Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 28 October 2013

Lepasan Tanggungjawab..

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


Apabila kita makin meningkat usia, maka makin banyak cabaran yang dilalui.. kita tidak tahu samada cabaran itu mampu membuatkan kita menjadi semakin matang dan dewasa ataupun sebaliknya.. hatta, dengan cabaran ataupun ujian ini juga mampu membuatkan seseorang itu tersasar dari landasan yang benar dan tujuan hidup.. na'uzubillah.. semoga kita bukan dalam golongan itu.. 



Oleh itu, sesukar mana masalah, ujian ataupun cabaran dalam hidup kita, Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.. Dia yang memberi kita ujian ini, maka kepada Dia jugalah tempat kita mengadu.. dan jadilah seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah..





Setiap insan itu takkan pernah lari daripada sebuah tanggungjawab.. dalam diri kita ini pun, dah ada tanggungjawab.. iaitu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita sebagai anak, tanggungjawab sebagai seorang murid, dan lain-lain yang saya rasa mungkin anda para pembaca tahu.. banyak sebenarnya tanggungjawab kita tanpa kita sedari.. mungkin bukan kita yang pinta, tapi sudah terpalit dalam diri kita.. mahu tak mahu, kita kena relakan dirikan kita dalam menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. tanggungjawab itu juga boleh kira sebagai amanah.. dan menjadi hukum dosa jika kita mengabainya.. semoga kita sentiasa peka dalam setiap amanah kita.. Insyaallah...



Setelah bergelar pelajar kolej ini, saya sudah bertekad untuk menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran.. bukannya saya nak cakap saya ini seorang budak pandai ataupun sebaliknya.. hidup dengan al-Quran membuatkan hidup menjadi resah JIKA kita tidak dapat menguasai nya ataupun mengingatinya.. (bukan niat riak ataupun menunjuk) walaupum hidup kita bukanlah 100 peratus bersama al-Quran, tetapi, pada waktu yang ada, baik kita gunakan.. hari-hari kita ni memang sibuk kan.. mungkin saya bercakap ini dari sudut pemandangan saya.. saya pelajar jurusan tahfiz syariah.. dan mungkin pandangan saya ini tidak sama dengan orang lain.. hehe.. cuma, di sini saya hanya ingin bercakap soal tanggungjawab yang terpaksa saya lepaskan...




Banyak tanggungjawab yang rakan saya cuba berikan pada saya.. tetapi saya lebih kepada penolakan walaupun dipujuk rayu.. maaf seribu kali maaf kepada mereka itu.. ya, sememangnya tidak saya nafikan, bahawa satu hari ini kita akan tetap tidak dapat lari dari tanggungjawab.. memang, saya tak nafikan.. hatta sekarang pun saya masih diuji dengan tanggungjawab.. dan saya tengah berusaha untuk memenuhi segala hak tanggungjawab itu.. saya tidak memandang tanggungjawab ini dalam prospek luaran sahaja, malah saya juga perlu memandang prospek tanggungjawab ini secara mendalam lagi.. saya tahu, mungkin pandangan orang lain terhadap saya jauh tinggi berbanding dari apa yang saya bayangkan.. orang lain masing-masing punya tafsiran yang tersendiri.. tapi bagi saya, saya masih lagi dalam proses istiqamah dalam mengabdikan diri saya kepada sang Pencipta saya.. 




" yakin la pada diri sendiri.. kalau tak yakin, macam mana kita nak maju.. jangan terlalu merendah diri.. nanti kita sendiri yang ketinggalan.. cuba untuk berani dalam menyampaikan sesuatu.. "


Saya langsung tak marah jika seseorang sedemikian kepada saya.. ya..!! memang betul.. saya juga setuju.. tapi saya punya alasan tersendiri.. saya lebih tahu akan kekurangan dan kelebihan saya.. tapi saya lebih memandang ke arah pengislahan diri saya.. saya tahu manusia itu tidak mungkin akan sempurna.. saya tahu.. kekurangan saya biarlah saya yang tahu.. takkan saya nak mengaibkan diri saya.. tapi, satu perkara yang saya ingin kenalan saya tahu..............




Saya bukan tak berani menyahut cabaran untuk menyebarkan dakwah.. tapi saya punya cara tersendiri.. setiap orang punyai kelebihan sendiri.. ada yang berani melantangkan suara menegakkan keadilan.. khulil haq walau kana murran.. katakan benar walupun terasa pahit.. dan ada juga pandai dalam menyampaikan ilmu.. masing-masing punya kredibiliti lah.. ye dok..?! hehehe.. apa pun, dakwah itu macam-macam cara.. hatta dengan menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) pun, dikira dakwah.. so, kepada mereka yang terasa kerdil dalam bab agama, jangan risau.. tunjukkan akhlak yang mulia, sudah memadai dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.. renung-renungkan..  :)

No comments:

Photobucket
Photobucket