Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Tuesday 27 August 2013

Paksa dalam Rela..?

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Assalamualaikum...


paksa dalam rela..? apa tu..? seperti yang anda faham.. paksa itu adalah melakukan sesuatau yang tidak disukai.. begitulah.. kalau rela pulak adalah berlawanan dari sifat paksa iaitu melakukan sesuatu yang kita suka tanpa arahan dari sesiapa.. kalau nak ikut makna dari bahasa mengikut kamus dewan, ahaha.. maaf la.. saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka waktu sekarang.. pernahkah anda pernah mendengar ayat seperti ini..?


" ai.. kenapa tak buat solat sunnat ni..? "
" ala.. sat laa.." 
 " bangun la buat solat sunnat..!! " 
" tak mau la.. nanti kalau kami buat tak ikhlas, tak dapat apa.. baik tak payah buat.. nanti dapat penat ja.. " 
" pulak dah.. hmm.. ikut suka la.. " 

kalau ada yang pernah mengalami situasi di atas.. mesti terdiam kan kalau dia cakap macam tu.. budak-budak zaman sekarang ni suka menjawab sebenarnya.. ada saja ayat yang hendak diperkatakan supaya kata-kata kita itu dapat dipatah kan.. saya pernah mengalami situasi di atas.. masa saya di bangku sekolah, saya ada pernah menyuruh seorang adik junior saya untuk melakukan solat sunnat.. tapi aleh-aleh, itu yang dijawab nya.. membuatkan saya terdiam.. dan saya mulai fikir akan hal itu.. bagaimanakah mahu menanganinya kembali..

budak-budak, kalau ada sesuatu perkara yang disuruh, tetapi dia sendiri yang berat hati untuk melakukannya, sedangkkan perkara itu adalah sesuatu yang baik, itu makna nya malas tu.. syaitan ni, kalau dia nak mengagalkan sesuatu perkara yang baik, macam-macam yang dicubanya.. maklum la.. syaitan tu kan kreatif lagi inovatif..

pepatah melayu ada cakap, jika mahu melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.. err.. betul ke tak ek.. ehehe..  jadi, cuba kita imbas kembali, bagaimana kanak-kanak yang baru mengenali ABC 123 ا ب ت.. kanak-kanak yang baru belajar cara hendak menulis.. bukankah dimulakan dengan rasa ketidak relaan..? macam mana saya tahu kanak-kanak itu sebenarnya terpaksa..? jika kita imbas kembali, waktu kita mahu menghantar mereka ke sekolah, mereka pada mulanya akan menangis, meraung tidak mahu ke sekolah.. kanak-kanak yang ingin belajar al-quran yang pada mula dipaksa dan lama kelamaan akan terbiasa dengan rutin nya.. itulah yang cuba saya maksudkan dengan paksa dalam rela..

boleh sahaja jika kita cuba mempraktikkan cara kita mendidik kanak-kanak kepada remaja atau seusia dengannya.. bermula dengan 'terpaksa' lama-kelamaan akan menjadi 'terbiasa'.. dan terbiasa itu lama-kelamaan akan menjadi 'rutin'.. kita sebagai penegur atau sebagainya harus bersabar dan tidak putus asa dalam menegur, membimbing dan membentuk satu perbuatan yang membawa ke arah kebaikkan.. biar saja dia melakukan dalam keadaan terpaksa.. biar kan.. kerana lama-kelamaan dia akan terbiasa jua.. insyaallah biiznillah.. kuasa Allah itu tidak dapat kita jangka sebenarnya..

cuba lah kita terapkan amalan paksa dalam rela ini kepada anak-anak, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya kerana dengan paksa, bermulanya satu amalan yag berterusan.. insyaallah..

No comments:

Photobucket
Photobucket