Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Monday 16 September 2013

Ada Masalah..?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...


Masalah dalam hidup kita ni dah macam isi dengan kuku.. kita sudah biasa dengan masalah.. cuma yang berbeza ialah samada masalah itu kecil atau besar.. itu saja.. namun, ada kala nya sesetengah orang yang tidak pernah mengalami masalah sebesar dan seberat gunung himalaya.. dan ada juga sesetengah orang yang tak pernah menghadapi masalah yang terlalu panjang masa yang diambil untuk mnyelesaikannya.. senyum lah.. setiap masalah itu punya jalan penyelesaiannya serta punya hikmah tersendiri.. tidak gitu..? hehe..



Sebenarnya masalah yang diturunkan kepada kita ini semua nya mengikut kemampuan kita.. Allah itu tidak kejam yang akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu ujian yang tidak dapat dihadapi.. semua nya mengikut kemampuan kita.. tahukah anda dengan masalah ini kita mampu menjadi lebih matang..? atau membuatkan kita lebih mempunyai pengalaman yang berharga..?



Ya.. sememangnya masalah mampu mematangkan kita serta mendewasakan kita.. ye la.. apabila kita pernah mengalami sesuatu masalah, kita sudah tahu bagaimana rasa nya dan jalan penyelesaian yang bijak.. hatta, kita juga dapat menggunakan pengalaman itu dengan memberi nasihat dan kata semamngat serta cadangan bagi memnyelesaikan masalah itu.. nah.. bukankah berguna nya pengalaman daripada masalah itu..? tak pasal-pasal kita dah rasakemajuan dalam diri kita..


Ketahuilah wahai pembaca sekalian..
Masalah itu sama saja istilah nya dengan ujian dan cubaan.. kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini, akan mengaggap masalah ini sebagai satu teguran  dari Allah, baik secara langsung atau secara tidak langsung.. mengapa saya kata masalah itu satu teguran dari Allah..? dan bukankah bencana itu yang dikatakan sebagai teguran dari Allah..? memang sama konsep istilah nya, namun tidak serupa pada zahirnya.. masalah ini diturunkan kepada individu.. masalah tidak akan datang tanpa sebab.. betul..? contoh nya makan.. kita tidak akan tersedak atau tercekik jika kita makan mengikut tertib.. tak kan tiba-tiba saja kita tersedak.. mungkin kita ini yang terlalu gelojoh.. ataupun sebab munasabah yang lain.. betul..?



Selain itu, masalah yang datang kepada kita juga adalah sebagai tanda sayangnya Allah kepada kita.. mungkin saja Allah tidak mahu kita tersasar dari jalan yang lurus.. ye lah.. kita manusia ni perlu selalu diperingati.. adakala nya, kita ni mudah saja lalai.. mungkin kerana itu, Allah turun kan masalah untuk kita supaya kita sedar dan berfikir, apa yang telah kita lakukan.. janganlah pula kita menyusutkan lagi masalah kita dengan melakukan perkara yang bercanggah dengan syariah.. itu bukan namanya nak menyelesaikan masalah, tapi itu namanya mencari masalah.. hehehe..



Ingatlah wahai pembaca yang dikasihi Allah sekalian..
Apabila Allah sayangkan kita, itu bermakna Allah menurunkan masalah/ujian untuk kita.. apabila Allah menurunkana masalah/ujian untuk kita, itu tandanya Allah memerhatikan kita.. apabila Allah memerhatikan kita, itu tandanya Allah nampak kesalahan/kesilapan kita.. apabila Allah nampak kesilapan/kesalahan kita, itu tanda Allah mahu kita perbaikinya.. maka, sewajibnya kita ber-husnuzon lah kepada-Nya.. husnuzon itu bersangka baik.. jadi, marilah kita bersangka baik pada-Nya yee.. janganlah pula kita nak maki hamun tak tentu pasal pulak.. dan ingatlah, setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya.. dan hikmah yang kita peroleh itu, tersangatlah sweeet.. insyaallah biiznillah.. sekian..




p/s : sumber inspirasi dan dedikasi post ini, khas untuk : adik-adik kesayangan saya..

No comments:

Photobucket
Photobucket