Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Sunday 1 January 2012

Cafe Cinta..


Cinta adalah suatu anugerah tidak ternilai yang Allah kurniakan ke dalam hati manusia.. Cinta memberikan kekuatan dan motivasi kepada manusia untuk menjadi lebih baik.. Sesiapapun pasti bahagia andai diri dicintai.. Manusia sanggup menjadi gila kerana cinta, bak cinta Qaisy terhadap Laila.. Manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta, umpama Shah Jahan yang membina Taj Mahal sebagai tugu cintanya terhadap Mumtaz..

Salahkah bercinta? Salah andai cinta yang dibina tersasar dari landasan agama dan melalaikan diri dari mengingati Allah.. Cinta umpama hadiah dari Allah kepada manusia.Kita pasti gembira dan suka menerima hadiah, namun wajarkah hadiah lebih dicintai dari pemberi hadiah? Tepuk dada, tanya iman.. Cinta seharusnya mendekatkan lagi diri seseorang hamba kepada-Nya.. Cinta adalah satu fitrah manusia yang tidak boleh ditidakkan.. Namun, fitrah tersebut perlu dipandu mengikut landasan syariat agar tidak menjadi menjadi fitnah...

Salahkah bercinta? Jika salah, masakan Allah mengurniakan rasa cinta kepada manusia.. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus remaja.. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan kerap berlaku semasa menjalinkan hubungan cinta, yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah..
Terimalah hakikat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Segala apa yang dilarang Allah adalah bersebab kerana ia lebih bersifat mengawal agar manusia tidak terus hanyut dan dicemari dengan pesona nafsu cinta..



cinta layaknya seperti seekor rama-rama.. semakin kita mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kita.. biar ia terbang bebas ke mana saja ia suka.. siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia akan mengibas sayap nya ke arah mu, menumpang teduh dari panas dan hujan juga badai duniawi.. dalam keadaan yang tidak kita sangka, mungkin saja rama-rama yang kita kejar itu adalah rama-rama yang Allah pertunjukkan bukan buat kita.. mungkin saja Allah tidak mahu kamu kecewa..

sekian, post ini untuk direnungkan bersama.. Termasuk diri ini.. terima kasih..

No comments:

Photobucket
Photobucket