Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Sunday 21 August 2011

Nikmat Hujan..!!


Langit tak selalu cerah..jadi ALLAH turunkan hujan supaya manusia dapat mensyukurinya


Haha.. sejak-sejak ni kat penang suka hujan..ala..orang cakap rahmat kan hujan ni..best jugak..sejuk..haha..tapi sejuk aku tak guna selimut malam-malam, so, sebab tu aku akan terjaga dari tidur setiap dua jam..ahaha..pasal satu citerni..aku nak kongsi sikit tentang nikmat hujan..bila sekali hujan, betapa lega rasanya, walau cuma dua hari termasuklah pagi tadi. Namun, awan masih malu2 lagi nak mencurahkannya dgn banyak. Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Stok dia pun dah tak byk lg kot dek sedutan matahari yang tidak berfilter dek juga akibat ozon yang semakin membesar lompangnya. Masya Allah…

Bila hujan tak payahlah lagi siram pokok bunga. Tumbuhan hidup subur.  Aircond kat rumah baru terasa dan macam-macam lagi. Itulah nikmat hujan. Tapi kita sedarinya bila musim panas menjengah kita. Kalau tidak adanya musim panas, tak terfikir pula kita pasal hujan. Begitu juga kalau selalu hujan, time tu teringat sunny day la pulak. Itula resam manusia. Dah terhantuk baru tengadah.  Itu sebab cabaran yang paling sukar sebenarnya bagaimana nak mensyukuri nikmat ketika senang iaitulah nikmat sebelum kita terhantuk. Kalau dah terhantuk, maknanya dah terlambat. Kalau kita nak jadi hamba yg bersyukur yang betul-betul konsisten dan tidak hipokrit dengan Allah, istiqamahlah dengan jalan kebaikan. Termasuk aku!




cuti sabtu hari tu, hujan,..lebat la jugak..best,..sebab boleh jugak tidur..selimut..best..tapi masa tu aku tak tidur pun..malah aku ajak afiqah main hujan lagi..ahaha..teruk tak..pastu syu ngan iffah pun keluar untuk bersama-sama menikmati hujan asid yang di curahkan oleh awan NANO..haha..ntah la sapa la yang nyanyi lagu awan nano..habis basah baju..lencun gak laa..tapi best..nikmat..




tapi masuk asrama ja kena marah ngan warden dek kerana main hujan..nanti kalau demam jangan merengek kat muallimah..hehe..sory warden..yang iffah lak asyik kata..pening laa..adoi..tak tahan tol antibody dia.. kepada pembaca..nanti try-try la main hujan..best..sambil main tu berdoa sekali sebab mujarab tau doa semasa hujan..selamat beramal..

No comments:

Photobucket
Photobucket