Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 7 November 2011

Itik..oo..Itik..

Assalamualaikum...

article ni aku copy paste ja dari blog sapa ntah.. article dia bes tu yang aku amik tu.. kena plak ngan tajuk yang aku nak cerita.. konon nya sebagai selingan la.. try la korang baca dulu..


  •  Ini adalah satu petua yang menarik bagi mereka yang selalu kalut dan resah dalam mengendalikan hidup. Apabila ada masalah dan kekurangan , minda mereka bercelaru, cepat tertekan , hilang kewarasan berfikir dan hilang keupayaan bertindak .  Lebih teruk adalah kehidupan mereka menjadi celaru kerana mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka.
  • Anda pernah tengok itk berenang? nampak tenang dan tersusun bukan? Seperti tidak ada apa yang berlaku . Kelihatan seakan-akan sedang meluncur dengan sendiri . Sebenarnya di bawah permukaan air , kaki itik sedang bekerja keras bagi memastikan tubuhnya bergerak dan meluncur ke hadapan . Saya ulang semula ,itik kelihatan tenang tapi sebenarnya mereka bekerja keras bagi memastikan badannya ke hadapan. Tetapi kita tidak nampak kerana ia berada dibawah permukaan air. Itik-itik bekerja keras bagi memstikan diri mereka tidak dibawa arus deras sungai yang direnanginya. Namun adakah mereka meras itu satu bebanan?..Tidak,mereka tidak menganggap itu satu bebanan,kerana mereka suka berenang.
  • Begitulah juga dengan mereka yang berjaya . Nampak tenang tetapi minda dan fikiran mereka bekerja bagi memastikan hidup mereka terus maju ke hadapan . Mereka selalu berfikir danmerancang hidup mereka . Mereka tidak biarkan hidup mereka dibawa arus kehidupan. Mereka sentiasa menganalisa dan merancang kehidupan. Adalah mereka merasa itu satu bebanan? Tidak juga. Bagi mereka,itu satu keseronokan seperti itk yang gembira kerana dapat berenang! 



ok.. ni baru nak buka cerita.. pasal itik aku.. itik aku ni lain sikit.. haha.. jap-jap..

....:::: RUTIN HARIAN ITIK SAYA::::.........
                      ZOULA
     

zoula tu nama itik aku.. betina.. pagi-pagi dalam area pukul 6.50 gitu dia akan melalak..  "  paaap paaaaapp paaaappp..."    gitu la bunyi la.. bising gila kalau sekali bunyi.. tawu apa maksud nya.. maksud nya.. dia nak keluar.. so kena buka pintu pagar tuk dia.. ada 2 kemungkinan.. pertama dia soh buka pintu pagar sebab dia nak keluar main ngan kawan-kawan dia.. kedua sebab kawan-kawan dia pagi-pagi buta da cangok depan pintu pagar n tunggu zoula nak jemput masuk.. haha.. sweet nya.. lepas buka pintu pagar, diorang akan bermain sama-sama.. oh.. lupa nk gtaw sejarah dia.. zoula ni satu-satu nya itik kat rumah aku.. abah jumpa.. kesian tengok dia abah pun bawa balik la.. disebabkan dia sekor ja itik.. so, dia terpaksa cari kawan.. jiran sebelah ada jugak itik sama spesis ngan dia.. mula-mula tu zoula akan ajak kawan A dia mai main kat rumah.. pastu petang dia akan hantar balik kawan dia balik rumah.. esok pagi p jemput plak.. pastu lama sikit, dia bawa balik lagi sekor itik.. maka jadi lah 2 ekor.. rutin yang sama.. pergi dan balik kawan dia tu selalu dihantar dan dijemput.. tak lama kemudian tu, sekor kawan dia mati dan sekor lagi kawan dia kena sembelih.. haa.. so pity..  tapi dia still cari kawan.. tapi bukan itik la.. kalau dulu 2 ekor itik.. tapi kali ni 2 ekor ayam plak.. huhu..

haa.. berkawan la plak depa.. rutin yang sama jugak.. itik aku ni, tak pernah walaupun sekali dia tido kat tempat lain selain dari rumah.. dia jgak tak pernah balik lewat.. paling lewat malam la.. tu pun sebab dia nak masuk tak boleh.. pintu pagar tertutup.. bagus kan.. satu lagi kalau korang perasan, itik ni hidup bermasyarakat.. tak kira pun ngan sapa.. kadang-kadang itik aku ni kawan ngan kucing.. waktu malam la.. dulu ngan ayam gak.. tapi lepas raya haji, ayam kena sembelih.. kesian gak, sebab bila lepas dia balik hantar kawan dia, dia cari kawan dia yang kat ruma.. mean ayam aku la.. tapi kawan dia da tak ada.. semua penjuru dia cari.. aku  yang tengok ni ya Allah.. sedih nya.. maaf la itik.. tengok.. wahai manusia.. contohi la itik.. sahabat sejati, tak lupa daratan, tak memilih dalam berkawan, hidup bermasyarakat, tak suka balik rumah lewat.. cuma satu ja yang kureng.. bising sikit.. hehe..


sekian...

    3 comments:

    afiqah wahit said...

    sedihnya...series aku ckp..

    Unknown said...

    asal ek..??

    afiqah wahit said...

    nth r..mmg sdih r..

    Photobucket
    Photobucket