Photobucket
Photobucket

Nak Cari Cerita Dengan Cepat..? sila tulis di sini..

Tuesday 30 July 2013

Majlis Berbuka Puasa..

Bismillah..







27 julai 2013, sekolah tahfiz al-islah dan sekolah menengah arab tahfiz menganjurkan majlis berbuka puasa bersama ulama'.. alhamdulillah.. nampaknya majlis berbuka tu berjalan dengan jaya nya.. seperti tahun sebelumnya.. dan tahun ni saya hadir ke majlis tu bukan sebagai budak sekolah lagi.. hehehe.. saya datang sebagai budak kolej..


Sebelum nak mai ke majlis tu, ustaz fahmi ada menjemput kami-kami ke majlis berbuka tu.. kami memang bercadang nak mai pun.. saya, aisyah, jannah dan hafizah rancang untuk beli meja yang berharga hampir RM300 tu.. dibahagi kepada 8, maka seorang RM37.50 sen.. lagi 4 orang tu banin iaitu irfan, haiqal, adib dengan syahmi.. niat nak bantu sekolah harap nya..


Pembukaan majlis tu dengan sajak kalau tak salah saya.. maklum laa.. saya datang agak lewat sikit.. masuk-masuk pun dah ada persembahan nasyid oleh da'ie band.. baru dikuatkuasakan ja kumpulan tu.. bagus la.. :) sebenarnya, saya agak sedikit perasaan segan dan gugup bila sampai ke majlis tu.. maklum la.. dah lama tak menjengah sekolah kan.. ehehe.. rindu pula suasana sekolah.. lepas persembahan nasyid, ada sedikit taklimat dari mudir am STAIL SMART diikuti dengan ucapan perasmian serta ucapan dari tokoh ulama' yang dijemput.. anugerah tokoh pelajar, masih tiada calon selepas ersyad abdullah.. hehe.. susah nak cari penggantinya kan.. insyaallah.. once day, akan ada penggantinya..




Bila waktu berbuka, azan pun berkumandang.. semua tetamu hanya membuka dengan kurma dan air.. lepas tu solat maghrib terlebih dahulu.. baru sambung melantak balik.. tapi ada ja yang makan awal dari semua orang.. abu yazid, nizamuddin, khair, haha.. sapa lagi.. yang tu ja yang sempat saya terserempak masa nak pergi solat.. ooo.. bab makan awal ek.. haha.. xde la.. diorang yang mana terlibat dengan qasidah makan awal.. nanti masa orang makan diorang pulak yang kena persembahkan qasidah..



Usai solat maghrib, kami pun makan.. meja saya ahlinya 8 orang iaitu saya, jannah, hafizah, aisyah, iffah, puteri, hanisah dan fatin.. menu makanan, ikan siakap 7 rasa.. (cukup x warna pelangi.. ehehe..) ayam masak apa ntah.. papadom.. yang tu ja kot.. lupa dah.. air oren dan teh o suam.. pencuci mulut puding triffle hasil tangan saya dan kakak.. ada orang nak kek buatan saya, tapi tak sempat.. so, buat la puding for her belated day.. iffah nama nya.. haa.. makan la sampai puas.. hehe.. masa makan tu, semua orang khusyuk makan kecuali nurhafizah azhan.. sebab apa, sibuk dengan tweeter nya.. hai la cik FIKzah..



Lepas habis makan, kebanyakkan tetamu dah mula surut.. tinggal kami-kami dengan budak SMART.. sempat saya pas kan kad raya kepada orang tertentu.. hasrat hati nak pas kan sekali puding, kad, dengan buku yang Dia tempah.. tapi aleh-aleh dia balik awal lagi.. maklum laa.. imam.. :) sebelum balik, sempat bergurau dengan umi wardah.. lama tak bergurau.. dan sempat dia ajak beraya ke rumah nya nanti.. insyaallah..



Sementara tunggu mak kesayangan saya datang, sembang dengan matahari saya sebentar.. lama tak dengar coleteh dia tu.. bila dah sampai, saya tumpang kan dia sampai ke dato kailan.. hah.. sat nya berjumpa.. hehe.. rindu kat dia tak habis lagi.. tak pe la.. nanti jumpa lagi.. insyaallah..

No comments:

Photobucket
Photobucket