Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Saturday 11 May 2013

Minggu Oriental..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...



hehe.. minggu oriental..? apa tu..? bukannya oriental sushi ke apa ntah.. kan.. hehe.. tak la.. minggu orientasi.. suka untuk saya kongsi setiap detik perjalanan hidup saya supaya boleh dijadikan tatapan kenangan satu hari nani..

saat alarm di telefon bimbit saya mula membingit teling saya, aku bangun seawal jam 6.30 pagi untuk mula persiapkan segala kelengkapan.. baik dari segi fizikal mahupun mental.. ketika itu, aku mulai redha dengan segala apa yang telah ditetapkan untukku..

apa yang penting sekarang ini adalah niat yang baik supaya perjalanan yang kita lalui semua nya dalam keadaan yang baik serta diredhai-Nya.. insyaallah.. segala kudrat telah ku kumpul kan untuk aku menyahut seruan menyambung pelajaran ku semula.. huaaa.. 



sebenarnya sifat malas masih berbaki dalam diri.. maklum laa.. 4 bulan saya bercuti.. normal lah.. by the way, saya masih bersemangat kerana saya masih ada rakan sekelas saya dari sekolah yang sama.. 

biarpun pada pendapat saya, suara -suara sumbang akan timbul mengenai keputusan saya untuk menyambung pelajaran saya di KITAB, terpaksa saya tepiskan semua itu.. demi membuang persepsi buruk itu yang terus-menerus menghantui diri saya.. biarlah saya aman di sini..



apabila tapak kaki saya sudah mulai pijak di bumi KITAB, saya tahu, ini lah permulaannya.. dan saya tidak boleh berpatah balik.. peluang ini hanya datang sekali.. inilah penentu masa depan saya kelak..

hari pertama orientasi, agak sedikit kebosanan.. ye la.. pagi sampai petang petang, terpaksa persembahkan telinga saya untuk mendengar semua rintihan yang nak diluahkan oleh semua profesor.. huhu.. sabar je la.. bila tiba time penempatan kami yang muka-muka baru ni, saya dengan alifah sangat berharap yang kami berdua akan dapat serumah dan sebilik sekali,, malangnya, Allah telah menetapkan sebaliknya.. ada hikmah semua tu siti aishah..

malam tu pula, ada taklimat serba sedikit mengenai asrama.. waah.. ada sedikit la macam asrama tuh.. pa yang sama..? kalau balik lewat dari pukul 8, sila maklum kan kepada pihak berkenaan.. huaaa.. maklum la.. tarikh luput masuk ke asrama sampai pukul 8 ja.. hekk.. aduh..




malam pertama di asrama.. hmm.. macam budak-budak sikit.. huaaa.. nak menangis.. sebab apa..? saya ni kan bukan jenis yang peramah like alifah or salwa.. so, saya dunia saya, diorang dunia diorang.. biasa la.. hari pertama.. gugup sikit la.. mujur la ada jannah sebagai penyeri setiap malam saya di sini.. thanks very much jannah..

hari kedua, kebosanan hilang la sedikit.. pagi tu ada taklimat sikit.. then, pihak MPP KITAB mula start diorang punya perangai yang nak buli orang.. aktiviti pertama.. aktiviti pertama mestilah ta'aruf right..? tapi ni ta'aruf lain sikit dari zaman sekolah dulu.. mula-mula buat group.. saya dengan alifah.. rahmat yang besar la.. huhu.. 

kumpulan kami dapat tag yang tertulis " OVER SYOK SENDIRI " oh my Allah.. sampai hati diorang.. kena perkenalkan diri ikut tag line tuh.. haa.. memang tak la.. maaf.. no reaction from us.. gila nak over depan tuh.. tak belajar lagi kang famous saya..


hmm.. agak seronok la.. then super spontan.. yang tu pun agak malu la.. kalau supers spontan tu dia ada main balas-balas pantun 2 kerat, yang ni kena buat gaya ikut objek yang kita dapat,. my group, menang pada cabaran yang pertama.. tapi kalah pada cabaran yang kedua.. haa.. give up la..

esok tu pula.. ala-ala explorace.. huhu.. aktiviti pertama is jalan sambil ikat kaki.. tapi dua orang ketua ja ngadap depan.. yang lain ngadap belakang.. macam mana nak jalan tuh.. kumpulan kami tergolek awal lagi.. huu.. sabar je la.. 

next is telefon karat, cari barang tersembunyi dan aktiviti last tak tahu la nama dia apa.. tapi yang penting, semua orang kena tutup mata then ketua kena ambik satu binatang.. nasib la binatang apa.. alifah dapat cengkerik,. selamat laa.. jangan cakap ulat sudah.. hmm..

sampai situ je la.. orientasi kami 3 hari ja.. ok la tu.. kalau lama-lama nanti diorang nak buli macam-macam lagi.. huhu.. ok.. sekian....

No comments:

Photobucket
Photobucket