jalan-jalan dulu konon nya nak bagi humaira' balik rumah terus tidur.. tapi tak berjaya pun.. humaira' still agresif.. kami jalan-jalan pusing pinang tunggal.. tengok rumah Dato' Roslan a.k.a rumah kawan kami tu.. hmm.. gah gitu rumah nya.. sampai rumah ja, saya dan syu hantar zaynab balik ke asrama.. sampai asrama tu melekat pula dengan budak 4 orang tu dengan jannah.. rewang malam-malam.. bila lagi kan..?


ada ala bdk pasti x..?
esok harinya pula.. rasa berdebar.. huhu.. ye la.. gathering together.. majlis graduation kitorg.. hmm.. jannah dan syu memang melaram la.. khabar nya, their partner nak datang gitu.. tapi jannah punya partner tak boleh nak hadirkan diri.. semangat plan biru nya.. huhu.. syu memang sah-sah sama warna.. tapi nak ambil gambar sekali tak nak.. jual mahal lagaknya.. haha.. sory syu.. sampai saja di dewan sekolah kebangsaan pokok sena, kami menunggu pula kedatangan muallimah shahidah.. katanya nak ajar cara jalan di atas pentas.. hmm.. jalan dua tiga tapak.. tunduk.. pastu jalan dan ambil sijil, senyum jangan lupa dan undur belakang setapak, tunduk.. dan go away.. huhu.. bila tengok syu pakai baju jubah konvo tuh, alahai.. comel nya.. ala-ala budak pasti lagaknya.. serius comel.. untung la gambar syu dengan jannah dapat diambil.. yang saya pulak, hanya mampu berangan nak ada gambar konvo tu.. sedih tol.. the next awards pula, sumbangan PIBG.. menunggu nama dipanggil oleh nizamuddin, berdebar-debar jugak.. sebab hanya saya dan jannah saja yang ambil.. hmm.. RM30.. bersyukur la dapat.. boleh buat simpanan untuk beli buku Hilal Asyraf.. hua hua hua.. hasrat hati nak bodek jannah dan haiqal untuk penuh kan koleksi buku hilal asyraf tu.. tapi.. macam tak kesampaian ja.. di sini saya ingin ucapkan tahniah la kepada pelajar mithali iaitu al-amin dan zaynab.. juga kepada nizamuddin yang berada di rating teratas dalam kelas.. iffah pula, always dengan semangatnya.. mempersembahkan sajaknya.. tak pa iffah.. nanti ambil tempat ana pulak untuk pidato bahasa arab yer..


belum sempat pun majlis ihtifal tu habis, saya, syu dan afiqah dah lari sebentar atas tujuan menghantar helmi balik ke rumah.. saya tahu, betapa rushing nya afiqah.. agak tersedar akan kesilapan saya yang terlalu menggesa afiqah supaya cepat dan cepat.. maaf la afiqah ek.. walau apa pun.. sangat berterima kasih kat dia.. banyak sangat bantuan dia pada saya.. masa dalam kereta, alifah call.. dia cakap kunci kereta ada pada saya.. Allah.. lupa pulak.. macam mana diorg nak balik.. huhu.. sabar sekejap la.. bila sampai rumah dia saja.. Allah.. kipas pun ada di garaj kereta.. rumah saya pun kipas guna plug je tau.. huhu.. bilik dia pun.. ala-ala bilik pengantin gitu.. lepas hantar adik afiqah, terus kami pecut ke tempat ihtifal.. dengan harapan, muallimah semua tak balik lagi.. alhamdulillah.. memang tak balik lagi.. semua masih makan lagi di sana.. kami banat SMART5 yang berbaki 5 orang tu, salwa cabut awal lagi.. kami pun jumpa para muallimah.. datang sembang-sembang sekejap.. sebelum kami berangkat pulang.. indahnya masa tu.. terasa satu kehilangan bila kami mula melangkah keluar dari S.K pokok sena tu.. insyaAllah.. moga berjumpa lagi..

 "  Semoga silaturahim sesama insan semakin menambah keimanan dan rasa syukur kita                                                             pada Tuhan semesta alam.Jaga kestabilan kenderaan anda,periksa keamanan,semoga selamat sampai tujuan. Amin…  "Dr. ‘Aidh Al-Qarni

semoga kenangan kita ini terlakar dalam memori kehidupan kita.. dan semoga rakan-rakan sperjuanganku, guru-guruku semua sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu Allah.. 

No comments:

Photobucket
Photobucket