Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 11 July 2011

Masak Berjemaah..!!

Assalamualaikum..


Tahu apa yang kami brjemaah nya..mesti la tak tau kan..huhu..kami masak kentang putar..KAMI tu aku, kak ngan dek wan..tiba-tiba masa nak buat tu dia balik..hmm..apa lagi..dia pun ikut join.asal-asal nya kak aku punya idea laaa..maklum la.. orang dah amik Ph.D  (penganggur habiskan duit) haha...dia bila kat rumah dah macam chef..nak cuba itu ini..tapi tak la sesedap mana pun..tapi..ok jugak la...huhu..sebab di situ la aku mula belajar tentang nak buat desert.. resepi kentang putar senang ja..











Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2) 
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus 
• garam secukup rasa

Cara-cara: 

1. Rebus kentang dgn sedikit garam 
2. Setelah empuk tumbuk sedikit kasi hancur 
3. masukkan garam secukupnya

Sos kentang putar 

Bahan-bahan 


• 150 ml air 
• 1 1/2 kiub ayam 
• 4 sudu besar mentega 
• 4 sudu besar gandum 
• 1 sudu besar sos tiram  
• sedikit serbuk lada hitam 
• kicap pekat 
• garam 

Cara-cara: 

1. Masak air dengan stok ayam hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. 
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk. 
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. 
4. Masukkan  sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.




SIAP..


haha..mudah jaa..dek wan pun sampai bungkus bawa balik tuk kawan-kawan dia..

No comments:

Photobucket
Photobucket